Pages

Sunday, March 18, 2012

Percayalah! Pemberontakan di Syria tidak sama seperti di Mesir


Jauh dalam hati aku,


Aku masih percaya bahawa 'kebangkitan rakyat' di Syria tidak sama seperti di Mesir.


1. Di kala Mesir bebas dari cengkaman Presiden Mubarak, parti pembangkang yang naik menggantikan tampuk pemerintahan kerajaan ialah 'Muslim Brotherhood', iaitu satu organisasi/parti yang secara jelas mempunyai niat untuk menegakkan negara Islam dan secara pasti tidak mengiktiraf Israel.

2. Manakala di Syria pula, kerajaan Syria sekarang ialah sosialis(bukanlah Syiah seperti yang digembar-gemburkan). Walaupun sosialis, Syria mempunyai hubungan diplomatik yang bagus dengan Iran dan hubungan yang keruh dengan USA. dan secara jelas tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.

3. Siapakah organisasi/parti pembangkang utama di Syria sekarang? Iaitu Syrian National Council pimpinan Burhan Ghalioun. Syrian National Council ditubuhkan sebaik sahaja 'kebangkitan' rakyat Syria dan pemimpin beliau Burhan Ghalioun sudah menetap lama di Perancis. Dan secara tiba-tiba beliau dilantik menjadi pemimpin pembangkang? Bagaimana mungkin seorang rakyat yang sudah lama meninggalkan negara sendiri dilantik sebagai pemimpin?

4. Burhan Ghalioun juga secara terang-terangan pernah mengatakan bahawa jika Syrian National Council menjadi kerajaan di Syria, beliau akan memutuskan hubungan dengan Iran dan mengiktiraf Israel sebagai negara berdaulat. Putus hubungan dengan Iran? atau dengan kata lain, menjalinkan hubungan lebih erat dengan USA.

5. Tapi mengapa USA terlalu takut dengan Syria? Syria adalah negara yang bersempadan dengan Iran di Timur dan Lebanon di Barat. Seperti yang kita tahu, Hizbullah di Lebanon adalah gerakan terakhir yang berperang dengan Israel pada tahun 2006. Dikatakan Syria adalah tulang belakang di sebalik kemenangan Hizbullah di Lebanon. Untuk pengetahuan, perang Hizbullah-Israel pada tahun 2006 adalah untuk mempertahankan tanah Lebanon daripada 'jajahan' Israel.

6. Pada tahun 2011, Wikileaks telah membocorkan rahsia membuktikan bahawa US telah menaja gerakan parti pembangkan di Syria untuk menjatuhkan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

7. Di Mesir, rakyat di sana langsung tidak mengangkat senjata untuk menjatuhkan kerajaan Mubarak. Tetapi di Syria, gerakan pembangkang di sana mengangkat senjata. Tidak pernahkah kalian terfikir dari mana dana mereka untuk dapatkan segala senjata?

8. Ada pendapat mengatakan bahawa orang awam yang dibunuh hanyalah dakyah dari pembangkang untuk memburukkan kerajaan Bashar Al-Assad (tetapi aku tidak memegang 100% pada pendapat ini)



Sehingga kini, aku tidak menganggap masalah di Syria sekarang ialah satu kebangkitan rakyat tetapi lebih kepada perjuangan Syrian National Council ingin merampas tampuk kuasa pemerintahan dengan cara yang salah.

Percayalah, jika kerajaan Bashar Al-Assad tumbang, bukan satu kerajaan Islam yang naik.

Kes di Syria sama sekali berbeza dengan Muslim Brotherhood di Mesir.



p/s- masih belum tamat, akan disambung apabila ada kelapangan

14 comments:

  1. pakatan kejatuhan negara arab dan sekitar2 ni ada jugak aku baca sikit2. antara point yg mcm aku dpt, mempertahankan israel dan juga menghalang kanaikan blok2 sosialis mcm china dan russia. hehe, sori la selama ni jadi silent reader je. tgh cari spirit balik ni. kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. :)terima kasih atas pencerahan, tapi maaf, boleh sy tnya, mana awak dapat sumber ntk ini ya?maaf, bukan sbb meragui, cumanya sy curious, sbb slama ni di TV dan arus media perdana semua mengatakan perkara sebaliknya,, jadi sy tkot sy terkeliru, huhu:)

    ReplyDelete
  3. ghab: kau da jarang update..da lama menanti..

    P@QQ@R: pertama sekali sebelum menjawab soalan, sy nak tanya dari mana sumber awk mengenai kes di Syria? jika jawapan awk ialah TV dan arus perdana bersumberkan reuters,bbc dan cnn, maka ingin saya tegaskan bahawa semua journalist antarabangsa sudah dihalau keluar dari syria..dan berita dari mereka turut boleh diragui kesahihan.

    Dari pemerhatian saya, sangat jelas bahawa media barat hanya mengutamakan berita untuk menentang presiden syria.
    cth: berapa banyak media barat yang mengeluarkan berita bahawa syria telah bersetuju untuk mematuhi tarikh pendamaian pada 10 April?


