'Daylight saving time'(DST) adalah digunakan untuk menyimpan cahaya siang pada waktu musim panas.. atau dengan bahasa mudah, mengubah waktu/jam agar waktu siang boleh digunakan sepenuhnya sebagai waktu bekerja/sekolah..
Mengikut sejarah, DST moden mula dicadangkan oleh seorang rakyat New Zealand, G.V Hudson pada tahun 1895. Tapi DST hanya mula diperkenalkan di Germany pada tahun 1916 sebagai cara untuk menjimatkan penggunaan batu arang semasa Perang Dunia I. Kemudian mula digunakan di beberapa negara Eropah lain dan digunakan di US pada tahun 1918.
Tapi kenapa perlu DST?..
DST dikaitkan sebagai boleh mengurangkan kemalangan di jalan raya kerana orang ramai hanya keluar dari rumah apabila matahari sudah terbit.. Selain itu, boleh meningkatkan industri pelancongan kerana boleh meningkatkan aktiviti luar.. DST juga dianggap sebagai boleh mengurangkan penggunaan elektrik..
Malaysia juga pernah mengamalkan DST sehingga tahun 1981 sebelum digantikan dengan 'Malaysia Standard Time'. Pada 1 Januari 1982, waktu/jam di Semenanjung Malaysia dilambatkan selama setengah jam untuk disamakan dengan waktu di Sabah dan Sarawak.
Period in use | Time offset from GMT | Name of Time (unofficial) |
1 January 1901 - 31 May 1905 | UTC+06:46:48 | British Malayan Mean Time |
1 June 1905 - 31 December 1932 | UTC+07:00:00 | Standard Zone Time |
1 January 1933 - 31 August 1941 | UTC+07:20:00 | Daylight Standard Time |
1 September 1941 - 15 February 1942 | UTC+07:30:00 | Daylight Standard Time |
16 February 1942 - 12 September 1945 | UTC+09:00:00 | Tokyo Standard Time |
13 September 1945 - 31 December 1981 | UTC+07:30:00 | Daylight Standard Time/Malaysia Standard Time |
13 September 1945 - 31 December 1981 | UTC+07:30:00 | Daylight Standard Time/East Malaysia Standard Time |
13 September 1945 - 30 May 1982 | UTC+07:30:00 | Daylight Standard Time/Peninsular Malaysia Standard Time |
1 January 1982 – Present | UTC+08:00:00 | Malaysia Standard Time |
sejarah waktu di Malaysia, dicuri dari wiki..
'Daylight saving time' biasanya diamalkan di negara yang kedudukan jauh di sudut hemisfera utara dan selatan.. Secara rasmi, pada hari Ahad ini, waktu di UK akan dicepatkan selama sejam.. atau dengan kata lain, waktu tidur pada pagi Ahad akan dikurangkan selama sejam.. Perbezaan waktu antara Malaysia dan UK akan berubah menjadi 7 jam.. Antara kelebihan ketara selepas perubahan waktu ini ialah waktu subuh akan dilewatkan selama sejam (berubah dari pukul 3.45 pagi kepada 4.45 pagi).. harapnya, probability untuk aku bangun subuh akan jadi lebih tinggi selepas ini..
Kepada pengguna iPhone, sila berjaga-jaga sebab aku dengar ifon menggila masa DST musim sejuk tahun lepas.. Pastikan anda bersedia dengan jam lain untuk mengelakkan bangun lambat ke kelas.. tu la, nak sangat guna iPhone..
p/s- di Malaysia, SIRIM dilantik sebagai penjaga rasmi waktu di Malaysia. Nak tahu waktu sebenar?.. klik sini
Good one. Aku taj tahu pun m'sia penah guna this method.
ReplyDeleteNota kaki-tukar jela jam ifon tu sendiri. Don't be a lazy ass.
new knowledge for me .. thanks burhan :)
ReplyDeleteouh :)
ReplyDeletexsilap aku, dulu ckgu kelas aku waktu form 2 pnh ckp pasal ni, sbb nak biar kan waktu semnanjung ngan sabh sarawak same kan?
ReplyDeleteagknye lah..
aku wat earth hour terlbih masa, dari kul 8.30 smpai kul 12,terlelap pulak.. haha