Pages

Monday, October 25, 2010

Luahan orang KL



Selalu kita dengar orang kata hidup di KL itu indah.
Semua senang.Macam2 ada kat KL.
KL ada menara berkembar tertinggi di dunia.
KL ada menara telekomunikasi ke6 tertinggi di dunia.
KL ada beratus tempat shoping-contohnya: Suria KLCC,Pavilion, Central Market, Sogo, Pertama Complex, Sungei Wang, Bukit Bintang, Times Square, Mid Valley MegaMall dan byk2 lagi.
Public transport pun dah maju,ada Putra LRT,Star LRT,Monorel.
Siapa2 nk pusing2 KL memang senang lah.
Tempat2 untuk pelancong pun byk,ada penjara pudu,Dataran Merdeka,Tugu Negara,Istana Negara,Masjid Negara,Zoo Negara,Masjid Jamek.
Banyak syarikat besar mempunyai ofis di KL.Tak kisah la samada syarikat tempatan mahupun syarikat dari luar negara.
19 tahun membesar di bandar KL,terus terang saya katakan:

SAYA Sayang KUALA LUMPUR


Tapi pernah tak kita dengar betapa teruknya 'jam' kat KL.


Dulu boleh juga cakap kl cuma 'jam' masa org pergi balik kerja je.
Sekarang 'statement' tu xbole pakai lagi.
Dulu masa bulan Ramadhan,Jalan Tun Razak xpernah kosong dari jem.
Bygkan pukul 1pagi korang nk balik rumah,drive sambil mengantuk,msuk je Jln Tun Razak,korang tersangkut 1jam.
Walaupun pengangkutan awam meningkat bagus terutamanya LRT.
Namun orang ramai masih memilih kereta sebagai pengangkutan utama.
Yela,bukan semua orang yg kerja KL duduk dkat KL.

Tahun lepas pernah juga terdengar kabar angin tersebar kononnnya sebuah bangunan pencakar langit akan dibina berhampiran stadium merdeka/belakang IPD Dang Wangi/blkg sekolah VI.
Minggu lepas sewaktu Datuk Seri Najib bentang Bajet 2011,xsangka rupanya khabar angin menjadi realiti.
Rupanya,sebuah bangunan 100tingkat bernilai 5,000,000,000 (5billion).
Jujur saya katakan,reaksi pertama bila baca berita ni,ialah wtf!?
Saya bangga jadi org KL,saya bukan lah anti-pembangunan.
Dulu masa KLCC siap,saya bangga beritahu kwn2 dari negeri lain,
"bandar aku ada KLCC,tmpt korang ada apa?"

Wahai kerajaan,byk lagi pembangunan yang boleh dibuat dengan 5,000,000,000 tu..
1. Bersihkan sungai tercinta kami; Sungai Klang & Sungai Gombak.
2.Tingkatkan lagi pengangkutan awam dkat sini.Sebenarnya kami org KL sgt suka naik LRT tapi kami xsuka tunggu lama2.
3.Bersihkan bandar kami.Dah byk sgt smpah bertimbun kat Chow Kit.
4.Tambahkan lagi rumah kos rendah di KL.Walaupun kami duduk KL,kami bukannya orang senang.Harga barang semua mahal sini
5.Tingkatkan kualiti perkhidmatan awam.
6.Tambah bajet untuk improve infrastruktur sekolah.Byk sekolah di KL yg masih daif.
7.Subsidi lagi harga minyak;kita pengeluar petroleum,tp kenapa harga masih mahal.
8.Beli syarikat konsesi tol;kami mmg hargai bila ada highway baru.tapi kenapa mesti ada tol.
9.Tambahkan bantuan untuk orang miskin di KL; terutamanya anak2 yg masih belajar.
10. Tingkatkan kualiti HKL. Mmg betul byk hospital swasta di KL,tapi bukan semua orang mampu pergi hospital swasta.
DAN BYK LAGI

Saya sokong pembinaan Menara Warisan Merdeka,
byk peluang pekerjaan untuk orang KL nanti.
Makin ramai pelancong dtg.
Byk syarikat asing akan dtg ke KL.
Ekonomi negara pun akan meningkat.
Nama KL akan menjadi makin terkenal di mata dunia.
TAPI bukan sekarang masanya.




Wednesday, October 20, 2010

Langkah Pertama





Salam,
Hampir sebulan bertangguh untuk memulakan blog..
Harapnya langkah pertama ini akan berterusan..
Bak kate org putih



Izinkan saya perkenalkan diri,
Nama diberi Ahmad Burhanuddin Al-Hilmi.

5 tahun meneroka ilmu di VI


Baru menamatkan study di Kolej Yayasan UEM


Sekarang berada di timur UK di bandar indah Kingston Upon Hull


Terima kasih sudi menjergah ke blog ini.
Terus terang saya katakan,saya bukan lah penulis hebat,
menulis blog hanya untuk berkongsi.Cuba untuk menyusun setiap perkataan menjadi ayat luahan idea.
Kata orang,kita kena cuba lupakan yang lama
Tapi yang baru masih belum pasti


Salam Perkenalan ;)