Pages

Friday, January 28, 2011

Bila Berdebat...




Di US, semasa Pilihan Raya Presiden 2008 berlangsung, kedua2 calon yang bertanding iaitu Barack Obama dan John McCain mengadakan tiga pusingan debat sebelum pilihan raya. iaitu di Missisipi, New York dan Tennessee.





Dua tahun kemudian, di England, tiga orang pemimpin parti iaitu Gordon Brown (Labour), David Cameron (Consevative) dan Nick Clegg (Lib Dem) juga mengadakan tiga pusingan debat sebelum pilihan raya umum British 2010.




Berdebat sebelum pilihan raya bukan sahaja diamalkan di Barat, tapi turut diamalkan di negara jiran kita Indonesia. Tiga orang calon Presiden Indonesia iaitu Susilo Bambang Yudhoyono, Megawati dan Yusuf Kalla turut bedebat di kaca tv pada tahun 2009.















Tapi di Malaysia land, mungkin kerana perbezaan cuaca dan iklim, debat sama sekali tidak digalakkan oleh pakar kesihatan kerana boleh menyebabkan 'demam'..





gambar sekadar hiasan


Jangan Cabar Debat, Nanti ‘Demam’, Kata Dr N kepada pesakit A

untuk berita lebih lanjut; umno-online malaysia-today



p/s-pastikan panadol cukup sebelum berdebat

Thursday, January 27, 2011

'I wish I wasnt such a burden'

Aku tujukan video ni untuk semua sahabat yang dah lama tak tengok iklan Malaysia..





"I wish I wasnt such a burden :'(" (0.39)



Iklan p
etronas memang tak pernah mengecewakan.. Walaupun cuma seminit 30 saat tapi mesej yang disampaikan betul2 menusuk.. Kesimpulannya, sayangi lah ibu bapa anda..

Tuesday, January 25, 2011

If Rasulullah...

If Rasulullah (Sallallaahu Alayhi Wasallam) visited you, just for a day or two
If he came unexpectedly, I wonder what you would do!

Oh I know, you would give him your nicest room, to such an honoured guest
And all the food you would serve to him would be the very best

And you would keep assuring him, you are glad to have him there
That serving him in your home is joy beyond compare

But ... when you saw him coming, would you meet him at the door
With arms outstretched in welcome to your heavenly visitor?

Or ... would you have to change your clothes before you let him in?
Or hide the magazines and put the Quraan where they had been?

Would you still watch movies on your TV sets
Or would you rush to switch it off, before he gets upset?

Would you turn off the radio and hope he hadn't heard
And wish you hadn't uttered the last loud hasty word?

Would you hide your worldly music, and instead take a Hadith book out
Could you let him walk right in, or would you rush about?

It might be interesting to know the things you would do
If Prophet Muhammad (Sallallaahu Alayhi Wasallam) in person came to spend some time with you


Sumber dari muscom dan ini



Sunday, January 23, 2011

Yahudi atau Zionis?..





Sebelum aku mula; biar aku definisikan dulu beberapa perkataan supaya entri aku ni akan lebih difahami:

Yahudi: Salah satu agama di dunia yang mempunyai penganut seramai 14 juta.. yes, 14 juta je, penduduk Melayu di Malaysia lebih ramai dari bilangan penganut agama Yahudi seluruh dunia..

Zionism : Satu gerakan nasionalis Yahudi yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara majoriti Yahudi. Gerakan ini ditubuhkan pada tahun 1897 oleh Theodor Herzl.. Pada masa itu, gerakan itu mengalakkan imigrasi orang yahudi ke dalam kerajaan Ottoman..

Israel : Sebuah negara yang mengambil alih tanah negara Palestin pada tahun 1948.. Tertubuhnya negara Israel adalah hasil dari perjuangan Zionism..


Tujuan utama ingin menulis post selepas melihat video ini;





dan ini







Dalam video pertama, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bertemu dengan wakil-wakil dari Neturei Karta.. Neturei Karta, atau 'Guardians of City' adalah sebuah NGO yang menentang penubuhan negara Israel.


-"Neturei Karta opposed the establishment of and retain all opposition to the existence of the so-called "State of Israel"!"

