Pages

Sunday, March 18, 2012

Percayalah! Pemberontakan di Syria tidak sama seperti di Mesir


Jauh dalam hati aku,


Aku masih percaya bahawa 'kebangkitan rakyat' di Syria tidak sama seperti di Mesir.


1. Di kala Mesir bebas dari cengkaman Presiden Mubarak, parti pembangkang yang naik menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan ialah 'Muslim Brotherhood', iaitu satu organisasi/parti yang secara jelas mempunyai niat untuk menegakkan negara Islam dan secara pasti tidak mengiktiraf Israel.

2. Manakala di Syria pula, kerajaan Syria sekarang ialah sosialis(bukanlah Syiah seperti yang digembar-gemburkan). Walaupun sosialis, Syria mempunyai hubungan diplomatik yang bagus dengan Iran dan hubungan yang keruh dengan USA. dan secara jelas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.

3. Siapakah organisasi/parti pembangkang utama di Syria sekarang? Iaitu Syrian National Council pimpinan Burhan Ghalioun. Syrian National Council ditubuhkan sebaik sahaja 'kebangkitan' rakyat Syria dan pemimpin beliau Burhan Ghalioun sudah menetap lama di Perancis. Dan secara tiba-tiba beliau dilantik menjadi pemimpin pembangkang? Bagaimana mungkin seorang rakyat yang sudah lama meninggalkan negara sendiri dilantik sebagai pemimpin?

4. Burhan Ghalioun juga secara terang-terangan pernah mengatakan bahawa jika Syrian National Council menjadi kerajaan di Syria, beliau akan memutuskan hubungan dengan Iran dan mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat. Putus hubungan dengan Iran? atau dengan kata lain, menjalinkan hubungan lebih erat dengan USA.

5. Tapi mengapa USA terlalu takut dengan Syria? Syria adalah negara yang bersempadan dengan Iran di Timur dan Lebanon di Barat. Seperti yang kita tahu, Hizbullah di Lebanon adalah gerakan terakhir yang berperang dengan Israel pada tahun 2006. Dikatakan Syria adalah tulang belakang di sebalik kemenangan Hizbullah di Lebanon. Untuk pengetahuan, perang Hizbullah-Israel pada tahun 2006 adalah untuk mempertahankan tanah Lebanon daripada 'jajahan' Israel.

6. Pada tahun 2011, Wikileaks telah membocorkan rahsia membuktikan bahawa US telah menaja gerakan parti pembangkan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

7. Di Mesir, rakyat di sana langsung tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak. Tetapi di Syria, gerakan pembangkang di sana mengangkat senjata. Tidak pernahkah kalian terfikir dari mana dana mereka untuk dapatkan segala senjata?

8. Ada pendapat mengatakan bahawa orang awam yang dibunuh hanyalah dakyah dari pembangkang untuk memburukkan kerajaan Bashar Al-Assad (tetapi aku tidak memegang 100% pada pendapat ini)



Sehingga kini, aku tidak menganggap masalah di Syria sekarang ialah satu kebangkitan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan Syrian National Council ingin merampas tampuk kuasa pemerintahan dengan cara yang salah.

Percayalah, jika kerajaan Bashar Al-Assad tumbang, bukan satu kerajaan Islam yang naik.

Kes di Syria sama sekali berbeza dengan Muslim Brotherhood di Mesir.



p/s- masih belum tamat, akan disambung apabila ada kelapangan

Sunday, March 11, 2012

Luahan sebelum tidur

Apabila seorang rakyat miskin mencuri RM20 untuk anak beliau yang kelaparan susu, beliau dihukum penjara 36 bulan. (sinar harian)

Tetapi apabila seorang Menteri mendapat kontrak RM250juta daripada kerajaan (dan menggunakan duit tersebut untuk kepentingan peribadi), beliau hanya perlu meletak jawatan. Maka kes akan ditutup.




Apabila seorang rakyat biasa dituduh rasuah sebanyak RM2500, beliau dijatuhkan hukuman penjara 48 bulan dan denda RM20,000 dan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda. (hmetro)

Tetapi apabila seorang bekas Menteri Besar dituduh rasuah sebanyak RM3 juta, hukuman beliau adalah 12 bulan penjara.

Tetapi jika duit digunakan untuk membeli undi dalam pemilihan parti, istilah rasuah digantikan dengan 'politik wang'.. Maka SPRM tidak berkuasa untuk menghukum pesalah 'politik wang', dan jika nasib anda baik, anda akan dilantik sebagai Pengerusi Felda.



Dan anda masih anggap sistem mahkamah ciptaan Barat itu adil?

Monday, March 5, 2012

3March 1922- 90 tahun telah berlalu


RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI.. Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.

KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).

Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini?

sumber dari iluvislamukeire