    Antara sumber saya ialah IRNA,RT dan blog sahabat2.. mungkin bole cuba buka ini http://friendsofsyria.wordpress.com/ untuk bacaan lebih lanjut..

    ReplyDelete
  4. dan kalau rajin, boleh cari sumber dari wikileaks, terlupa nak bookmark

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas pencerahan:)
    btw, yup, sy biasa surf n ikut tntang perkembangan di syria thru wikipedia, cnn, bbc n so on,, yup, jadinya, lpas ni sy kna baca semua media la tu make sure no media bias:)
    thnx!:)
    haa, another curious question., nak tnye burhan, btol ke mcm yg digembar-gemburkan certain org, yg konflik di syria ni jugak disbbkan oleh permusuhan puak syiah n sunni? sy pn sbnrny agak ragu2 ngn kenyataan ni,, n yg smpi mengubah surah dlm Al-quran smpikan nama presiden syria diletak didlm surah tu? huhu,iginkan kepastian, sbb skrg ni x tau side mana nak disebelahi..mohon pencerahan juga ya burhan!
    thnx:)

    ReplyDelete
  6. maaf terlalu lambat reply..sudah lama xonline blogger..

    adakah konflik di syria kerana permusuhan syiah dan sunni?..
    Bashar al-Assad adalah Syiah Alawi (berbeza dengan mazhab di Iran Syiah Imamiyah).
    Walaupun beliau adalah Islam Syiah, tetapi sistem pemerintahan beliau di Syria adalah sekular dan bukan sistem pemerintahan ulama (seperti Islamic republic of iran)

    kalau betul la penentang kerajaan di syria adalah sunni yang mahu jatuhkan kerajaan syiah syria..maka pada pendapat saya, itu adalah satu statement yang memalukan dan menjatuhkan maruah mazhab sunni itu sendiri..ini kerana penentang kerajaan di syria mendapat bantuan penuh dari barat termasuk US dan britain.. maka adakah selama ini kita kerajaan arab sunni adalah pengikut kepada kerajaan barat?..

    kita pergi pada krisis di bahrain pula, ada pendapat mengatakan krisis di bahrain adalah kerana orang syiah tidak bersutuju dengan pemerintahan kerajaan sunni bahrain..tetapi adakah penentang di bahrain mendapat sokongan kerajaan barat?..jawapannya tidak.. malah berita krisis di bahrain jarang sekali mendapat liputan media..

    sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa kerajaan Bashar Al-Assad adalah kerajaan sekular yang tidak menyokong penubuhan negara israel..dan tidak mustahil jika penentang kerajaan di syria disponsor oleh barat untuk melumpuhkan hizbullah di lebanon

    ReplyDelete
  7. ;( sedihnya kalau mcm tu,, huuu, maknanya, ramai rkyat malaysia, n even bangsa seagama kita dah tersalah faham tntg prkara sbnr yg berlaku disana,, huuu, ermm, mknanya, apa yg kerajaan barat laknatullah dh berjaya ntk alihkan perhatian umat islam dari isu palestin kepada isu syria yg mereka buat2.. dan sekarang ni, semua mengutuk dan mengeji bashar al-assad akan perkara yg bukan dia bwat, ya Allah, the world is very much distorted:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/pages/Rakyat-Malaysia-Bersama-Revolusi-Syria/308664102508100?fref=ts

      Delete
    2. tolong berhenti jadi ejen iran saudara..
      tolong dapatkan berita dan maklumat yang betul..
      dieorang syiah alawi mmg x boleh diperayai..
      malas nk tulis poanjang2..kepada pembaca2 sekalian jangan terima jer ape yang ditulis tapi tolong kaji dari setiap aspek...jangan mengunakan emosi dalam mentafsir sesuatu..

      Delete
  8. https://www.facebook.com/syria.care ape kate korang rujuk jgk kt page ni..skang byk berita palsu..

    ReplyDelete
  9. Mengambil berita dari IRNA dan http://friendsofsyria.wordpress.com/ umpama mengambil berita dari Utusan Malaysia dan TV3 untuk mengetahui politik Malaysia.

    ReplyDelete
  10. iran agama ialah syiah, bassar al assad ialah syiah..yang mati dan yang terseksa ialah ahli sunnah..kenapa perlu sokong syiah menentang ahli sunnah..?????????????

    ReplyDelete
  11. Terang-terang gan doh pemimpin bashar tu membunuh org islam sunni lagi mahu backup ke...pelikk betol la....iran tu negara islam ke.???? Palestin kenapa bom berapa bnyk peluru dia sampai ke Israel? ???

    ReplyDelete
  12. ada mata,, lihat....
    ada hati,,, celik.
    ada otak,, pakai...
    ada jari,, tulis...
    tapi ingat.....
    akan dipertanggungjawab di akhirat kelak !!!

    ReplyDelete