-"Neturei Karta oppose the so-called "State of Israel" not because it operates secularly, but because the entire concept of a sovereign Jewish state is contrary to Jewish Law."

-"Jews are not allowed to dominate, kill, harm or demean another people and are not allowed to have anything to do with the Zionist enterprise, their political meddling and their wars."

-"The true Jews remain faithful to Jewish belief and are not contaminated with Zionism."

-"The true Jews are against dispossessing the Arabs of their land and homes. According to the Torah, the land should be returned to them."

-"The world must know that the Zionists have illegitimately seized the name Israel and have no right to speak in the name of the Jewish people!"


=Dipetik dari website rasmi 'Neturei Kata'



gambar bertarikh 9 Januari 2011

Seperti yang kita sedia maklum, Iran adalah antara negara Timur Tengah yang berani mengutuk polisi Israel dan US secara terang-terangan. (kerajaan Arab yang lain masih tunduk pada US Israel).

Bukan orang Islam sahaja yang menentang pendudukan Israel di Palestin tp perjuangan ini turut disokong orang yahudi yang cintakan keamanan.


Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat) - Al-A'Raf (168)

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).- Al-Hasyr (14)

Pernah ada seorang sahabat bukan Islam bertanya, kenapa kita orang Islam perlu berkorban bersusah payah untuk merampas kembali tanah Israel?..



Islam bukanlah agama yang menyuruh umat nya ke arah keganasan tp kami dituntut untuk mengambil semula hak kami jika dirampas.. Maruah agama adalah maruah seluruh umat..

Biar saya berikan satu analogi:
Bayangkan kita ada sebuah rumah, kemudian secara tiba-tiba ada sekumpulan 'pendatang' masuk ke rumah kita dan merampas bilik tidur, bilik air dan dapur.. Kita cuma dibenarkan duduk di bilik tetamu manakala ibu dan ayah kita cuma dibenarkan duduk di ruang tamu.. Dan kita langsung xdiberi peluang untuk jumpa ibu dan ayah.. Bukan itu je, kemudian dia merampas geran tanah dan menukar nama pemilik pada nama dia.. Barang keperluan spt mknn juga dirampas dan bila ada jiran kita ingin menghulur makanan, semua bantuan disekat.. Tapi kita tak putus asa, kita cuba untuk menanam makanan sendiri di halaman blkg.. Tapi 'pendatang' itu dtg dan membakar seluruh tanaman kita dan mendirikan lagi sebuah rumah kat halaman belakang..

Dan kami org Islam adalah saudara pada 'tuan rumah' yang dirampas.. Tanah yang dirampas adalah tanah Palestin. Rakyat Palestin sudah hidup di tanah yang sama selama beratus2 tahun dan Yahudi merampasnya melalui Perang Arab-Israel 1948.. Di Palestin terletak nya masjid ketiga paling suci bagi umat Islam, iaitu Masjidil Aqsa.. Hilangnya tanah Palestin bermakna hilang jugak maruah umat Islam..

Kenapa Islam digelar pengganas hanya kerana ingin menuntut kembali hak yang dirampas tapi Israel yang bermaharajalela membunuh orang awam Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara?..
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. - Al- Imran (3)


p/s- saya bukan anti yahudi tapi saya anti Zionis Israel..

Friday, January 21, 2011

Proton in Hull





Baru-baru ini ada seorang sahabat dari Malaysia, Atiq, tunjukkan aku satu link dari Malaysia.. Di website tu ada tunjukkan semua gambar2 kereta polis UK yang menggunakan Proton.

Ok, untuk pengetahuan korang, gambar2 tu semua dari bandar Kingston upon Hull.. Dan aku yakin cuma polis di sini yang menggunakan kereta Proton.. Aku dah pernah pergi London, Manchester, Liverpool, York, Sheffield dan Glasgow..Tak pernah pun aku nampak polis yang menggunakan Proton kecuali di Hull..



