Pages

Wednesday, February 23, 2011

Revolusi di Mesir?



Mungkin tulisan topik ini agak lambat dipublish, tapi oleh kerana krisis politik di Timur Tengah masih belum cukup reda, jadi rasanya masih belum terlambat untuk aku memberi pandangan sendiri,


Definisi mudah untuk revolusi ialah perubahan secara total daripada sebuah sistem lama kepada sistem baru.

Antara peristiwa revolusi yang dicatat dalam sejarah ialah:

i) French Revolution (1789-99) - Sebelum revolusi, kuasa Raja France adalah mutlak. Gereja terlalu berkuasa mengumpul harta. Revolusi di France menukar sistem kerajaan monarki kepada sistem republik. Kuasa Gereja Katolik turut dihapuskan.

ii) Russian Revolution (1917) - Revolusi ini didalangi oleh pekerja biasa, petani dan askar yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan 'Tsarist' yang mengamalkan sistem kapitalis. Revolusi ini membawa kepada kebangkitan sistem komunis.

iii) Iranian Revolution (1979) - Sebelum tahun 1979, sistem politik di Iran ialah sistem monarki yang diketuai oleh Shah Mohammad Reza Pahlavi. Shah Reza dianggap sebagai pro-US dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang beliau. Revolusi di Iran meletakkan sistem Islam sebagai asas pemerintahan. Kini, orang paling berkuasa di Iran adalah seorang ulama iaitu Ali Khamenei. Kuasa Ali Khamenei adalah lebih tinggi daripada Presiden Iran.
di Iran pada tahun 1979

Pendapat saya, krisis di Mesir sekarang masih belum layak digelar revolusi selagi tiada perubahan secara total kepada sistem politik sekarang. Revolusi di Mesir hanya akan tercapai secara sepenuhnya jika Ikhwanul Muslimin berupaya untuk mengubah sistem politik kepada sistem berlandaskan Islam sebagaimana di Iran pada tahun 1979.

Jika Ikhwanul Muslimin gagal, krisis di Mesir bukanlah satu revolusi tetapi tidak lebih seperti krisis politik yang sama seperti berlaku di Thailand. Hanya pemimpin yang berubah tetapi sistem pemerintahan yang sama masih diamalkan. Jika tiada perubahan di Mesir, tidak mustahil jika pemerintah yang menggantikan Hosni Mubarak masih kekal menggunakan kuasa diktator.

Mesir baru adalah Mesir yang berupaya berdiri di kaki sendiri tanpa perlu US dan Israel sebagai rakan sekutu. Mesir baru adalah Mesir yang mampu menjadikan Islam sebagai asas sistem pemerintahan. Mesir baru adalah Mesir yang mengamalkan kebebasan bersuara selagi tidak bertentangan dengan syarak Islam.

Tahniah Mesir kerana kalian berjaya membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemerintah yang zalim. Tapi perjuangan kalian masih belum selesai.

p/s- Revolusi di Malaysia?..mungkin bukan dalam masa terdekat..

Tahniah Zharif

Baru mendapat berita sorang sahabat dari VI baru melangsungkan perkahwinan minggu lepas, saudara Muhamad Zharif..
Tahniah buat Zharif dan isteri..
Semoga agama Allah akan terus kukuh dengan bertambahnya bilangan umat Islam di muka bumi ini..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. -An Nur(32)

Tahniah sekali lagi Zharif, kau lah sahabat lelaki aku yang pertama mendirikan rumah tangga.. Gua betul2 respek sama lu.. Nanti boleh la kongsi sikit2 tips..
Yang penting, aku nak ucapkan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..



p/s- terasa diri masih banyak yang perlu dilengkapkan..

Saturday, February 12, 2011

~Holiday~


Salam..will be away to Spain and Italy this evening..Insya Allah will come back to Hull on Feb 21 :)

Terasa macam kurang sangat update bulan ni banding dengan bulan lepas..Mungkin sebab tekanan jiwa dan perasaan menempuhi semester baru membantutkan pengeluaran idea..Sbrnye idea tu ada dan draft pun dah berbelas2 tergantung tunggu untuk dipublish..insya allah semua tu akan di'publish' selepas balik nanti..


