Pages

Wednesday, June 29, 2011

Bersih atau Ber'shit' (2) ?

Sebelum ni aku ada menulis mengenai kempen Bersih yang mendesak SPR melakukan perubahan pada sistem pilihanraya di Malaysia.. Tidak adil lah bagi kita kalau hanya mendengar dari sebelah pihak..

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz menjawab 'tohmahan' dari NGO Bersih:

Video 1: SPR tidak belah mana-mana parti politik







~ "Kalau la SPR ni kotor sangat, pasti setiap pilihanraya BN yang menang"..
~ "Sibu incumbent BN, DAP yang menang"
~ "Kalau la pengundi sudah suka pada calon itu atau parti itu, u buat la macamana, parti itu akan menang"


Video 2: Kenapa dakwat kekal tidak digunakan?





~ "If u have ink on your finger, you can challenge SPR, show me the law; why i cannot vote?"
~ "Mana ada ink kekal, mesti ada solution boleh hilangg habis"
~ "Why not biometric?"


Video 3: Bilangan pengundi dipertikaikan



~ "Ada tempat yang pengundi ramai, ada tempat yang pengundi tidak ramai"
~ "Tidak boleh samakan bilangan pengundi di setiap kawasan Parlimen"


Video 4: Siapa Pengundi Hantu



Kesimpulan sendiri: Mengundi la mengikut alamat di IC sendiri..


Video 5: Tiada penipuan dalam undi Pos

"Postal vote hanya sedikit, tidak boleh mengubah result sebenar pilihanraya"




Video 6: Tidak boleh tipu kertas undi






p/s-sajak 'Unggun Bersih' ciptaan A. Samad Said

Friday, June 24, 2011

Bersih atau Ber'shit'..


Seperti yang dihebohkan di akhbar mahupun media internet, pada 9 July ini akan diadakan satu perhimpunan rakyat di bandar Kuala Lumpur. Atau dengan nama 'stylo' nya sebagai Perhimpunan Bersih 2.0.. Tapi kenapa 2.0?..Kerana perhimpunan ini adalah yang ke-2 selepas "berjaya" mengumpul hampir 100,000(ye ke?) orang ke jalanan pada tahun 2007..


Tapi ramai orang persoalkan..Wajar atau tidak perhimpunan ini diadakan?.. Adakah ini sekadar perhimpunan jalanan yang tidak mempunyai tujuan dan sekadar membuang masa, atau benar perhimpunan ini layak digelar perhimpunan rakyat?


Pertama sekali, mari kita lihat,tahu dan faham apa sebenarnya tuntutan dari Bersih.

Bersih atau dikenali sebagai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil mempunyai 8 tuntutan iaitu:

1) Bersihkan senarai Undi
-Daftar pemilih SPR perlu lah lebih telus dan dikemaskini.. Sebab utama ialah untuk mengelakkan penyamaran dan 'pengundian berganda' (pengundi hantu).. Semua rakyat yang melepasi umur kelayakan mengundi perlulah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi..
~Tiada undi hantu dan pendaftaran automatik untuk rakyat.. Bukankah itu lebih BERSIH,buat apa nak takut?


2) Reformasikan Undi Pos
- Undi pos wajar digunakan hanya untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara. Mansuhkan sistem undi pos untuk penjawat awam dalam negara seperti polis dan tentera.. Sistem undi pos terlalu mudah dimanipulasi oleh kerajaan..Contoh paling mudah ialah di kawasan Parlimen Setiawangsa yang berhampiran dengan tempat aku. 14,000 pengundi daripada 50,000 pengundi di Parlimen Setiawangsa adalah pengundi Pos. Ini kerana kawasan Setiawangsa adalah markas tentera di KL.. BN menang dengan majoriti 8,000 di kawasan ini walaupun seluruh kawasan Parlimen di keliling Setiawangsa dimenangi dengan mudah oleh PR.. Aku mempunyai seorang saudara yang berkhidmat dalam tentera, dia katakan bahawa dia takut untuk mengundi pembangkang kerana terdapat kemungkinan yang kertas undi beliau dibuka sebelum sampai ke kawasan beliau. Ini kerana undi pos dijalankan beberapa hari sebelum pilihanraya sebenar.
~Undi pos yang lebih telus,hak rakyat memilih lebih terjamin.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?

3) Gunakan dakwat kekal
- Tujuan utama adalah untuk mengelakkan undi berganda. Untuk pengetahuan, sistem dakwat kekal hampir terlaksana pada tahun 2008 tetapi ditarik balik secara last minute oleh SPR.. Kebaikan penggunaan dakwat kekal ini ialah tiada manusia yang boleh sesuka hati masuk ke dewan pengundian beberapa kali..
~Satu orang, satu undi..Demokrasi terjamin.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?