Sebenarnya polis di sini sudah menggunakan kereta Proton Wira sejak tahun 1996 dan bertukar kepada Proton Waja sejak lima tahun lepas.. Proton Gen-2 pula baru digunakan.. Di sini, Proton Waja ditukar nama menjadi Proton Impian.. Jangan terkejut, sebenarnya Proton Impian kegunaan Humberside Police pernah memenangi 'National Energy Efficiency Award' sebab menggunakan 'Liquified Petroleum Gas'..

Dan bukan saja polis, public pun sebenarnya ramai yang menggunakan kereta Proton.. Antara kereta Proton yang pernah aku nampak dekat sini ialah Proton Satria, Proton Wira, Proton Impian dan Proton Gen-2.. Terasa bangga bila mat saleh drive kereta buatan Malaysia :D



Tapi walaupun orang UK guna kereta Proton, tapi kita tak boleh compare kan Proton di UK dengan Proton di Malaysia, sebab aku dengar Proton di UK lebih bagus dari segi kualiti.. Mungkin lebih tahan lasak, sebab cuaca kat sini tak sama macam Malaysia..


Aku tahu korang pun mesti bangga kan sebab polis UK guna kereta Proton..hahaha..
TAPI aku sebenarnya nak beritahu, mulai bulan depan, Humberside Police akan tukar semua kereta Proton dengan Ford Focus..

Tahun ni genap lah 15 tahun kereta Proton digunakan oleh Humberside Police..

FOR years, they were the butt of many jokes throughout the ranks and to the general public.

But now, after five years' loyal service, Humberside Polics's Proton patrol cars are being replaced – a move that is actually set to save money.

Almost £100,000 will be saved across the next four years as the force replaces the much-maligned Proton Impian with the Ford Focus.

Tim Hollis, Humberside Police's Chief Constable, welcomed the move.

He said: "We are moving to a national model for the purchasing of police vehicles and this is going to save us money.

Dipetik dari Hull & East Riding


Ni adalah sebahagian dari bandar Kingston upon Hull, saje nak tunjuk :p

Wednesday, January 19, 2011

Lagi tentang Perpaduan



Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat Jumaat (14-01-2010).

Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama, pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum hari ini.

Hujjatul Islam Wahidi berkata para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi yang ingin menghancurkan Islam.

Syaikh Abdul Ghani Shamsudin selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".

Abdul Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi, "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah satu kewajipan dalam agama".

"Iran merupakan sebuah negara yang sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini. Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan agama ini dan penganutnya".

Pertemuan ini juga turut membincangkan kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti.

sumber dari FT dari ABNA


Sekali lagi aku katakan, aku bukan pengikut syiah, tp aku cintakan perpaduan antara Islam..
Pergaduhan sesama orang Islam, ttg Islam mana yang masuk syurga perlu sangat dielakkan..
Tanya lah diri sendiri, kita sendiri adalah Islam sejak lahir, sejauh mana kita yakin dan tahu Islam yang kita pegang selama ini adalah terbaik (terdapat berpuluh mazhab di dunia, kalau tak percaya, cuba pergi UIA, dkat sana pun dah boleh ada pelbagai mazhab)..

Dan maksud aku perpaduan dalam Islam antara syiah dan Ahlu Sunnah Wal Jammah tak sama seperti Islam dan ajaran Ayah Pin..Ayah Pin tu mmg da ketara sangat2 sesat.. Syiah yang aku maksudkan adalah Syiah Imamiyah.. Satu dunia dah mengaku syiah sebagai Islam (kecuali Jabatan Islam Malaysia) sumber boleh dapat dari entri blog aku yang lepas

Dan cuma ingin berkongsi, kalau korang perasan, dalam artikel yang aku quote kan di atas..
Perkataan yang aku bold kan dengan warna hijau.. Sebenarnya di Iran, kuasa ulama berdiri di atas kuasa pemerintah politik.. Pernah dengar Presiden Ahmadinejad?.. Dia bukan lah individu yang paling berkuasa di Iran.. Individu yang berkuasa sekali dipanggil sebagai 'The Supreme Leader of Iran", dan sekarang dipegang oleh Ali Khamenei, iaitu seorang ulama.. Dan itu lah sebab kenapa Iran digelar di UN sebagai The Islamic Republic of Iran..

