Pernah mendengar amanat dari Tun Mahathir semasa beliau datang ke VI beberapa tahun lepas..
Pernah mendengar amanat dari Dato Seri Najib semasa program MSLS anjuran UKEC di KL beberapa bulan lepas..
Dan pada hari jumaat yang lalu, aku akhirnya dapat meluangkan masa untuk mendengar kata-kata amanat daripada Datuk Seri Anwar..
Gua cakap sama lu, skill pidato Dato Seri Anwar sangat-sangat mengkagumkan.. Kalau la aku mendengar talk dia sehari sebelum pergi mengundi, komfirm kertas undi aku cuma nampak bulan,roket atau pkr..
Semasa talk ini, Dato Seri Anwar banyak menyentuh mengenai korupsi yang semakin parah dalam kerajaan..Kebetulan pula semasa ini Dato Seri Najib baru sahaja membentangkan Budget 2011 manakala Laporan Audit juga baru sahaja dilaporkan kepada umum beberapa hari lepas..
Beliau juga turut meyakinkan pada pelajar di sana bahawa jika PR memerintah, semua rakyat akan dilayan secara adil tidak kira latar belakang bangsa mahupun agama..
Selain itu, beliau turut berbangga mengatakan bahawa semua negeri di bawah PR menunjukkan rekod yang baik berdasarkan Laporan Audit Negara..
Sambil berucap, beliau kadangkala turut berseloroh mengenai kes liwat yang dikatakan hanya sebagai fitnah kerajaan pada beliau..
Sudah la, malas nk tulis panjang-panjang..ini bukan BERNAMA mahupun Malaysiakini..
Tetapi apa yang aku dapat konklusikan daripada ucapan beliau ialah: Jika anda mahu menjadi ahli politik:
i) Anda perlu hebat menyusun kata-kata dan berani berucap di hadapan hadirin
ii) Jika dilemparkan dengan 'fitnah' atau 'kantoi', anda mesti pandai menggunakan point tersebut untuk 'attack' balik musuh politik anda..
iii) Dan yang paling penting sekali, anda mestilah pandai memuji diri sendiri.. Orang hanya akan tahu kehebatan anda jika anda tidak muntah ataupun segan apabila memuji diri sendiri.. Siapa lagi yang nak puji diri sendiri kalau bukan anda..Ada betul?..
p/s- BN atau PR?..sorry, aku masih belum layak mengundi..
perghhh... aku dgn siapa pun tak pernah jmp. anwar bai :(
ReplyDeleteagak gempak ye dapat jumpa anwar ibrahim! but yet aging tahun depan kte dh layak mengundi so pikir2
ReplyDeletep/s comel ah perut XD
abdullah arif: sabar2, pilihan raya dah dekat..kalau kawasan kau kawasan umno, insya allah anwar dtg bagi ceramah nanti..
ReplyDeletetan: perut anwar comel?..agak2 la..haha..mmg tahun depan kita da layak mengundi tetapi xsempat mengundi untuk next election..kene la tunggu lagi satu
wow!
ReplyDeleteaku pernah jumpa anwar sekali je.
awl tahun ni kat ceramh umum.
bkn perut anwar tapi perut burhan al-hilmi
ReplyDeletebro, ceramah dia halal ke dengar? aku nak jugak, tapi takut sponsor spot. haha.
ReplyDeletep/s-kalau ko nak jumpa dia lagi boleh. ikut aku balik kampung. tetiap minggu jumpa haha =)