Pages

Friday, June 3, 2011

I'm Coming Home..

Maka semalam berakhir la final exam aku untuk tahun pertama di sini.. Dengan berakhirnya paper itu, maka berakhirlah sudah 8 bulan aku di sini..


Gambar adalah bilik aku beberapa jam sebelum paper yang terakhir semalam..



Dan gambar ini baru diambil beberapa jam yang lepas..

Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bilik G3, Walkington House, HU6 7SW Hull yang sudi menerima aku sebagai 'tetamu' selama 8 bulan..
Maafkan daku jika tidak pernah menjagamu dengan baik kerana selalu membiarkan barang bersepah di lantai, atas katil, bawah kerusi mahupun di belakang heater..
Terima kasih juga kerana setia mendengar luahan aku sewaktu aku terasa berseorangan..Menjadi teman sewaktu aku mempunyai masalah..Menyediakan katil yang selesa untuk aku tidur.. Kerusi yang empuk untuk aku duduk..dan meja yang tersangat la besar untuk aku sepahkan segala barang-barang dan menjadi tempat untuk aku study..
Terima kasih kerana sudi memanaskan aku dari kesejukan cuaca di luar, yang pernah mencecah sehingga -5 degree celcius semasa musim sejuk..
Dan juga kepada makcik cleaner yang tidak jemu datang setiap hari khamis untuk mencuci bilik air..
Moga-moga kamu mendapat tuan bilik yang lebih baik pada semester depan.. Terima kasih G3..




Barang-barang aku sudah mula di'pack' sejak minggu lepas, jadi semalam selepas exam hanya beberapa barang sahaja yang perlu dikemas..
Berbanyak-banyak terima kasih kepada saudari Syazmin yang sudi menumpangkan rumah beliau untuk 'disumbatkan' barang-barang aku yang berlambak.. Jasamu sangat dihargai :)








p/s- Insya Allah akan menjejakkan kaki ke Kuala lumpur dalam masa 3 minggu dari sekarang :)

6 comments:

  1. awal baba ko pack. apa kes?

    ReplyDelete
  2. sebab besok aku dah keluar Hull..jalan2 pegi bandar lain nak kacau sapa2 yang dah habis exam..haha

    ReplyDelete
  3. woi! pack awal oleh,balik awal tak boleh


    mencik!

    ReplyDelete
  4. eszol : haha..nak balik la ni..sikit je lg..


    tan: thanks :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Kembali ke Tanah AIR !! ahaks :)

    ReplyDelete