Tuesday, January 18, 2011

First Lady of Malaysia



Perhatian: Sila baca sampai habis.. Walaupun aku tahu korang anti dia..
*pengunaan perkataan 'dia' merujuk pada Datin Seri Rosmah

Satu lagi isu pasal rosmah.. Dipetik dari FMT

"PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan."
Bertambah lagi orang jealous kat Rosmah.. Pada sesiapa yang tak tahu, Rosmah yang aku maksudkan ialah Datin Seri Rosmah Mansur, atau kalau kat Melaka orang panggil Datuk Seri Utama Rosmah Mansor.

Kenapa ramai sgt org jelez kat dia. Padahal masa dia isteri Menteri, tak pernah aku dengar orang cakap pasal dia tapi bila dia dah naik jawatan sebagai isteri PM baru heboh. Nampak sangat semua orang jealous sebab dia isteri PM kan.. Baru-baru ni, timbul isu dia ada office sendiri di Pejabat Perdana Menteri (xpasti kesahihan). Terharu bila dapat tahu pasal isu ini, tak pernah isteri PM di Malaysia ada office sendiri. Terima kasih sebab sangat prihatin pada kami rakyat biasa, dia isteri PM pertama yang betul-betul komited pada rakyat.. Tapi ramai pula blogger2 yang kutuk (atau mungkin jelez) sebab dia ada office sendiri.. Biar lah dia laksanakan tugas, mungkin dia ikhlas, lagipun dia kan ISTERI PM..




Kemudian timbul pula isu, dia muncul dalam surat khabar di US guna gelaran 1st Lady.. Penat2 dia dress up hari-hari, orang Malaysia pun semua dah kenal dia, kasi lah peluang rakan-rakan kita kat US kenal siapa 1st Lady Malaysia..Ape salahnya kita berkongi. Lagipun, dia kan ISTERI PM..

Yang paling aku tak tahan bila ada orang cakap-cakap belakang kutuk isteri PM aku sebab dia selalu menyanyi kat majlis-majlis.. Aduhai, dia nyanyi pun pakai suara sendiri, tak guna suara sapa-sapa pun..So ape sebab kita nak jelez?..



Aku suka sangat lagu ni, xperasan ke suara dia lagi sedap dari penyanyi asal?
Dia bukan nyanyi untuk lelaki lain, khas untuk suami dia juga.. Tak kenal ke siapa suami dia? Dia kan ISTERI PM..











p/s- Maaf kalau gagal, tp hanya mencuba untuk menulis dari sudut lain (if u know what i mean)

Monday, January 17, 2011

Bila Exam da dekat..


Examination Timetable for Ahmad Faris A Burhanuddin Al-Hilmi

Data correct as of 9:39 on 17 Jan 2011

Module Number

Module Title

Location

Date

Start Time

Duration (Hours)

26302

Managing People

Sports & Fitness Centre - Sports Hall

18 Jan 2011

9:30

2:00

26205

Business Economics

Sports & Fitness Centre - Sports Hall

20 Jan 2011

13:30

2:00

Selepas berminggu-minggu study siang dan malam (sebenarnya seminggu je), besok mula la exam final sem pertama aku di bumi Hull 'tercinta' ni..

Mula2 tengok jadual ni, hari pertama exam start pukul 9.30 pagi..risau2, dulu sepanjang sem pertama, selalu tidur lepas subuh, kecuali hari rabu dan khamis sebab lecture/tutorial start pukul 9..

Aku lebih risau subjek Managing People,

Pertama, sebab subjek ni mmg xbest, sampai sekarang aku xfaham kenapa kene belajar Maslow theory of needs (dan lain2).. Bole pulak lecturer ckp, last year 20% student resit subjek ini.. Terima kasih la lecturer, ayat kau sampai sekarang terngiang2 kat telinga aku.. Tapi aku da ade 20 markah untuk subjek ni, so skrg perlukan 20 markah je lagi untuk pass (terasa loser gila kan, target untuk pass je).. haha, target utama aku mesti la nak dpt 70(markah 1st class)..tp kalau da 2 jam exam untuk buat esei je, rsau gak..


