Pages

Monday, February 20, 2012

Salam tanda hormat..


Dulu masa kecik-kecik, mak aku kata kalau jumpa saudara yang lebih tua, salam cium tangan..

Tetapi kadang-kadang aku malas, buat bodoh duduk tepi je..

Balik rumah kena marah.. Padan muka..

Kemudian aku tanya, "Kenapa kita perlu salam kemudian cium tangan orang lebih tua?"

Tak boleh ke kita greet macam orang Thai, Sawadikap... tak payah nak hulur tangan.

Mak aku jawab, "Menghulurkan tangan salam dan cium tangan orang yang lebih tua menandakan hormat" Dan itu adalah budaya kita.

Aku mengangguk faham.

Kemudian bila aku semakin dewasa, aku mula belajar bahawa sentuhan tangan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.

Maka sekarang aku hanya menghulurkan tangan salam pada lelaki.. Dan kebiasaan salam adalah tanda persahabatan..






Sekali lagi aku tegaskan, menghulurkan tangan bersalaman adalah tanda hormat bukan untuk mengampu..

Teka siapa?
klik KLPos untuk tahu siapakah
Klue: Bukan Najib



p/s- Adakah ini satu cubaan jahat Malaysiakini photoshop gambar? Atau mungkin pak cik tu ambil barang yang terjatuh?

Thursday, February 9, 2012

Hak pengguna bukan pada DAP..

Sudah tengok video pekerja KFC bergaduh dengan pelanggan?..

Kalau belum, boleh search dalam utube..Aku tak nak paste di sini..


Kemudian pagi tadi waktu UK, video customer itu membuat penafian dipublish oleh Malaysiakini..

Teka siapa sebelah mamat itu dlm press conference? Klue: dia racist

IBRAHIM ALI?..

Salah

Jawapan: DAP..



Dalam kes ini aku lebih suka untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak..

Dan sedikit pun rasa tidak kisah aku ada..


Tapi kenapa perlu DAP tonjol dalam kes ini?..

Woi!!! Ini bukan kes Melayu gaduh dengan Cina..

Tapi ini kes customer gaduh dengan pekerja..

Sejak bila pulak DAP jadi hakim untuk kes 'consumer rights'?..


Nak tahu pasal consumer rights?..

Aku belajar bende ni sejak tingkatan tiga lagi dalam subjek Kemahiran Hidup..

Kita ada Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna..

Tak suka kerajaan?..

Takpe..kita ada FOMCA

Malas nak keluar rumah tapi ada hp je?..

Takpe, boleh dail +603 7877 9000 (National Consumer Complaints Centre)



Punya lah banyak NGO boleh contact untuk suarakan hak pengguna yang dianiyai..

Kenapa perlu DAP?..

Maaf DAP, tapi anda baru sahaja membuktikan anda masih lagi parti racist di mata saya..



p/s- aku rasa MP DAP tu pun mesti tak fasih berbahasa Melayu..