Pages

Tuesday, February 1, 2011

Torres?..Siapa tu?..

"Fernando Torres pindah ke Chelsea". Berita ni baru berusia 10 minit masa aku baca 'Live Transfer' di Yahoo.. Player yang aku idolakan selama ini akhirnya pergi dari Liverpool. Musim EPL tahun ni adalah musim ke-4 Torres bersama Liverpool.


Kalau ikutkan perasaan, terasa segala perkataan mencarut nak tulis di sini untuk ditujukan pada Torres. Memang betul Torres tak pernah menghadiahkan apa2 trofi untuk Liverpool tapi jasa Torres tetap tak boleh dilupakan. Gol EPL pertama Torres adalah semasa menentang Chelsea . Torres pernah mendapat anugerah Premier League Player of the Month hanya pada bulan ke-6 Torres di Liverpool. Pada musim 08/09, Liverpool berjaya menduduki tempat kedua dan Torres menjaringkan 14 gol untuk Liverpool. 102 experience dan 65 gol sepanjang 4 tahun Fernando Torres di Liverpool.


Terima Kasih Torres untuk segala gol untuk Liverpool. Sampai sekarang aku xdapat nak bayangkan kau pakai jersi Chelsea. There wont be a Liverpool without you. You'll forever be our hero, our star and our Fernando Torres. Wish you all the best at your new club.


One striker out, two strikers in. Torres may 'betray' us but two new players ready to give their commitment to Liverpool FC.



LUIS SUAREZ-

Baru berusia 24 tahun dan antara pemain utama Uruguay semasa World Cup 2010. Uruguay berjaya menamatkan di tempat ke 4 dan Suarez menjaringkan 3 gol untuk Uruguay.









Andy Carroll

Seorang lagi pemain muda dari Newcastle. Andy Carroll berusia 22 tahun dan bermain untuk kelab Newcastle sebelum ini. Pernah menjaringkan 2 gol untuk skuad England bawah 21. Andy Carroll akan menyarung jersi no 9 milik Fernando Torres.







Kepada peminat Liverpool di luar sana, aku yakin kita tak perlu risau atau sedih bila tiada lagi Torres. Torres meninggalkan Liverpool, tapi dua player muda sertai Liverpool. Aku yakin Luis Suarez dan Andy Carroll mampu kembalikan kegemilangan Liverpool.

-You'll Never Walk Alone-



p/s Selamat Hari Wilayah :)

4 comments:

  1. sumpah ko gua pon x berapa berkenan dgn injury prone nandos torres tu

    sumpah pelik pakai baju blues

    btw,ko check ni

    sokernet.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. teringat lagu torres yg i da hafal tu.

    serious la nama dia naik sebab liverpool kowt.

    tak patut dia buat macam ni.

    ReplyDelete
  3. eszol : ak pernah bukak da blog tu..bias gila..bila cerita psl liverpool kutuk mcm nak mati..tp bile review psl man u, puji menggunung..


    aqila : nak buat mcm mane..owner chelsea lagi kaya..

    ReplyDelete
  4. seyesly xsangka, gaya semangat liv,
    tapi lain..
    aku agak dia akan jadi mcm owen..
    papepun aku fan no 9 yang baru.. no more torres..

    ReplyDelete