Business Economy aku xrisau sgt sebab subjek ni sama mcm Economy A-lvl dulu.. cuma yang bezanya, apa yang aku belajar untuk 18 bulan dulu, diorg compress kan jadi belajar untuk 3bulan je.. Insya Allah kalau tuhan izinkan, aku bole jwb paper ni..


Tapi korang perasan x, tempat exam aku dekat Sport Centre.. bila aku tgk balik rasa mcm pelik la pulak, selalu aku pegi sane nak main futsal tapi bsok aku pegi sana nak jwb exam..haha..mmg byk betul la jasa Sports Centre tu pada aku.. Sebenarnya byk lagi Exam Hall untuk exam, tp mungkin Business School 'dianaktirikan', tu yang dpt 'exam hall' jauh2.. Sebenarnya xada masalah pun, besar jugak Sports Centre tu, kalau x mane muat nak letak 200 student untuk course aku ni..


Tapi bila fikir2 balik, beruntung jugak, sebab cuma ada 2 paper je.. Tak ada lah byk sgt, tapi yang jelez dgr bila ada university kat UK ni yang xada pun exam sekarang, diorg postpone kan sampai bulan june ni (terutamanya kat London).. Tapi 2 paper ni pun xada lah sng mana, 2 buku aku kene khatam, sbb sem dpn aku guna buku lain pulak..


Selepas 1 semester bertungkus lumus menuntut ilmu,kdg2 d library, kdg2 di bilik kecik ni je..

Moga2 Allah s.w.t permudahkan aku menjawab besok..Pada rakan2 yang baca ni, aku mohon maaf kalau ada salah dan silap, kalau ada rasa xpuas hati, sila2 la inbox aku..Doakan moga2 mudah untuk aku mnjwb soalan besok..



Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
~An-Nur (35)


p/s- Sebenarnye dlm hati xsbr nak jwb exam besok..yela, ni kan semester pertama aku kat sini..wish me luck :)

Thursday, January 13, 2011

Wicked





Teater 'Wicked' ni kami tgk dua hari sebelum Les Miserables. Asalnya nk tgk 'Les Miserables' pada mlm New Year tapi sbb 'kebodohan' kami yang beli tiket lambat, terlepas la peluang nk tgk Les Miserables pada mlm New Year. Tapi sbb nak sgt tgk teater, kami beli jugak tiket 'Wicked' untuk 30 December..

Harga tiket sebenarnya sama dgn harga 'Les Miserables' tp sbb desperate nk tiket, kitorg byr 70 pound pada agen untuk harga yg 40 pound kalau beli kat theatre..
Oleh sbb harga yang sama, jadi tempat duduk pun sama mcm Les Miserables dulu, cuma beze nya, 'Wicked' di Apollo Victoria Theatre, jauh skit drpd teater yang lain2..

Cerita Wicked ni lebih ringan dan plot pun xserumit Les Miserables.. Cerita Wicked ni berasal drpd novel yang ditulis oleh Gregory Maguire. Dan novel ini pulak ditulis drpd cerita 'The Wonderful Wizard of Oz'. 'Wicked' ni mengisahkan dari point of view wizard 'hijau' dlm cerita The Wonderful Wizard of Oz..

Wicked menceritakan mengenai seorang gadis bernama Elphaba yang dilahirkan kurang normal kerana warna kulit yang hijau. Elphaba adalah anak luar nikah kerana ibu Elpaha bermain kayu tiga. Adik Elphaba, Nessarose pulak dilahirkan lumpuh kaki.

Di sekolah, Elphaba menjadi murid 'special' kerana Elphaba mempunyai bakat magic. Dan rakan baik Elphaba adalah Glinda, seorang gadis cantik dan ramai peminat lelaki.



Konflik bermula apabila seorang 'professor jahat' dan Madamme Morrible mempunyai niat jahat untuk mengurung semua haiwan. Pada masa itu, semua haiwan di Oz boleh bercakap dan salah seorang professor yang mengajar Elphaba juga adalah haiwan kambing, Dr Dillamond. Elphaba sgt baik dgn Dr Dillamond dan menganggap bahawa haiwan tidak sepatutnya dikurung.