Granada, Spain..Insya allah akan sampai ke sini..




p/s- Krisis di mesir, adakah layak digelar revolusi?.. nantikan post seterusnya selepas 21 feb..

Tuesday, February 8, 2011

Multicultural in Hull



ini bukan entri rascist, cuma meraikan perbezaan bangsa dan pemikiran


Hari ini aku rasa aku nak stori psal student di Hull. Terus terang aku katakan, Hull adalah sebuah bandar kecil, student uni la yang menghidupkan bandar ni.. Dulu masa cuti winter sebulan, Hull jadi sangat lah sunyi. Walaupun bandar kecik, tapi Uni of Hull tetap penuh dgn International student. Aku bahagikan student kat sini pada beberapa kategori :

1. student yang memang berasal dari Hull - rupa dan gaya mereka serupa dengan British yang lain tapi cara utama untuk bezakan mereka ialah perbezaan accent. Contoh: apabila menyebut perkataan 'bus', mereka tidak menggantikan huruf 'u' dengan huruf 'a'. Kebanyakkan orang Hull yang aku jumpa semua adalah friendly. Jadi tak perlu risau lah kalau sesat, ramai orang boleh tolong.

2. student yang berasal dari East Europe - perbezaan mereka dengan orang British adalah sama seperti beza antara orang Melayu Malaysia dengan orang Melayu Indonesia. Aku cuma sedar wujudnya orang East Europe ini ialah bila aku perasan ada mat saleh yang 'gagap' gunakan English. Kebanyakan orang east Europe berasal daripada Poland, so bahasa utama diorang ialah 'Polish'.

3. student dari timur tengah (termasuk pakistan dan india) - Kebanyakan student jenis ni yang aku jumpa, walaupun muka mereka memang macam arab/india tapi kebanyakan mereka lahir dan berasal dari UK. Jadi, bahasa perantaraan antara mereka bukan lah arab/india tapi English.

4. student 'Black' - walaupun majoriti mereka adalah British, tapi aku pernah dengar ada kalangan group ni gunakan bahasa lain bila borak sesama mereka (oleh sebab aku tak pernah borak atau bercakap dengan group ni jadi susah nak tahu negara asal mereka).

5. student berasal dari China dan seangkatan dengannya- Kebanyakkan mereka bukan sahaja berasal dari China, malah dari HK, dan Taiwan. Group ni memang ramai dalam course aku, dan bahasa perantaraan utama mereka adalah chinese.

6. student berbangsa Melayu- dalam course aku, kami adalah minoriti yang teramat. Hanya aku seorang berasal dari Malaysia dan selebihnya dari Brunei. Walaupun Brunei guna bahasa Melayu, tapi bahasa Melayu mereka sama seperti Sabah/Sarawak. Jadi aku sebagai orang KL, kadang2 tak faham juga diorang cakap.. cth: orang brunei gunakan perkataan kelmarin untuk refer pada semalam.




kalau korang perasan, dekat train tu ada tulis 'First Hull Trains'..Setakat ni yang aku tahu, cuma Hull je yang ada train sendiri. Kebanyakkan bandar lain gunakan train 'East Coast' , 'Northern Rail' etc.. (saje nak bangga :p )






p/s- cara betul sebutan 'Hull' adalah 'ULL' , silence 'H'

Thursday, February 3, 2011

Bila Politik menjadi isu..


Seperti yang kita semua tahu, baru-baru ini ada krisis politik di Mesir.. Rakyat Mesir turun berdemontrasi di atas jalan untuk mendesak presiden mereka letak jawatan. Dan krisis ini sudah berlarutan hampir dua minggu..

Alhamdulilah krisis ni tak pernah berlaku dekat Malaysia.. Semua rakyat Malaysia masih aman di bawah kerajaan sekarang..

