Pages

Friday, April 1, 2011

1 April?..



April fool atau 'April Tipu' adalah hari yang digunakan untuk 'bergurau' atau 'memalukan' orang lain..

Ada beberapa pendapat berbeza tentang sejarah April fool, antaranya ialah :

i) Dahulu di Perancis, 1 April dianggap sebagai hari meraikan Tahun Baru. Kemudian ditukar kepada 1 Januari pada abad ke-16. Perkataan April fool digunakan sebagai gelaran untuk mengejek orang yang masih meraikan 1 April sebagai Tahun Baru..

ii) Orang Parsi menyambut hari ke-13 selepas tahun baru kalendar Parsi sebagai hari untuk bergurau. Kebiasaannya hari ke-13 ini jatuh pada 1 atau 2 April..

iii) April fool diraikan sebagai hari kemenangan oleh tentera Kristian kerana berjaya menawan semula Granada dari tentera Islam..

Sumber yang ke-3 ni aku baru dapat tahu beberapa jam lepas.. Banyak blog yang aku singgah akan men'quote' kan cerita yang ke-3 ini sebagai cara untuk mengharamkan April Fool.. Tak percaya? Cuba google 'blogspot 1 april sepanyol'.. Aku jamin korang akan jumpe bersepah blog mengaitkan April fool dengan kekalahan tentera Islam di Granada..

Antara quote anti-April fool ialah :

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.

Pada sesiapa yang percaya 1 April adalah sambutan Kristian mengalahkan tentera Islam di Granada, aku nak cakap, APRIL FOOL!!!!!



Tak percaya jugak?..

i) Tarikh sebenar Granada jatuh ke tangan tentera Kristian adalah pada 2 Januari 1492.. dan aku pernah ke Granada, mereka di sana tidak pernah mempunyai sebarang festival untuk meraikan 1 April sebagai hari kemenangan..


ii) Artikel anti-April fool turut mengatakan bahawa perkataan April Fool digunakan kerana tentera Kristian menggunakan tipu daya dengan mengirim kotak rokok ke dalam negeri Granada untuk melekakan tentera Islam. Dari sumber tobacco.org , manusia pertama yang merokok di Eropah adalah pada Nov 1492, iaitu 10 bulan selepas kejatuhan kerajaan Islam di Granada..


Ok puas hati?.. Aku sebenarnya bukan lah menyokong April fool, tapi kesian pulak bila tengok ramai sangat orang kena tipu sempena hari April fool yang mulia ini.. Sebenarnya ada fatwa dari Dr Yusuf Al-Qaradhawi pada tahun 2008 yang mengharamkan April fool, nak tahu lebih lanjut, klik era-muslim


Walaupun 1 April bukan lah hari kekalahan tentera Islam di Granada, tapi sebenarnya banyak juga peristiwa yang berlaku pada hari ini,

i) Ingat lagi Malayan Union?.. Pada 1 April 1946 adalah penubuhan secara rasmi Malayan Union di Tanah Melayu.. (bukak buku teks sejarah f3 kalau nak tahu lebih lanjut)

ii) 1 April 1989 adalah tarikh lahir seorang bintang muda Liverpool yang bakal menyerlah, David N'gog..

HAPPY BIRTHDAY NGOG :)

iii) 1 April 2001- Netherlands menjadi negara pertama yang mengiktiraf 'same sex marriage'..

iv) 1 April 1979- Iran secara rasminya bertukar nama menjadi 'Islamic Republic of Iran'...

v) Kepada budak2 iPhone,ingat tarikh ini- 1 April 1976 adalah tarikh Apple Inc. ditubuhkan oleh Steve Job dan Steve Wozniak..

Terpulang lah kalo korang nak sambut ke x..tapi pada sesiapa yang kena tu, jangan lah marah ye.. Bukan selalu nak bergurau, kn?..


p/s- Harini 1 April juga adalah tarikh lahir seorang sahabat di Hull, Izzat Yaakub.. Walaupun awalnya ragu2 nak wish birthday, takut kena tipu :p

5 comments:

  1. kan da trauma..takut kena tipu lak nak wish besday member tu..

    ReplyDelete
  2. kahkahkah

    thx 4 d info bro

    btw,ngog tu stop ball pon mcm budak2,nak menyinar cmne tu? dah la kedekot bola. haha

    btw,takziah sbb kalah lg

    haha

    ReplyDelete
  3. Ieyzajamil: haha..tahu xpe..tu pun wish lps tanye mmber2 lain..da komfem betul, bru wish..

    eszol: entah la bro..ak pun sedeyh gak tgk liverpool skrg..tp ape cer kelab baru kau tu..da mcm xterkejar je..

    ReplyDelete
  4. ehh.. btol la pasal malayan union tu.. bru prasan.. huhu.. thnx 4 da info.. =)

    ReplyDelete
  5. Hajar : mmg la betul..ingt tipu ke..mat saleh mase tu nk buat april fool kat orang melayu..haha..

    ReplyDelete