Pages

Thursday, September 29, 2011

Cuaca sejuk sangat tidak best!!


Alhamdulilah akhirnya flight aku selamat tiba ke London Gatwick Airport pada pukul 12.29pm waktu UK.. Perjalanan 6 jam KL-Dubai dan 7 jam Dubai-London + 5 jam transit di Dubai terasa teramat la singkat (mungkin kerana tidak sabar untuk memulakan semester baru)

Aku balik ke sini menggunakan flight Emirates (milik sheikh berlagak alim di UAE tapi main judi kuda di London).. Ada member pernah tanya, kenapa aku pilih emirates tapi bukan Malaysia Airlines.. Jawapan mudah aku ialah kerana flight Emirates lebih murah dari Malaysia Airlines (jujur lah, aku sebenarnya tak pernah pun bukak website MAS check harga).. Sebenarnya ada beberapa sebab aku pilih Emirates;

1. In Flight Entertainment dalam kapal terbang emirates adalah yang terbaik di dunia.. Beratus-ratus movie dan tv show ada disediakan..

2. Lepak-lepak di lapangan terbang dubai sangat cool (dan busy).. Percayalah, jika anda travel secara berkumpulan, peluang untuk kehilangan member adalah sangat tinggi..

Ok stop, itu semua hanya lah dusta.. Sebab utama aku pilih emirates adalah kerana stewardess(cabin crew) emirates adalah yang terbaik dan teramat friendly (baca:sangat lawa)..
Dari saat aku masuk pintu kapal terbang sehingga lah ke tempat duduk aku di bontot kapal terbang, boleh aku katakan, semua 'cabin crew' adalah dari bangsa yang berbeza.. kadang-kadang aku rasa Emirates ambik stewardess dari ejen modeling.. Semasa flight Dubai-London, itu lah kali pertama aku tak nampak seorang pun pramugara dalam flight, kesemuanya adalah wanita (sungguh bagus promosi emirates)..

untuk pengetahuan, Emirates bakal menjadi airlines pertama yang bakal menyediakan perkhidmatan Airbus A380 di KLIA-Dubai.. Sesiapa yang berminat nak melihat kapal terbang paling besar (2tingkat) di dunia, datang lah KLIA pada 1 December ini..

Ok tamat cerita pasal Emirates..

Sebenarnya aku baru sahaja menikmati pagi pertama di rumah baru di Hull (gambar akan diupload kemudian, rumah masih bersepah)..
Jadual kelas untuk semester baru sudah pun keluar, dari 5 hari bekerja, hanya 3 hari sahaja yang ada kelas..(tetapi masih menanti jadual tutorial, harap-harap tutorial pun pada hari yang sama).. Tidak ku sangka cuti 4 bulan bakal berakhir dalam masa beberapa hari sahaja lagi..

p/s- aku baru tahu, LGBT adalah satu kelab berdaftar di hull university.. Tolong jangan tanya aku apa itu LGBT..google!!

5 comments:

  1. Sebab utama aku pilih emirates adalah kerana stewardess(cabin crew) emirates adalah yang terbaik dan teramat friendly (baca:sangat lawa)..

    ok..saya dah baca..

    "aku baru tahu, LGBT adalah satu kelab berdaftar di hull university.. Tolong jangan tanya aku apa itu LGBT..google!!"

    saya mls google..apakah benda itu..

    ReplyDelete
  2. good to see that u arrive safely and see that u had start back on blogging

    ReplyDelete
  3. tan, i saw u at klcc a few days before i come back here..
    tp masa tu your friend ramai sgt la..segan nak tegur..haha

    ReplyDelete
  4. miss kira: haha..nak goggle pun malas ke?..
    ok la, i bagi dua clue;

    i) kelab LGBT menggunakan bendera rainbow..di mana-mana pun seluruh dunia, warna rainbow adalah warna rasmi mereka..

    ii) L stands for Lesbian..so sambung lah sendiri ye untuk GBT itu..hehe..

    ReplyDelete
  5. ramai sgt?? when was it?? i xperasan sorry

    ReplyDelete