Jauh dalam hati aku,
Aku masih percaya bahawa 'kebangkitan rakyat' di Syria tidak sama seperti di Mesir.
1. Di kala Mesir bebas dari cengkaman Presiden Mubarak, parti pembangkang yang naik menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan ialah 'Muslim Brotherhood', iaitu satu organisasi/parti yang secara jelas mempunyai niat untuk menegakkan negara Islam dan secara pasti tidak mengiktiraf Israel.
2. Manakala di Syria pula, kerajaan Syria sekarang ialah sosialis(bukanlah Syiah seperti yang digembar-gemburkan). Walaupun sosialis, Syria mempunyai hubungan diplomatik yang bagus dengan Iran dan hubungan yang keruh dengan USA. dan secara jelas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.
3. Siapakah organisasi/parti pembangkang utama di Syria sekarang? Iaitu Syrian National Council pimpinan Burhan Ghalioun. Syrian National Council ditubuhkan sebaik sahaja 'kebangkitan' rakyat Syria dan pemimpin beliau Burhan Ghalioun sudah menetap lama di Perancis. Dan secara tiba-tiba beliau dilantik menjadi pemimpin pembangkang? Bagaimana mungkin seorang rakyat yang sudah lama meninggalkan negara sendiri dilantik sebagai pemimpin?
4. Burhan Ghalioun juga secara terang-terangan pernah mengatakan bahawa jika Syrian National Council menjadi kerajaan di Syria, beliau akan memutuskan hubungan dengan Iran dan mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat. Putus hubungan dengan Iran? atau dengan kata lain, menjalinkan hubungan lebih erat dengan USA.
5. Tapi mengapa USA terlalu takut dengan Syria? Syria adalah negara yang bersempadan dengan Iran di Timur dan Lebanon di Barat. Seperti yang kita tahu, Hizbullah di Lebanon adalah gerakan terakhir yang berperang dengan Israel pada tahun 2006. Dikatakan Syria adalah tulang belakang di sebalik kemenangan Hizbullah di Lebanon. Untuk pengetahuan, perang Hizbullah-Israel pada tahun 2006 adalah untuk mempertahankan tanah Lebanon daripada 'jajahan' Israel.
6. Pada tahun 2011, Wikileaks telah membocorkan rahsia membuktikan bahawa US telah menaja gerakan parti pembangkan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.
7. Di Mesir, rakyat di sana langsung tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak. Tetapi di Syria, gerakan pembangkang di sana mengangkat senjata. Tidak pernahkah kalian terfikir dari mana dana mereka untuk dapatkan segala senjata?
8. Ada pendapat mengatakan bahawa orang awam yang dibunuh hanyalah dakyah dari pembangkang untuk memburukkan kerajaan Bashar Al-Assad (tetapi aku tidak memegang 100% pada pendapat ini)
Sehingga kini, aku tidak menganggap masalah di Syria sekarang ialah satu kebangkitan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan Syrian National Council ingin merampas tampuk kuasa pemerintahan dengan cara yang salah.
Percayalah, jika kerajaan Bashar Al-Assad tumbang, bukan satu kerajaan Islam yang naik.
Kes di Syria sama sekali berbeza dengan Muslim Brotherhood di Mesir.
p/s- masih belum tamat, akan disambung apabila ada kelapangan