Dengan kata lain, Remembrance Day ini adalah seperti Hari Pahlawan di Malaysia.
Remembrance Day mula disambut di UK selepas Perang Dunia Pertama untuk memperingati askar-askar yang terkorban semasa perang.

Tetapi mengapa Bunga popi?
Semasa perang Dunia pertama, sebuah kawasan bernama Flanders di Belgium menyaksikan pertempuran yang paling sengit dan menyebabkan ratusan ribu nyawa terkorban. Rumah, pokok, jalan dan segala struktur bangunan musnah dalam perang. Flanders menjadi sebuah kawasan yang kosong daripada hidupan. Tetapi semasa musim panas tiba, bunga popi mula tumbuh mekar di Flanders dan Flanders kembali cantik dengan ke'merah'an bunga popi yang tumbuh merata.

p/s- tujuan utama entri ini dibuat untuk semua peminat EPL yang tertanya-tanya mengapa bunga popi ini dipakai oleh semua pemain dan manager EPL..

yes terjawab segalanya! haha
ReplyDelete