Madamme Morrible,juga adalah salah seorang professor Elphaba..Dengan niat jahat, Madamme Morrible menggunakan Elphaba untuk membaca mantera dlm sebuah buku magic. Mantera itu boleh menjadikan monyet bersayap. Monyet bersayap digunakan oleh Madamme Morrible untuk mengintip haiwan lain.

Apabila Elpaba sedar yang beliau digunakan, Elphaba lari dan berjanji dia akan membebaskan semula semua haiwan2 yang dikurung.

Pada masa itu lah, Madamme Morrible mengumumkan pada semua rakyat Oz bahawa kononnya Elphaba adalah seorang ahli sihir yang jahat.


Elphaba kemudian balik ke rumah dan mendapati bahawa adik beliau, Nessarose sudah menjadi seorang pegawai tinggi dlm kerajaan. Elphaba kemudian bertengkar dgn Nessarose kerana Nessarose menganggap Elpaha bukan lah seorang kakak yang baik dan terlalu pentingkan diri sendiri. Elphaba sedih dan kemudian membaca sebuah mentera untuk memulihkan kaki Nessarose yang lumpuh. Akhirnya Nessarose boleh berjalan.

Elphaba kemudian pergi ke tempat Madamme Morrible untuk membebaskan semua haiwan yang dikurung. Elphaba gagal dan melarikan diri bersama Fiyero. Mereka berdua kemudian saling bercinta.

Madamme Morrible kemudian menggunakan Nessarose sebagai perangkap untuk mendapatkan Elphaba.

Akhirnya Elphaba berjaya menumpaskan Madamme Morrible dengan bantuan Fiyero dan Glinda. Pada pengakhiran cerita, Elphaba dan Fiyero meninggalkan bandar Oz dan hidup bersama.








'Defying Gravity'
Elphaba menyanyikan lagu ini semasa mendapat tahu yang dia ditipu Madamme Morrible.

Tuesday, January 11, 2011

'Penghargaan' Yahudi untuk Che Det


Tahniah Che Det, atau nama sebenar Tun Dr Mahathir Muhammad..
Baru2 ini ada sebuah NGO yahudi dikenali sebagai The Simon Weisenthal Centre, telah meletakkan nama Che Det dlm 2010 Top 10 Anti Semitic Slur..

Simon Weisenthal Centre adalah NGO yang memperjuangkan yahudi di peringkat antarabangsa.
Ni dipetik daripada website:

"The Simon Wiesenthal Center is a global Jewish human rights organization that confronts anti-Semitism, hate and terrorism, promotes human rights and dignity, stands with Israel, defends the safety of Jews worldwide, and teaches the lessons of the Holocaust for future generations. With a constituency of over 400,000 households in the United States, it is accredited as an NGO at international organizations including the United Nations, UNESCO, OSCE, Organization of American States (OAS), the Latin American Parliament (PARLATINO) and the Council of Europe.

Headquartered in Los Angeles, the Simon Wiesenthal Center maintains offices in New York, Toronto, Miami, Paris, Buenos Aires, and Jerusalem."

Che Det mmg terkenal di peringkat global sebagai antara orang Islam yang bersungguh2 mengutuk kekejaman Israel di Palestin.

Antara komen Che Det apabila menerima 'penghargaan' daripada Simon Wiesenthal Centre ialah :

"17. I am simply against injustice, against oppression and unmitigated and illegal violence.

18. If that makes me anti-Semitic then I am proud to be anti-Semitic, even though the term anti-Semitic is wrong. "

Sumber daripada Che Det official website


Pernah menjadi Presiden OIC, Che Det menggunakan platform OIC untuk mengutuk Israel.Semasa krisis mata wang Asia 1997-98, Che Det secara terang-terangan meyalahkan Yahudi sebagai punca krisis kerana memanipulasi nilai mata wang.. Ucapan terakhir Che Det di pentas OIC sebelum bersara mendapat kritikan daripada wakil EU dan seluruh negara Barat.

Che Det juga merupakan pelopor kepada "Persidangan Agung untuk Pembelaan Baitulmaqdis" yang berlangsung di KL Januari 2010..

Tahniah Che Det..

