Pages

Friday, July 15, 2011

Liverpool fc atau Harimau Malaya?


20 tahun dilahirkan dan dibesarkan di tanah air Kuala Lumpur, Malaysia..

Bahasa Melayu menjadi bahasa utama percakapan..dan saya bangga..

Lagu Negaraku adalah lagu mingguan semasa perhimpunan di sekolah dahulu..

31 Ogos adalah tarikh negaraku, Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah..

Melayu, Cina dan India bersatu di bawah payung satu negara..

Buah durian dan rambutan adalah antara buah tempatan yang menjadi favourite di kala musim..

Roti canai dihidang bersama teh tarik/milo adalah breakfast harian..

Kedai mamak adalah destinasi paling cool untuk melepakkan diri membuang masa sambil menghirup kopi.. bukan Starbucks!

Burger jalanan brand Ramly adalah berpuluh kali lebih sedap dari McDonald..

Pernah dengar Kelantan Freid Chicklen? Jenama ayam goreng buatan anak jati Malaysia.. Sedap!!




Ada orang tanya, support Liverpool fc atau Malaysia sabtu ini?..

Jawapannya terlalu jelas;
Mana mungkin kesetiaan pada Harimau Malaya digantikan dengan Liverpool!!

Thursday, July 7, 2011

Bukan tak nak, tapi...

Sebenarnya aku bukanlah tak nak update blog ni tapi....

1) terlalu kekeringan idea..

2) keluar rumah pagi, balik pula bila langit dah gelap.. Mana lah sempat nak ber'online'..

3) sibuk meluangkan masa dengan family :) ..

4) banyak website yang dah diblock skmm (eg: putlocker), jadi kepuasan untuk melayan internet sudah berkurang..dan aku malas nak mencuba cara2 untuk elak block..

5) lebih banyak meluangkan masa di atas jalan (teruk sangat jem kat Malaysia)

6) memang malas nak update, dan tidak pernah usaha untuk cari idea..

7) banyak sangat to-do-list sempena cuti 3 bulan ini (poyo)

8) sedang mengasah parang untuk perhimpunan 9 july ini.. (agak-agak la nak bawak parang, bahaya)

9) tak sabar nak tunggu kehadiran pemain Liverpool FC di Malaysia pada 16 July ini..

10) (nak cukupkan 10, tapi tiada idea pulak..nanti lah tambah)