Apa Khabar Malaysia sekarang? Harap kamu sihat saja.. Ada sesuatu mahu ku beritahu.. Saya rindu kamu!!!
Sekarang waktu di sini adalah 1.20 pagi dan aku sedang google 'tourist attraction in Malaysia'.. Hampir 19 tahun aku dibesarkan di Malaysia, tidak pernah aku tahu bahawa:
- Taman Negara Endau-Rompin adalah antara hutan hujan yang tertua di dunia.. Terdapat batu gunung berapi yang dijumpai berusia hampir 240 juta tahu..
- Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor dianggap sebagai festival layang-layang terbaik dunia.. Pada tahun lepas, festival ini telah menarik penyertaan dari 25 negara bersama 180 layang-layang..
- Le Tour De Langkawi adalah pertandingan lumba basikal terbesar di Asia..
- Taman Negara Gunung Mulu memegang 4 rekod dunia
1. Gua Nasib Bagus- The world's largest chamber room
2. Gua Rusa- The world's largest single cave passage.
3. Gua Angin dan Gua Air Jernih- The world's largest cave by volume.
4. Gua Angin dan Gua Air Jernih- The world's largest underground river systems .
- Pada bulan March setiap tahun, Tanjung Tuan menjadi destinasi popular untuk menyaksikan migrasi burung liar dari hemisfera selatan ke hemisfera utara dan sebaliknya.. Dipercayai 54 spesies burung menggunakan laluan 'Tanjung Tuan' setiap tahun..
- Labuan International Extreme Kayak Challenge yang diadakan April ini dianggap sebagai salah satu acara yang paling panjang dan susah di dunia.. Peserta dikehendaki berkayak sejauh 84km..
- 3 kawasan di Malaysia diisytihar sebagai warisan dunia UNESCO iaitu Taman Negara Gunung Mulu, Taman Kinabalu dan Penang/Melaka (Penang dan Melaka dianggap sebagai satu kawasan oleh UNESCO kerana keduanya terletak di Selat Melaka.
Dan banyak-banyak lagi..
Minggu lepas, aku study group bersama sahabat dari China selesai sahaja study kami berbual mengenai tempat asal masing-masing.. Mereka berasal dari Xinjiang, China iaitu sebuah kawasan yang menjadi rebutan antara China Muslim dan kerajaan China (insya allah akan aku buat satu entri mengenai Xinjiang kelak)..
Kemudian aku menunjukkan mereka segala tempat menarik di Malaysia tetapi majoritinya adalah gambar di Kuala Lumpur.. Kemudian aku tunjukkan pada mereka makanan-makanan di Malaysia termasuk teh tarik dan gambar restoran Mamak..Ya Allah, hanya Dia yang tahu betapa rindunya aku pada keropok lekor, sate, laksa etc.. Semua gambar yang aku tunjukkan membuatkan aku lebih rindukan kamu wahai Malaysia..
Jujur aku katakan, Malaysia bukan lah nama kecil dalam sektor pelancongan.. Di Hull sahaja, sudah beberapa kali aku terserempak dengan orang Arab yang pernah pergi lebih banyak tempat pelancongan daripada aku.. Langkawi, Penang, Pulau Sipadan, Pulau Tioman adalah antara nama-nama tempat yang meniti di bibir mereka.. Tauke kedai 'Continental' di sini pernah menetap lebih lima tahun di Kuala Lumpur.. Dan dengan bangganya menyebut Jalan Ampang sebagai jalan paling jem di KL..
Jom sama-sama kita berbangga menjadi salah seorang dari 28 juta orang yang bertuah dilahirkan sebagai Malaysian :)
Di saat aku menulis entri ini maka secara rasminya bebanan exam di semester pertama tahun-2 berakhir.. Hanya 2 subjek yang mempunyai exam pada semester ini, yang selebihnya akan bersambung ke semester depan..
Bermula weekend depan akan bermula lah journey aku untuk merantau ke bandar-bandar lain di UK..
29 January-London- Projek Amanat Negara
Sebuah program forum yang menghimpunkan tokoh-tokoh dari Malaysia.. Antara nama besar yang bakal hadir ialah Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli, Marina Mahathir, TS Rafidah Aziz dan ramai lagi..
4 February- Cardiff- Kursus Perkahwinan disampaikan oleh Ustaz Ammar MSD
Ok jgn gelak, ye aku pergi sorang bukan berpasangan.. Mana lah tahu boleh terjumpe jodoh di sana kan, ok itu gurau.. Insya Allah niat adalah untuk tambahkan ilmu di dada..