Saya kagum dgn Che Det, walaupun sudah berumur 85 tahun tp masih xberhenti untuk bekerja.. Bukan penghargaan di dunia yang diharapkan tapi soalan di akhirat kelak yang perlu dijawab: Adakah umur yang kita ada betul2 digunakan untuk Islam?..fikir2 kan lah..

"We [Muslims] are actually very strong, 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Nazis killed 6 million Jews out of 12 million [during the Holocaust]. But today the Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them. They invented socialism, communism, human rights and democracy so that persecuting them would appear to be wrong so they may enjoy equal rights with others. With these they have now gained control of the most powerful countries. And they, this tiny community, have become a world power." -16 October 2003-
"The Jews robbed the Palestinians of everything, but in Malaysia they could not do so, hence they do this, depress the ringgit." -1997-
"The Jews for example are not merely hook-nosed, but understand money instinctively." -1970-
"But when somebody condemns the Muslims, calls my prophet, "terrorist", did the EU say anything?"
“The attack on the World Trade Center on September 11; the human bomb attacks by Palestinians and the Tamil Tigers; the attacks against civilians by Israeli forces; the killings of Bosnian Muslims and others, ... must be considered as acts of terror and the perpetrators must be condemned as terrorists and anyone supporting them must be considered as terrorists.”



Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). At- Takaathur (5)




p/s- saya bukan anti yahudi tapi saya anti zionis Israel..

Sunday, January 9, 2011

Dunia tanpa masalah

Saya rindukan zaman kanak-kanak..
Zaman tanpa perlu kita berfikir tentang orang lain..
Zaman tanpa perlu kita berfikir akan masa depan..
Zaman tanpa perlu kita risau apa harus kita lakukan sekarang..
Zaman tanpa perlu kita ingat2 kan apa yang sudah lepas..

Sementara tgh kebosanan selepas penat melayan buku2 untuk exam yang bakal tiba, cuba untuk layan berita2 sekarang..tak boleh ke satu hari dunia ini tanpa masalah..


Dari BBC:
Pembunuh adalah seorang lelaki berumur 22 tahun yang dikatakan anti-kerajaan.
Saya mungkin anti-US tp niat untuk membunuh pemimpim kerajaan bukanlah jalan penyelesaian.

Afghan suicide bomber kills 17 in bath house

Taliban2..tolonglah matang sikit, korang nak perjuangkan Islam tapi orang Islam juga yang korang bunuh..Kalau berani sgt pergi lah kem askar US dekat Afgan,letupkan diri dekat sana..Tp korang cuma berani letupkan diri dekat tempat awam rakyat sendiri..


Mexico violence: Headless bodies found in Acapulco

Rasa seram sejuk je baca berita ni.. Bergaduh sbb nk control kwsn untuk jual dadah..


Dari CNN:

Officials probe 'unusual' mass deaths of birds in two states

Adakah ini tanda2 akhir zaman?..atau tanda2 bahawa bumi sebenarnya makin kotor dek perbuatan manusia.. Ada yang mengatakan sbb keracunan,bunyi bising atau terkena bunga api semasa tahun baru..Yang lebih ekstrem ada mengatakan mungkin kerana terlanggar UFO..

Bukan saja burung malah ikan pun beribu2 mati..


2 killed, 300 injured in Algerian riots

Rakyat Algeria 'mengamuk' sebab kenaikan harga barang keperluan asas.. Nasib baik la kat Malaysia xberlaku rusuhan mcm ni..Diorang kata harga minyak RON97 ikut harga pasaran dunia,tp 3 bulan berturut2 asyik naik je, minyak kat laut Malaysia da kering ke..


Dari BH online:

7 kes buang bayi seminggu

1 minggu dah 7, kalau sebulan 28, kalau setahun?..Itu yang sempat jumpa, kalau mak bayi tu terus tanam, bertambah lagi angka..


Dari Malaysiakini:

Teoh's death: A crime but no killer

Memang la Teoh tu bukan sedara aku, tp kalau undang2 negara pun boleh protect pembunuh,da rasa xselamat duduk kat Malaysia..


Tiba2 terasa blog ni mcm portal berita pulak, tp xpe la..Hanya niat untuk berkongsi..

