Aku terasa sangat lemah, seperti masalah yang aku hadapi tidak pernah selesai..
Nampak bangunan di atas?..
Itulah perasaan aku sekarang..
Terasa seperti hendak jatuh menyembah bumi..
Ya Allah, adakah kau betul2 wujud di atas sana..
Kenapa tidak pernah rintihan aku kau jawab..
Aku perlukan jawapan..
Bukan bertambah lagi persoalan..
Kadangkala aku duduk termenung, berfikir
Yahudi percaya pada Nabi Musa,
Kristian percaya pada Nabi Isa,
dan Islam percaya pada seorang lagi insan suci, bernama Muhammad..
Tidak mungkin semua agama ini betul,
salah satu akan membawa aku ke syurga..
Adakah pilihan aku sekarang benar2 betul..
Atau aku salah?..
Jika betul, maka beruntunglah aku..
Jika salah?..Adakah aku akan menghabiskan sisa ku nanti di Neraka?..
Kristian percaya pada hari kiamat..
Sama seperti umat Islam..
Mereka juga kata akan berlaku perang di akhir zaman..
Antara Believer dan Non-Believer..
Aku percaya bahawa Quran itu adalah ayat suci dari langit..
Allah menurunkan Al-Quran kepada umat Nabi Muhammad,
dan telah Allah janjikan dalam Al-Quran, umat Islam akan masuk ke syurga..
tapi..
Mereka kata Syaitan lah yang membisikan ayat2 Quran ke telinga Muhammad,
bukan Malaikat Jibrail..
Bagaimana jika Kristian yang benar?..
Ya Allah..
Maafkan aku kerana timbul perasaan was-was..
Aku yakin Tuhan faham..
Bukan salah aku,
Aku hanya cuba mencari kebenaran..
Dalam Al-Quran,
menceritakan sejarah, membuktikan sains..
mengajar cara hidup sebenar..
Orang Islam sebenar tidak pernah berputus asa,
Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
-Asy Syuara-26
p/s- baru habis membaca buku 'Unimagined' tulisan Imran Ahmad..seorang insan Muslim yang kekal utuh membela agama Islam walaupun membesar di kelompok masyarakat Kristian..
r u ok bur?
ReplyDeletealways ok kira :)..
ReplyDeletetulisan yang menarik.
ReplyDeletejangan was-was dengan agama Allah.
insyaallah. kita pada jalan yang benar jika
kita mencari Islam yang sebenar :)
tabah la kita sebagai insan yang kerdil.
insyaallah.
buang jauh-jauh perasaan was was. syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan anak adam.
ReplyDeletespend around 10 mnts baca tafsir surah al a'raf okay. insyaAllah~ :)
innallahama'ana
niceeeeeeeeee
ReplyDeletetp ko kne ingat something
topic dlm pendidikan islam dulu2
BATAS-BATAS PEMIKIRAN
jgn dilayan sgt perasaan itu
teuskan mengaji dan mengkaji
btw, YNWA!!!
gua gembira man u mati lagi
hahaha
perbanyakkan berzikir dan membaca al-quran,
ReplyDeletepkiran was-wasa tu lah sbnarnya hasutan syaitan,
jgn terpedaya dengan helah agama lain,
aku pernah baca, sekali kita ragu-ragu tentang agama kita, iman kita makin lemah, selalu berjumpa dengan ustad-ustad, insyaAllah ok,
Agama islam yg dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W tu yg sebnarnye
Tak baik ade sifat was-was lagi2 didalam agama. percaya apa yg kita belajar, percaya dgn keyakinan hati, percaya pada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya perasaan was-was itu timbul drpd bisikan jin dan syaitan. semoga kita ditempatkan didalam golongan org yg beriman dan berjaya di akhirat kelak. ameen :)
ReplyDeleteya ahiy burhanuddin
ReplyDelete"sabbit qulubana 'ala dinik"
Yakin dengan agamanNya, InsyaAllah hati kita akn sentiasa tetap pada agamaNya.
nk email..
ReplyDeletepyakit was2 adlh sgt bhaya..
tersentap bile baca entri awak kali ni..harap awak ketemu jawapan yang benar2 pasti..
ReplyDeletekeep in touch ~
thx for all the advice..
ReplyDeletehargai sgt2..
memang betul perasaan was2 itu tidak baik, tetapi kadangkala perasaan was2 itu lah yang membuatkan kita lebih tertarik untuk menkaji lebih dlm ttg islam..untuk mencari apakah sebab utama kita menjadi Muslim..
best kn buku tu? i know u will love it :)
ReplyDeletelet just wait for his second book ok bur :)
#tan : totally love that book :) ..let me know kalau keluar buku baru..
ReplyDeletewill do :)
ReplyDelete