11 February- Hull tanah tumpah darah ku
Atas faktor assignment yang wajib disubmit, maka laptop dan buku bakal menjadi peneman aku pada weekend ini..
18 February- Warwick- Malaysian Night
Mula-mula plan mahu ke pertandingan Nasyid di Leeds tetapi rupanya hanya untuk kaum Hawa sahaja, dan aku masih lelaki gagah.. Akan menghabiskan weekend ini di Warwick..mungkin singgah sebentar di Birmingham..
25 February- Sheffield- Malaysian Games
Ini juga event besar di UK yang aku ter'miss' tahun lepas kerana All-England..maka tahun ini aku nekad, aku akan berada di Sheffield pada weekend ini..
Jadi kalau ada sesiapa mahu berjumpa, tlg buat appointment dulu ye :p
Masih sedang mencari masa untuk melawat bandar Exeter.. Bandar yg kini berada di carta no 1 bandar paling aku mahu lawat..March mungkin?..
Percaya lah, hati aku sebak melihat video ini..Masih menunggu iklan CNY dari Petronas..
Berdasarkan kamus yang di'install' dlm laptop aku, 'Ad Hominem' membawa maksud "attacking an opponent’s motives or characterrather thanthe policy or position theymaintain"..
Contoh:
-Professor itu suka berjudi, maka teori dia mengenai krisis kewangan tidak betul..
-Menteri itu pernah ditangkap ponteng sekolah dahulu, maka segala polisi kerajaan yang beliau perkenalkan bakal menyusahkan rakyat..
-Anak beliau fail spm, maka dia tidak layak memimpin kita
Berdasarkan kamus BM pula, Ad hominem membawa maksud menyerang peribadi seseorang yang tiada kena mengena dengan jawatan/idea/polisi yang beliau perkenalkan..
Aku berharap, dengan tamatnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim semalam maka akan terkubur juga lah budaya politik 'Ad Hominem' di Malaysia.. Kalau lah aku list kan semua serangan peribadi tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, aku yakin aku akan mengambil masa lebih dari sehari..
Pada pendapat aku, pada sudut politik, tidak perlu lah dibazirkan keringat dan masa untuk menyerang peribadi pemimpin tapi puji atau kritik lah beliau kerana apa yang beliau perjuangkan.. Dunia politik bukan lah sama seperti dunia hiburan artis yang memerlukan gosip untuk melariskan penjualan majalah atau surat khabar..
Pemimpin politik adalah wakil rakyat yang memegang amanah untuk mentadbir dan mengurus kawasan masing-masing.. Jika beliau mencadangkan sesuatu yang baik untuk kebaikan rakyat, maka dengar lah..jangan lah hanya kerana fitnah membutakan hati kita untuk mendengar kebenaran..
Percayalah, jika penyokong parti P tahu akan kelemahan pemimpin mereka, maka pasti mereka tidak akan sesekali menyokong parti P, tetapi jika penyokong M tahu akan kelemahan pemimpin mereka, pasti mereka juga tidak akan menyokong parti M... maka disaat ini lah kita perlu membuka hati untuk mendengar hujah daripada setiap pihak..
Hujah yang aku maksudkan bukan lah hujah siapa yang lebih bermoral antara mereka tetapi siapa yang dapat menyampaikan hujah yang lebih baik untuk kesejahteraan negara..
Tetapi bukan lah maksud aku orang yang tidak bermoral juga boleh menjadi pemimpin, jika betul la pemimpin itu meliwat,merogol, membunuh atau meng'C-4' maka penjara lah tempat bagi pemimpin seperti ini.. Tetapi jangan lah mematahkan hujah seseorang hanya kerana beliau dituduh tidak bermoral..Balas la hujah mereka dengan fakta.. Membalas hujah hanya dengan bercakap, "Dia penipu sebab dia peliwat, (atau dia bunuh minah Mongol)", hanya menampakkan bahawa pemimpin itu tidak layak untuk memimpin..
Penutup:
Imam Ali pernah berkata,
Seorang imam (khalifah) wajib menjalankan hukum yang telah Allah turunkan dan menunaikan amanat. Jika dia mengerjakan hal ini, maka rakyat wajib mendengar dan menaatinya, sekaligus memenuhi seruannya jika mereka diseru.
"dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."[28] Al-Kahfi
Apa khabar rakan-rakan? Harap sihat sahaja di sana..
Semakin bersawang dan berhabuk blog aku ini.. Bukan lah sengaja untuk tinggalkan begini tapi aku sebenarnya mempunyai 2 blog idola yang menjadi inspirasi bagi aku untuk menulis..dan sejak akhir-akhir ini kedua-dua blog tersebut semakin jarang diupdate oleh tuan empunya.. Dan mereka berdua lah yang menjadi faktor utama aku terjun ke dunia kemerepekan blog sambil merapu keseorangan mengharap seseorang di luar sana memahami apa yang aku tulis.. Kepada korang berdua!! tlg la update blog ye..
Ok!
Sekarang berbalik pada tajuk asal..
Pada suatu hari di kala Tuan Mohor Besar mengumumkan tarikh Hari Raya Puasa, aku masih berada di Malaysia bersama keluarga tersayang..Awww Yeaahh!!!
Seperti anak muda lain, bermain mercun adalah satu kemestian bagi aku pada malam raya
Gambar bukan lah mercun aku tetapi aku suspek mercun ini dtg nye daripada mercun kampung sebelah.. Aku menetap di Kg Datok Keramat..Kemungkinan besar mercun ini datang dari Kg Baru atau "Kg Setiawangsa"..atau mungkin dari "Kg Ampang"..
Cerite pasal mercun, kita lari topik sikit ye..Aku nak berkongsi bunga api tahun baru dari Kota London..
Tahun ini tempat aku melihat bunga api agak tersasar jauh sikit dari tahun lepas.. Daripada 11 minit pertunjukan, hanya 5 minit bunga api dapat aku saksikan..Selebihnya aku hanya makan asap kerana port aku adalah arah angin bertiup dari London Eye..
Ok balik kembali kepada tajuk asal.."Summer Break Part II"
Aku sebenarnya nak cerite mengenai adat kunjung-berkunjung pada hari raya.. Semasa cuti musim panas yang lepas; aku, Mack, Puteyh, Ikhwan, dan Nash berkonvoi satu kereta melawat sambil mengumpul duit raya ke rumah-rumah Cikgu VI.. (rumah-rumah cikgu atau rumah cikgu-cikgu?) dan sahabat VI yang lain..
Rumah Pertama: Puan Roselina-Bandar Tun Razak
Apa yang spesel di rumah cikgu ini ialah rendang (xingat rendang apa)..walaupun agak pedas suam-suam kuku tetapi sangat sedap..
Rumah ke-2: Encik Khairul merangkap sahabat seperjuangan di kelas 5J dahulu- Putrajaya
Jujur lah, itu kali pertama aku jejak kaki ke Putrajaya semasa pulang bercuti.. Walaupun kami contact Khairul last minute tetapi xsangka kehadiran kami disambut dengan satay..dan juga PSP..terima kasih Khairul :)
untuk pengetahuan kau, kami tersilap masuk highway semasa nak balik KL.. Kami menjadi mangsa kekejaman tol..Wahai kerajaan, tolong lah buang tol yang sudah berlambak-lambak sangat tu..
Rumah ke-3: Puan Zarina- Keramat AU
Atas permintaan Puan Zarina, gambar kami bersama dia tidak akan dipublishkan.. Walaupun Puan Zarina sedang sibuk untuk hantar anak dia ke Indonesia tapi beliau tetap sudi menerima kehadiran kami..
Tahun lepas beliau pergi bercuti semasa aku singgah beraya tetapi tahun ini kami sempat datang ke rumah beliau sebelum beliau pulang ke Jengka.. Ini hanya sekali aku sempat jumpa Faheem semasa balik bercuti..
Rumah ke-5: Pn Nik Rahayu- Lembah Pantai kawasan Izzah Anwar
Since Pn Rahayu mengajar Biologi, maka aku tak pernah menjadi pelajar beliau.. kami dilayan dengan sangat mesra oleh anak-anak Puan Rahayu.. Menu utama kami di sana ialah spageti bersama sebaldi rambutan..rasanya Pn Rahayu ada cakap, tapi aku lupa dari mana beliau dapat stok rambutan sebanyak itu..
Rumah ke-6: Encik Helmi Pack merangkap teman seperjuangan di VI- Setiawangsa
Masa ini perut pun da kenyang sangat, kuih-kuih pun hanya sedikit sempat kami jamah..tapi dari gambar, gaya poyo helmi pack masih tak hilang ditelan zaman..
Rumah ke-7: Encik Nashriq- tak ingat nama tempat tapi depan SBU la..
Ok Ready!
Gambar ini lah yang kini menjadi profile pic aku di fb.. Moga ketemu lagi di tahun hadapan :)
p/s- lega dapat menulis sambil melepaskan ketensenan exam..