PEACE :D




Friday, January 7, 2011

Les Miserables

Les miserables atau 'the miserables one' adalah salah sebuah teater musikal di kota London. Berbeza di KL, di London terdapat berpuluh panggung teater. Dan sesebuah cerita kdgkala akan diulang balik selama bertahun-tahun..

Kembali pada cerita Les miserables balik, sbrnye nk cerita pengalaman pergi tgk teater dkat London ni.. Les miserables ni antara teater paling popular dkat London, tp saiz teater beratus kali ganda lebih kecik drpd Istana Budaya,KL..

Oleh sebab wallet yang makin menipis, kitorg decide untuk beli tiket harga 40 pound..Harga ni kira average la, sbb yang paling mahal dapat tingkat 1, betul2 duduk depan pentas.. Tp tiket 40 pound kitorg dapat tingkat 3, cuba bygkan tgk teater drpd tingkat 3, pelakon kat bawah kitorg cuma nampak baju je..muka jgn harap la nak nmpk.. Tiket paling murah pulak, tengok teater sambil berdiri di tempat duduk paling belakang..

Tempat duduk pula, oleh sbb kitorg duduk di tengah, orang lain terpaksa berdiri untuk kasi laluan..Tempat ruang kaki lebih kecik daripada tgk wayang dekat TGV KLCC.. Aku yang pendek pun terasa sempit,tak dapat bygkan macam mana posisi duduk mat saleh..

Oleh sebab view kitorg yang terlalu tinggi, kadang2 ada view pentas yang xkelihatan..

OK stop dengan review negatif!!..

'Les miserables' dianggap sebagai teater paling best di London dan pernah menang berpuluh award antarabangsa..Tahun ni genap 25 tahun cerita ini dipersembahkan di teater.. Les miserables sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel Perancis ditulis oleh Victor Hugo pada tahun 1862..

Plot cerita adalah amat rumit, mengisahkan seorang bekas banduan bernama Jean Valjean yang berubah menjadi orang kaya dan Datuk Bandar.. Walaupun berubah menjadi orang berpengaruh, tp Valjean masih menjadi buruan polis kerana pernah mencuri di gereja sebaik dibebaskan.. Untuk mengelak ditangkap, Valjean menukar nama kepada Monsieur Madeleine..

Javert adalah pegawai polis yang bertanggungjwab untuk mencari Valjean.. 6 tahun kemudian, Javert menganggap tugas beliau sudah selesai selepas menangkap seorang lelaki tidak bersalah yang disangkanya Valjean.. Identiti Valjean akhirnya terbongkar selepas beliau mengaku di mahkamah bahawa beliau lah Valjean dan lelaki yang dituduh adalah tidak bersalah.. Tapi Valjean sempat melarikan diri sebelum ditangkap..

Setahun sebelum itu, Valjean telah memecat seorang perempuan,Fantine yang mempunyai anak luar nikah. Perempuan itu kemudian terpaksa menjadi pelacur untuk mencari duit.. Valjean kemudiannya berasa bersalah dan berjanji untuk menjaga anak perempuan Fantine,Cosette ..Gambar kanak-kanak perempuan yang menjadi poster di atas itu lah Cosette..
Valjean membawa Cosette pindah ke Paris untuk elak dari ditangkap..

Kemudian, cerita berkembang selepas Cosette menjadi dewasa dan Valjean masih bebas..

Sebenarnya cerita ni ada sambungannya tapi plot menjadi bertambah rumit, jadi susah untuk diceritakan kembali dkat sini.. Tapi kalau nak tahu jugak, wiki sini

Cuma akhirnya, Javert membunuh diri kerana gagal menangkap Valjean dan Valjean akhirnya mengaku pada Cosette beberapa hari sebelum hari perkahwinan Cosette bahawa beliau sebenarnya adalah buruan polis..

Novel ini sebenarnya terdiri daripada 5 volume..satu buku untuk satu volume.. Bayangkanlah sendiri berapa panjang jalan cerita Les Miserables ini..

Kesimpulannya- duduk kat London ni memang menelan duit..mungkin ahad ni baru balik ke Hull.. Semuanya mahal, jangan harap la nk kenyang kalau dalam poket ada 5 pound je untuk beli makanan..