Pages

Tuesday, April 19, 2011

Pengalaman di Airport

Selepas hampir 2 minggu tak berupdate, hari ini aku rasa nak update mengenai pengalaman aku bersoal jawab dengan imigresen officer di 'sempadan' UK..



Walaupun pelbagai soalan pernah aku dapat, tapi 3 soalan ini adalah soalan wajib untuk pelajar sini;
- Which uni u study?
- What course?
- What year?

Selain 3 soalan wajib, ini antara soalan2 yang pernah aku dapat;



1. Pengalaman pertama aku adalah semasa hendak pergi ke Amsterdam semasa cuti musim sejuk tahun lepas.

-dalam passport aku ada Saudi Arabia visa

Officer: Why do u go to Saudi Arabia?..For Umra or Hajj?

(dalam hati aku, tahu pulak mat saleh ni umrah ke haji..)
soalan cepumas ni menyebabkan aku tersangkut selama 15 minit.. Dia suruh aku duduk ke tepi dulu sementara die lepaskan dulu orang kat belakang aku.. Kemudian dia keluarkan sehelai kertas dan mula la interview aku dengan mamat officer ini..Antara soalan yang ditanya:
- When do u go to Saudi Arabia?
- With family or friends?
-How long u been there?
- (dan segala details aku seperti alamat di UK, nama uni, course etc)


2. Pengalaman kedua pula adalah semasa aku balik dari Rome pada awal bulan feb tahun ini.

Mamat officer tu selak setiap helaian passport aku dan tanya mengenai setiap negara yang aku pernah pergi.. Kenapa pergi ke sana? Berapa lama kat sana?.. Secara jujur, ada antara soalan yang aku terpaksa tipu, mana lah aku ingat berapa lama aku bercuti kat Australia masa tahun 2008.. Dan kalau boleh, mamat officer ini nak setiap soalan dia aku jawab dengan cepat.. Bila lambat jawab, mula la dia buat muka pelik..


3. Pengalaman ke 3 pula adalah semasa pulang dari Pisa minggu lepas.

Aku pergi bercuti bersama 6 orang lagi rakan lain.. Kebetulan semasa melalui immigration aku adalah yang terakhir. (kawan aku semua lepas dengan jayanya)

Masa turn aku, minah officer ini ambil masa 10 saat usha gamba dlm passport aku..Kemudian pandang aku sambil buat muka pelik.. 'Mungkin' dia tengok gamba aku lain dari gamba dalam visa pelajar.. Jadi, untuk hilangkan keraguan dia, mesin cap jari pun dikeluarkan.. dan aku terpaksa scan ibu jari dan jari telunjuk bagi kedua-dua belah tangan..


4. Pengalaman yang paling terkini baru berlaku semalam..

Officer: Are u new or returning student?
Aku: New student, eh no, returning student..(ok ini memang salah aku)

dan mamat officer itu mula la tunjuk muka pelik.. Kemudian seperti biasa, die selak setiap helaian passport aku..

Entah macamane die terjumpa satu cop dari Australia dalam passport aku, cop itu secara realitinya berbentuk bulat tapi mungkin kerana Australian officer habis ink masa tu, cop itu hanya nampak separuh bulat dalam passport aku.

Officer: This one looks fake, do u remove it?..
(dalam hati aku, bodoh ke apa mamat ni, macamane aku nk remove cop dlm passport)
dan aku mengambil masa hampir 5 minit untuk terangkan yang AKU MEMANG TAK TAU kenapa bentuk cop tu tak nampak bulat..




p/s- Spring is coming..Bunga2 mula tumbuh mekar di Hull

9 comments:

  1. lulz!

    discriminasi itu di mana mana bang

    n islamophobia is the idea taht is so obvious rite now

    ReplyDelete
  2. nk buat macamne..terpakse la ikut je..

    nnti melawan takut kene hantar balik..

    ReplyDelete
  3. huhu tu salah satu sebab mls nak g luar negara..ha ha passport slalu sgkt kat singapore punya imigration sebab imigrasion sini pandai sgt letak sijil kelahiran instead letak IC haha

    ReplyDelete
  4. Yaya: masuk negara mane2 pun mmg ssh..diorg takut kite overstay.. tapi bile maju negara tu, makin ssh la kite nk masuk..

    ReplyDelete
  5. haha howt stuff mmg selalu ada org mau interview la

    ReplyDelete