4) Akses Media Bebas dan Adil
- Semua parti yang bertanding wajar menerima akses yang sama rata kepada media terutamanya TV dan radio. Media juga perlulah lebih bertanggungjawab sekiranya menyiarkan laporan negatif yang tidak berasas kepada calon yang bertanding.. Kebaikan media yang lebih bebas adalah rakyat mempunyai lebih pilihan untuk memilih.. Rakyat boleh melihat kelebihan dan keburukan calon yang bertanding.. Janji wakil rakyat juga layak diketahui oleh rakyat..
~ Rakyat bijak pilih wakil rakyat yang bijak..Bukan sekadar janji kosong yang manis di mulut.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?

5) Masa berkempen minimum 21 hari
- Memanjang tempoh berkempen daripada kebiasaan 8 hari kepada 21 hari.. Isu ini aku no comment kerana secara jujur, aku tidak nampak kelebihan samada kempen itu sekejap atau lama.. Tetapi makin lama makin seronok rasanya, makin banyak la janji-janji kerajaan.. Silap-silap jambatan emas pun boleh dijanjikan..

6) Kukuhkan institusi awam.

7) Hentikan rasuah

8) Hentikan politik kotor

Mereka hanya menuntut Pilihanraya yang lebih bersih dan adil.. Adakah kerana terlalu 'kotor' selama ini?..

Pada mereka yang berfikiran negatif dan terlalu anti dengan kempen ini kerana menganggap kempen ini hanya lah propaganda pembangkang, tahukah anda bahawa kempen ini disokong oleh puluhan NGO lain?..

Antara NGO popular yang menyokong kempen ini ialah ALIRAN, ABIM, CIJ, MTUC, SMM, SUARAM, GAMIS dan IKRAM..


p/s- Pergi bukan bermakna anda PR, tidak pergi bukan bermakna anda UMNO.. Kuasa rakyat milik semua..

Tuesday, June 7, 2011

Apabila hak sebagai perokok dilanggar..



Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Malaysia mengumumkan lima kawasan di Melaka sebagai kawasan bebas merokok..

MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah
bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.
"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini. - (sumber BH)


Pengumuman ini dibuat beberapa bulan selepas bandar paling sibuk di dunia, New York turut mengambil langkah yang sama iaitu mengharamkan rokok di tempat awam.. -(Guardian)


Pada pendapat aku, langkah kerajaan Malaysia mengharamkan rokok di Melaka adalah sangat wajar bukan sahaja untuk rakyat di Melaka malah untuk semua pengunjung yang datang ke sana..


Tetapi tidak sampai beberapa hari selepas pengumuman ini, beberapa suara sumbang mula kedengaran membantah perlaksanaan Kementerian Kesihatan.. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menganggap langkah tersebut sebagai melanggar hak asasi perokok di Malaysia..

KUALA LUMPUR, June 6 — A human rights group denounced today the gazetting of entire districts in Malacca as no-smoking zones, calling it a violation of a person’s “right to smoke”.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) called the ban, which imposes a maximum RM5,000 fine on offenders caught smoking in five areas, including the Alor Gajah and Jasin districts, “ridiculous” and “very unreasonable”.

People have (the) right to smoke,” Suaram co-ordinator E. Nalini told The Malaysian Insider today.




~Wah..tak kusangka rupanya perokok juga mampu bercakap mengenai hak asasi..

24 juta rakyat Malaysia yang lain terpaksa hidup dan membesar sebagai penghidu 'zat' asap rokok semata-mata untuk memberi kebebasan hak asasi kepada perokok melepaskan gian..

Rasanya tak perlu lah aku membazir masa menulis tentang bahaya merokok kepada perokok kerana nasihat bahaya merokok memang tidak pernah diambil peduli oleh mereka..

Mari kita bincangkan bahaya rokok kepada ibu bapa perokok, pasangan perokok, anak-anak perokok, sahabat perokok, malah orang malang yang berdiri di sebelah perokok.. atau dengan kata lain, bahaya merokok kepada "Passive smoking" (Second hand smoke)..


Menurut dari sumber yang boleh dipercayai, terdapat lebih daripada 4000 'zat' racun terdapat dari dalam rokok.. Walaupun jika anda bukanlah perokok malah tidak pernah merokok, tetapi jika anda berkeluarga dengan perokok..Peluang anda untuk mendapat penyakit yang sama dengan perokok adalah tinggi..

Berminat untuk tahu apa penyakit yang dimaksudkan?..

Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan perokok ialah kanser paru-paru, kanser buah dada, ketumbuhan di otak, ear infections, penyakit jantung, asthma, sudden infant death syndrome (SIDS) dan banyak lagi..


World Health Organisation (WHO) menggariskan 10 fakta mengenai bahaya 'Passive Smoking' :

1. Second-hand smoke is the smoke that fills restaurants, offices or other enclosed spaces when people burn tobacco products such as cigarettes, bidis and water pipes. Everyone is exposed to its harmful effects.

