Seperti yang dihebohkan di akhbar mahupun media internet, pada 9 July ini akan diadakan satu perhimpunan rakyat di bandar Kuala Lumpur. Atau dengan nama 'stylo' nya sebagai Perhimpunan Bersih 2.0.. Tapi kenapa 2.0?..Kerana perhimpunan ini adalah yang ke-2 selepas "berjaya" mengumpul hampir 100,000(ye ke?) orang ke jalanan pada tahun 2007..
Tapi ramai orang persoalkan..Wajar atau tidak perhimpunan ini diadakan?.. Adakah ini sekadar perhimpunan jalanan yang tidak mempunyai tujuan dan sekadar membuang masa, atau benar perhimpunan ini layak digelar perhimpunan rakyat?
Pertama sekali, mari kita lihat,tahu dan faham apa sebenarnya tuntutan dari Bersih.
Bersih atau dikenali sebagai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil mempunyai 8 tuntutan iaitu:
1) Bersihkan senarai Undi
-Daftar pemilih SPR perlu lah lebih telus dan dikemaskini.. Sebab utama ialah untuk mengelakkan penyamaran dan 'pengundian berganda' (pengundi hantu).. Semua rakyat yang melepasi umur kelayakan mengundi perlulah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi..
~Tiada undi hantu dan pendaftaran automatik untuk rakyat.. Bukankah itu lebih BERSIH,buat apa nak takut?
2) Reformasikan Undi Pos
- Undi pos wajar digunakan hanya untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara. Mansuhkan sistem undi pos untuk penjawat awam dalam negara seperti polis dan tentera.. Sistem undi pos terlalu mudah dimanipulasi oleh kerajaan..Contoh paling mudah ialah di kawasan Parlimen Setiawangsa yang berhampiran dengan tempat aku. 14,000 pengundi daripada 50,000 pengundi di Parlimen Setiawangsa adalah pengundi Pos. Ini kerana kawasan Setiawangsa adalah markas tentera di KL.. BN menang dengan majoriti 8,000 di kawasan ini walaupun seluruh kawasan Parlimen di keliling Setiawangsa dimenangi dengan mudah oleh PR.. Aku mempunyai seorang saudara yang berkhidmat dalam tentera, dia katakan bahawa dia takut untuk mengundi pembangkang kerana terdapat kemungkinan yang kertas undi beliau dibuka sebelum sampai ke kawasan beliau. Ini kerana undi pos dijalankan beberapa hari sebelum pilihanraya sebenar.
~Undi pos yang lebih telus,hak rakyat memilih lebih terjamin.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?
3) Gunakan dakwat kekal
- Tujuan utama adalah untuk mengelakkan undi berganda. Untuk pengetahuan, sistem dakwat kekal hampir terlaksana pada tahun 2008 tetapi ditarik balik secara last minute oleh SPR.. Kebaikan penggunaan dakwat kekal ini ialah tiada manusia yang boleh sesuka hati masuk ke dewan pengundian beberapa kali..
~Satu orang, satu undi..Demokrasi terjamin.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?
4) Akses Media Bebas dan Adil
- Semua parti yang bertanding wajar menerima akses yang sama rata kepada media terutamanya TV dan radio. Media juga perlulah lebih bertanggungjawab sekiranya menyiarkan laporan negatif yang tidak berasas kepada calon yang bertanding.. Kebaikan media yang lebih bebas adalah rakyat mempunyai lebih pilihan untuk memilih.. Rakyat boleh melihat kelebihan dan keburukan calon yang bertanding.. Janji wakil rakyat juga layak diketahui oleh rakyat..
~ Rakyat bijak pilih wakil rakyat yang bijak..Bukan sekadar janji kosong yang manis di mulut.. Bukankah itu lebih BERSIH, buat apa nak takut?
5) Masa berkempen minimum 21 hari
- Memanjang tempoh berkempen daripada kebiasaan 8 hari kepada 21 hari.. Isu ini aku no comment kerana secara jujur, aku tidak nampak kelebihan samada kempen itu sekejap atau lama.. Tetapi makin lama makin seronok rasanya, makin banyak la janji-janji kerajaan.. Silap-silap jambatan emas pun boleh dijanjikan..
6) Kukuhkan institusi awam.
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor
Mereka hanya menuntut Pilihanraya yang lebih bersih dan adil.. Adakah kerana terlalu 'kotor' selama ini?..
Pada mereka yang berfikiran negatif dan terlalu anti dengan kempen ini kerana menganggap kempen ini hanya lah propaganda pembangkang, tahukah anda bahawa kempen ini disokong oleh puluhan NGO lain?..
Antara NGO popular yang menyokong kempen ini ialah ALIRAN, ABIM, CIJ, MTUC, SMM, SUARAM, GAMIS dan IKRAM..
p/s- Pergi bukan bermakna anda PR, tidak pergi bukan bermakna anda UMNO.. Kuasa rakyat milik semua..
haha. senang cerita tak puas hati pergi berarak kan. aku phm. aku phm. org takkan jadi agresif kalau mereka rasa tak perlu
ReplyDeletebaru balik ke abg hensem? aku x sokong pr dan juga bn, tapi aku mungkin akan pergi ke bersih itu. jadi observer je kot. 1st experience.
ReplyDeletejambatan emas.. hahaha.. bukan jambatan,tapi menara merdeka dibuat daripada emas
ReplyDeletekat mana now? still jalan2 ke?
ReplyDeleteeszol: atau mungkin diorg rasa itu sahaja cara untuk meluahkan ketidakpuasan..
ReplyDeleteghab van hal: terbaik perli..haha..kalo kau pegi, sampaikan slm ak kat fru..hati2 kene air asid nnti..
muhdasyrf: possible2..segalanya emas..haha
tan: i'm in kl now..jln2 di sini
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete