Pages

Monday, January 9, 2012

Ad hominem

Berdasarkan kamus yang di'install' dlm laptop aku, 'Ad Hominem' membawa maksud "attacking an opponent’s motives or character rather than the policy or position they maintain"..

Contoh:
-Professor itu suka berjudi, maka teori dia mengenai krisis kewangan tidak betul..
-Menteri itu pernah ditangkap ponteng sekolah dahulu, maka segala polisi kerajaan yang beliau perkenalkan bakal menyusahkan rakyat..
-Anak beliau fail spm, maka dia tidak layak memimpin kita

Berdasarkan kamus BM pula, Ad hominem membawa maksud menyerang peribadi seseorang yang tiada kena mengena dengan jawatan/idea/polisi yang beliau perkenalkan..

Aku berharap, dengan tamatnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim semalam maka akan terkubur juga lah budaya politik 'Ad Hominem' di Malaysia.. Kalau lah aku list kan semua serangan peribadi tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, aku yakin aku akan mengambil masa lebih dari sehari..

Pada pendapat aku, pada sudut politik, tidak perlu lah dibazirkan keringat dan masa untuk menyerang peribadi pemimpin tapi puji atau kritik lah beliau kerana apa yang beliau perjuangkan.. Dunia politik bukan lah sama seperti dunia hiburan artis yang memerlukan gosip untuk melariskan penjualan majalah atau surat khabar..

Pemimpin politik adalah wakil rakyat yang memegang amanah untuk mentadbir dan mengurus kawasan masing-masing.. Jika beliau mencadangkan sesuatu yang baik untuk kebaikan rakyat, maka dengar lah..jangan lah hanya kerana fitnah membutakan hati kita untuk mendengar kebenaran..

Percayalah, jika penyokong parti P tahu akan kelemahan pemimpin mereka, maka pasti mereka tidak akan sesekali menyokong parti P, tetapi jika penyokong M tahu akan kelemahan pemimpin mereka, pasti mereka juga tidak akan menyokong parti M... maka disaat ini lah kita perlu membuka hati untuk mendengar hujah daripada setiap pihak..

Hujah yang aku maksudkan bukan lah hujah siapa yang lebih bermoral antara mereka tetapi siapa yang dapat menyampaikan hujah yang lebih baik untuk kesejahteraan negara..

Tetapi bukan lah maksud aku orang yang tidak bermoral juga boleh menjadi pemimpin, jika betul la pemimpin itu meliwat,merogol, membunuh atau meng'C-4' maka penjara lah tempat bagi pemimpin seperti ini.. Tetapi jangan lah mematahkan hujah seseorang hanya kerana beliau dituduh tidak bermoral..Balas la hujah mereka dengan fakta.. Membalas hujah hanya dengan bercakap, "Dia penipu sebab dia peliwat, (atau dia bunuh minah Mongol)", hanya menampakkan bahawa pemimpin itu tidak layak untuk memimpin..


Penutup:
Imam Ali pernah berkata,
Seorang imam (khalifah) wajib menjalankan hukum yang telah Allah turunkan dan menunaikan amanat. Jika dia mengerjakan hal ini, maka rakyat wajib mendengar dan menaatinya, sekaligus memenuhi seruannya jika mereka diseru.
"dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."[28] Al-Kahfi

Sekian Terima Kasih.

2 comments:

  1. pergh, aku baru belajar ad hominem ni jumaat lepas! bnyk lg doh fallacies lain. haha. cool coool. entri baguih

    ReplyDelete
  2. aku pulak baru belaja ad hominem ni ahad lepas..dan aku rasa perkataan ni sgt sesuai untuk gambarkan politik msia skrg..

    ReplyDelete