2. Guidelines to Article 8 of the WHO Framework Convention on Tobacco Control state that there is “no safe level of exposure to tobacco smoke”. Creating 100% smoke-free environments is the only way to protect people from the harmful effects of second-hand tobacco smoke.

3. Second-hand smoke causes 600 000 premature deaths per year. There are more than 4000 chemicals in tobacco smoke, of which at least 250 are known to be harmful and more than 50 are known to cause cancer.

4. In adults, second-hand smoke causes serious cardiovascular and respiratory diseases, including coronary heart disease and lung cancer. In infants, it causes sudden death. In pregnant women, it causes low birth weight.

5. Separate or ventilated smoking areas do not protect non-smokers from second-hand smoke. Second-hand smoke can spread from a smoking area to a non-smoking area, even if the doors between the two areas are closed and even if ventilation is provided. Only 100% smoke-free environments provide effective protection.

6. About 40% of all children are regularly exposed to second-hand smoke at home. Thirty-one per cent of the deaths attributable to second-hand smoke occur in children.

7. Youths exposed to second-hand smoke at home are one-and-a-half to two times more likely to start smoking than those not exposed.

8. Ten per cent of the economic costs related to tobacco use are attributable to second-hand smoke. Tobacco use imposes both direct economic costs on society, such as those associated with treating tobacco-related diseases and indirect costs, such as those associated with reduced productivity or lost wages because of death or illness.

9. More than 94% of people are unprotected by smoke-free laws. However, in 2008 the number of people protected from second-hand smoke by such laws increased by 74% to 362 million from 208 million in 2007. Of the 100 most populous cities, 22 are smoke-free.

10. Through the tobacco control package called MPOWER, WHO helps countries to implement the provisions of the WHO Framework Convention on Tobacco Control to protect people from second-hand smoke.



Malah dari sudut agama pula, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengharamkan rokok pada tahun 1995 berdasarkan dalil dari Al-Quran , “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195).


Manakala seorang ulama dari Al-Azhar, Syeikh Abdullah Al-Masyd menggariskan 10 sebab kenapa rokok haram dari sudut Islam:

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)



p/s- merokok nampak cool?..oh tidak!

Friday, June 3, 2011

I'm Coming Home..

Maka semalam berakhir la final exam aku untuk tahun pertama di sini.. Dengan berakhirnya paper itu, maka berakhirlah sudah 8 bulan aku di sini..


Gambar adalah bilik aku beberapa jam sebelum paper yang terakhir semalam..



Dan gambar ini baru diambil beberapa jam yang lepas..

Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bilik G3, Walkington House, HU6 7SW Hull yang sudi menerima aku sebagai 'tetamu' selama 8 bulan..
Maafkan daku jika tidak pernah menjagamu dengan baik kerana selalu membiarkan barang bersepah di lantai, atas katil, bawah kerusi mahupun di belakang heater..
Terima kasih juga kerana setia mendengar luahan aku sewaktu aku terasa berseorangan..Menjadi teman sewaktu aku mempunyai masalah..Menyediakan katil yang selesa untuk aku tidur.. Kerusi yang empuk untuk aku duduk..dan meja yang tersangat la besar untuk aku sepahkan segala barang-barang dan menjadi tempat untuk aku study..
Terima kasih kerana sudi memanaskan aku dari kesejukan cuaca di luar, yang pernah mencecah sehingga -5 degree celcius semasa musim sejuk..
Dan juga kepada makcik cleaner yang tidak jemu datang setiap hari khamis untuk mencuci bilik air..
Moga-moga kamu mendapat tuan bilik yang lebih baik pada semester depan.. Terima kasih G3..




Barang-barang aku sudah mula di'pack' sejak minggu lepas, jadi semalam selepas exam hanya beberapa barang sahaja yang perlu dikemas..
Berbanyak-banyak terima kasih kepada saudari Syazmin yang sudi menumpangkan rumah beliau untuk 'disumbatkan' barang-barang aku yang berlambak.. Jasamu sangat dihargai :)








p/s- Insya Allah akan menjejakkan kaki ke Kuala lumpur dalam masa 3 minggu dari sekarang :)

Thursday, June 2, 2011

Bagaimana Muslim dilayan di Amerika?- dari ABC

Akibat kebosanan post-exam yang melanda, aku mengambil keputusan untuk meng'usha' bookmark video yang sudah lama tidak terusik dan terasa ingin berkongsi satu video ini..


Video ini adalah salah satu episod dari program 'What Would you Do?'.. Pada episod kali ini, host program, John Quinones membicarakan mengenai soal Islamophobia di Amerika..





Pada sesiapa yang mungkin kesuntukan dengan masa, boleh terus skip pada minit 2:20 atau minit 4:05.. Tapi bagi aku, keseluruhan video ini sangat berbaloi untuk ditonton..