Pages

Friday, September 30, 2011

highway oh highway...


1. Lebuhraya terpanjang di dunia adalah Interstate Highway System yang terletak di US, panjang keseluruhan lebuhraya ini adalah 75,440 km (90 kali lebih panjang daripada Lebuhraya Utara Selatan)..

2. Speed limit pertama yang dikuatkuasakan ialah di UK iaitu pada kelajuan 10mph (16km/h)..

3. Kini, Abu Dhabi memegang rekod sebagai lebuhraya yang mempunyai speed limit paling tinggi di dunia iaitu 140km/h (mungkin untuk pak arab berlagak kaya test drive ferrari masing-masing)..

4. Autobahns di Germany dikenali sebagai satu-satunya lebuhraya di dunia yang tidak mempunyai speed limit..dan lebuhraya ini adalah yang ke-4 terpanjang di dunia..

5. Hanya 2 negara sahaja yang masih menggunakan 'miles per hour(mph)' sebagai ukuran kelajuan iaitu US dan UK..

6. National Trunk Highway System (NTHS), China adalah salah satu lebuhraya yang menguatkuasakan kelajuan minimum.. Anda mungkin disaman jika memandu kurang daripada 70km/h.. Ni best kalau buat di Malaysia, baru meriah sikit lebuhraya Utara Selatan.

7. Menurut sumber Wiki, lebuhraya di Malaysia adalah yang ke-3 terbaik di Asia selepas Jepun dan China. 2 laluan 'Lebuh Raya Asia' melalui Malaysia iaitu laluan AH2 dan AH18..

8. Lebuhraya terowong Smart dianggap sebagai terowong 'multi-purpose' yang terpanjang di dunia.. Selain untuk kenderaan, terowong Smart juga digunakan sebagai longkang besar semasa hujan..

9. Tol pertama di Malaysia dibuka untuk trafik pada tahun 1966 ialah jalan yang menghubungkan Tanjung Malim- Slim River ( terbaik la, kampung aku tempat pertama kena tol)..

10. PLUS adalah pengendali lebuhraya TERBESAR di Asia Tenggara dan ke-8 terbesar di DUNIA!!! ( tidak pasti sama ada ini satu kebanggaan atau satu bebanan)..




~bersambung...


2 comments:

  1. sori muhdasyrf, xhabis research lagi.. tapi yang pasti, tol ini hanya ditutup pada tahun 1994 (selepas 28 tahun menyusahkan hidup rakyat)..

    ReplyDelete