Definisi mudah untuk revolusi ialah perubahan secara total daripada sebuah sistem lama kepada sistem baru.
Antara peristiwa revolusi yang dicatat dalam sejarah ialah:
i) French Revolution (1789-99) - Sebelum revolusi, kuasa Raja France adalah mutlak. Gereja terlalu berkuasa mengumpul harta. Revolusi di France menukar sistem kerajaan monarki kepada sistem republik. Kuasa Gereja Katolik turut dihapuskan.
ii) Russian Revolution (1917) - Revolusi ini didalangi oleh pekerja biasa, petani dan askar yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan 'Tsarist' yang mengamalkan sistem kapitalis. Revolusi ini membawa kepada kebangkitan sistem komunis.
iii) Iranian Revolution (1979) - Sebelum tahun 1979, sistem politik di Iran ialah sistem monarki yang diketuai oleh Shah Mohammad Reza Pahlavi. Shah Reza dianggap sebagai pro-US dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang beliau. Revolusi di Iran meletakkan sistem Islam sebagai asas pemerintahan. Kini, orang paling berkuasa di Iran adalah seorang ulama iaitu Ali Khamenei. Kuasa Ali Khamenei adalah lebih tinggi daripada Presiden Iran.
di Iran pada tahun 1979
Pendapat saya, krisis di Mesir sekarang masih belum layak digelar revolusi selagi tiada perubahan secara total kepada sistem politik sekarang. Revolusi di Mesir hanya akan tercapai secara sepenuhnya jika Ikhwanul Muslimin berupaya untuk mengubah sistem politik kepada sistem berlandaskan Islam sebagaimana di Iran pada tahun 1979.
Jika Ikhwanul Muslimin gagal, krisis di Mesir bukanlah satu revolusi tetapi tidak lebih seperti krisis politik yang sama seperti berlaku di Thailand. Hanya pemimpin yang berubah tetapi sistem pemerintahan yang sama masih diamalkan. Jika tiada perubahan di Mesir, tidak mustahil jika pemerintah yang menggantikan Hosni Mubarak masih kekal menggunakan kuasa diktator.
Mesir baru adalah Mesir yang berupaya berdiri di kaki sendiri tanpa perlu US dan Israel sebagai rakan sekutu. Mesir baru adalah Mesir yang mampu menjadikan Islam sebagai asas sistem pemerintahan. Mesir baru adalah Mesir yang mengamalkan kebebasan bersuara selagi tidak bertentangan dengan syarak Islam.
Tahniah Mesir kerana kalian berjaya membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemerintah yang zalim. Tapi perjuangan kalian masih belum selesai.
p/s- Revolusi di Malaysia?..mungkin bukan dalam masa terdekat..
doakan terbaik untuk malaysia, tpi jgn lah smpai seprti apa yg berlaku kat Mesir dulu..
ReplyDeletemungkin kita boleh ambil iktibar 'revolusi' pertama yang berlaku di dunia pada tahun 1699 di tanah melayu
ReplyDeletejadikan inspirasi mungkin?
tegakkan keadilan.itulah islam
# Mr. K : revolusi bukanlah sesuatu yang buruk.. mungkin dari konteks biasa, kita nampak revolusi seperti satu demonstrasi keganasan tp revolusi lah yang merubah sistem bentuk kerajaan kepada 'yang lebih baik' (baik dari persepsi rakyat awam)
ReplyDelete# afizfaiz : revolusi tahun 1699?..apa yang berlaku?..
revolusi 1699
ReplyDeleteatau lebih masyhur dengan gelaran
"sultan Mahmud mangkat dijulang"
saya yakin kalau saudara teliti sejarahnya
pasti amat mengejutkan
kalau nak mudah,boleh cari novel faisal tehrani- saasatul ibaad.
p/s; YNWA!.hehe
pergh!
ReplyDeletegua malu dgn lu der
lu pikir lagi jauh dari gua
mmg btol pepatah melayu jauh perjalanan luas permandangan
it's all make sense
the pepatah n the point u talk
revolusi memang bukan something yg negatif, tu boley jadi feedback utk kerajaan bagaimana dorang handle negara dorang.. tapi yg negatif nye sampingan nye tu..
ReplyDeleteKalau tgk kat mesir, bukan setakat demontrasi, perompak bermaharajalela, ekonomi turun, pelabur xmo melabur kat negara dorang, industri pelancong merosot..
Kita negara demokrasi, pape disettlekan dengan mesyuarat..
#sekadar memberi pandangan