Tapi walaupun rakyat Malaysia tak turun berdemontrasi mintak kerajaan digulingkan, tapi oleh sebab student Malaysia yang terlalu ramai dekat Mesir, ramai keluarga2 student mintak agar kerajaan yang mengamalkan polisi 'rakyat didahulukan' agar membawa balik semua student Malaysia di Mesir.

Tapi yang aku pelik dan sedih, bila nyawa student2 dekat mesir menjadi isu bualan politik.

Blog BN kata " Sudah la, buat ape nak kecoh2, Najib da kata kerajaan akan cuba bawak balik rakyat Malaysia di Mesir."

Tapi blog PR pula, cuba nak ambil kesempatan isu ini untuk menghentam kerajaan..Kata diorg "Rosmah dah habiskan duit kerajaan untuk dandan rambut dekat Italy sbb tu la duit kerajaan dah habis."

Aku pulak nak kata, "Wahai rakan2 xkisah la BN mahupun PR, majoriti rakyat Malaysia dekat Mesir sana adalah student. Dan aku yakin ramai yang belum daftar mengundi ataupun tak layak mengundi lagi untuk PRU. Kalau diorg tak sokong umno pun, ape salah nya kerajaan tolong..mak bapak diorg kat Malaysia pun bayar cukai."

Tolong lah ketepikan politik bila nyawa rakan2 kita di Mesir kini sudah jadi taruhan..



p/s-Walaupun probability untuk UK jadi seperti Mesir amat lah tipis..Tapi boleh ke kami student di sini mendapat jaminan bahawa nyawa kami akan diutamakan dari duit kerajaan..

Tuesday, February 1, 2011

Torres?..Siapa tu?..

"Fernando Torres pindah ke Chelsea". Berita ni baru berusia 10 minit masa aku baca 'Live Transfer' di Yahoo.. Player yang aku idolakan selama ini akhirnya pergi dari Liverpool. Musim EPL tahun ni adalah musim ke-4 Torres bersama Liverpool.


Kalau ikutkan perasaan, terasa segala perkataan mencarut nak tulis di sini untuk ditujukan pada Torres. Memang betul Torres tak pernah menghadiahkan apa2 trofi untuk Liverpool tapi jasa Torres tetap tak boleh dilupakan. Gol EPL pertama Torres adalah semasa menentang Chelsea . Torres pernah mendapat anugerah Premier League Player of the Month hanya pada bulan ke-6 Torres di Liverpool. Pada musim 08/09, Liverpool berjaya menduduki tempat kedua dan Torres menjaringkan 14 gol untuk Liverpool. 102 experience dan 65 gol sepanjang 4 tahun Fernando Torres di Liverpool.


Terima Kasih Torres untuk segala gol untuk Liverpool. Sampai sekarang aku xdapat nak bayangkan kau pakai jersi Chelsea. There wont be a Liverpool without you. You'll forever be our hero, our star and our Fernando Torres. Wish you all the best at your new club.


One striker out, two strikers in. Torres may 'betray' us but two new players ready to give their commitment to Liverpool FC.



LUIS SUAREZ-

Baru berusia 24 tahun dan antara pemain utama Uruguay semasa World Cup 2010. Uruguay berjaya menamatkan di tempat ke 4 dan Suarez menjaringkan 3 gol untuk Uruguay.









Andy Carroll

Seorang lagi pemain muda dari Newcastle. Andy Carroll berusia 22 tahun dan bermain untuk kelab Newcastle sebelum ini. Pernah menjaringkan 2 gol untuk skuad England bawah 21. Andy Carroll akan menyarung jersi no 9 milik Fernando Torres.







Kepada peminat Liverpool di luar sana, aku yakin kita tak perlu risau atau sedih bila tiada lagi Torres. Torres meninggalkan Liverpool, tapi dua player muda sertai Liverpool. Aku yakin Luis Suarez dan Andy Carroll mampu kembalikan kegemilangan Liverpool.

-You'll Never Walk Alone-



p/s Selamat Hari Wilayah :)