ini bukan entri rascist, cuma meraikan perbezaan bangsa dan pemikiran
Hari ini aku rasa aku nak stori psal student di Hull. Terus terang aku katakan, Hull adalah sebuah bandar kecil, student uni la yang menghidupkan bandar ni.. Dulu masa cuti winter sebulan, Hull jadi sangat lah sunyi. Walaupun bandar kecik, tapi Uni of Hull tetap penuh dgn International student. Aku bahagikan student kat sini pada beberapa kategori :
1. student yang memang berasal dari Hull - rupa dan gaya mereka serupa dengan British yang lain tapi cara utama untuk bezakan mereka ialah perbezaan accent. Contoh: apabila menyebut perkataan 'bus', mereka tidak menggantikan huruf 'u' dengan huruf 'a'. Kebanyakkan orang Hull yang aku jumpa semua adalah friendly. Jadi tak perlu risau lah kalau sesat, ramai orang boleh tolong.
2. student yang berasal dari East Europe - perbezaan mereka dengan orang British adalah sama seperti beza antara orang Melayu Malaysia dengan orang Melayu Indonesia. Aku cuma sedar wujudnya orang East Europe ini ialah bila aku perasan ada mat saleh yang 'gagap' gunakan English. Kebanyakan orang east Europe berasal daripada Poland, so bahasa utama diorang ialah 'Polish'.
3. student dari timur tengah (termasuk pakistan dan india) - Kebanyakan student jenis ni yang aku jumpa, walaupun muka mereka memang macam arab/india tapi kebanyakan mereka lahir dan berasal dari UK. Jadi, bahasa perantaraan antara mereka bukan lah arab/india tapi English.
4. student 'Black' - walaupun majoriti mereka adalah British, tapi aku pernah dengar ada kalangan group ni gunakan bahasa lain bila borak sesama mereka (oleh sebab aku tak pernah borak atau bercakap dengan group ni jadi susah nak tahu negara asal mereka).
5. student berasal dari China dan seangkatan dengannya- Kebanyakkan mereka bukan sahaja berasal dari China, malah dari HK, dan Taiwan. Group ni memang ramai dalam course aku, dan bahasa perantaraan utama mereka adalah chinese.
6. student berbangsa Melayu- dalam course aku, kami adalah minoriti yang teramat. Hanya aku seorang berasal dari Malaysia dan selebihnya dari Brunei. Walaupun Brunei guna bahasa Melayu, tapi bahasa Melayu mereka sama seperti Sabah/Sarawak. Jadi aku sebagai orang KL, kadang2 tak faham juga diorang cakap.. cth: orang brunei gunakan perkataan kelmarin untuk refer pada semalam.
kalau korang perasan, dekat train tu ada tulis 'First Hull Trains'..Setakat ni yang aku tahu, cuma Hull je yang ada train sendiri. Kebanyakkan bandar lain gunakan train 'East Coast' , 'Northern Rail' etc.. (saje nak bangga :p )
p/s- cara betul sebutan 'Hull' adalah 'ULL' , silence 'H'
ohh kiranya selama ni i pronounce Hull salah la an.. haha. now I know..
ReplyDeletebtw, bole tahan gak train dorg ni..
laa. takde unsur2 racist langsung pun.ingatkan ada tadi
ReplyDeleteaqila : xpe2..xkisah sebut mane2 pun..diorg bole fhm..
ReplyDeletesyuk: haha..sbrnye ada, tp xnk timbulkan kontroversi, so edit dan delete..
aku tggu lg entry ko y jenis politics n social cmni
ReplyDeleteoh wait, i miss my bus at ull
burhan eheh i ade kawan study hull gak..matiin nasir :)
ReplyDeletemesti best kat sane.. teringin aku nak pergi..
ReplyDeleteaku doakan tmpat ko xjadi mcm kt mesir
orang kedah pun cakap kelmarin sbg ganti smlm.. hahahaha
ReplyDeleteeszol: insya allah akan di update lg..bulan ni slow skit..
ReplyDeletesuraya : nasir?..msian ke?..
Mr. K : dtg la, accomodation ditanggung percuma..
Kira: tu la, bru tau jugak..haha..semalam=malam tadi..