Pages

Thursday, December 30, 2010

TaHun Baru


1 Jan mula disambut sebagai hari pertama dalam setahun sejak tahun 1522 masihi lagi bermula di Venice. Lebih dikenali sebagai kalendar Masihi di Malaysia. Pada awalnya, kalendar ini disebut sebagai 'Gregorian Calendar' atau Western Calendar atau Christian Calendar. Kalendar ini diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII. Jepun adalah negara pertama di Asia Timur yang menggunakan kalendar Masihi sejak tahun 1873.

Walaupun banyak pendapat sebenarnya mengharamkan menyambut 1 Januari kerana melambangkan sambutan perayaan Kristian namun ia seperti sudah sebati dalam diri masyarakat Malaysia khususnya. Sambutan tahun baru sebenarnya perlu dilakukan dengan azam untuk mengubah menjadi lebih baik.

Jika difikir secara logik, 1 Januari sebenarnya tidak melambangkan apa2 selain hari pertama dalam kalendar masihi. Namun 1 Januari digunakan oleh golongan muda di Malaysia sebagai hari untuk bersuka ria.Pelbagai konsert dan pesta diadakan pada mlm tahun baru.


Berbeza dengan Kristian, Islam juga mempunyai kalendar sendiri yang dikenali sebagai Kalendar Hijrah. Pengiraan takwin Islam adalah berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan. 1 Muharram adalah hari pertama dalam kalendar Islam.

"Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya." (Surah Yunus, ayat 5)
Sistem kalendar Islam bermula sejak tahun Hijrah, iaitu peristiwa Hijrah Rasulullah dan sahabat ke kota Madinah.
Apabila tiba tahun baru, kedengaran pelbagai azam baru yang ingin dicapai. Harapnya, azam tahun sebelumnya sudah tercapai.



Gambar adalah bunga api semasa sambutan tahun baru di Sydney, Australia.

Monday, December 27, 2010

4 hari di Glasgow




Ar-Rum [20]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.


Al-Ankabut [20]

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.




26 Dec lps selesai la pengembaraan aku ke Glasgow.
Program Jums anjuran Isma Eropah di Lapwing Lodge, Glasgow.
Jums adalah singkatan bagi Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk.
Program ini mengumpulkan pelajar dari seluruh Eropah spt Germany, Ireland, Czech Republic dan lain2.
Walaupun pada awalnya merancang untuk pergi ke program Puisi di Ireland, tp last minute akhirnya tukar ke Glasgow.
Terus terang katakan, berjalan jauh semasa winter mmg menyeksakan. Dari Hull ke Glasgow mengambil masa 7 jam perjalanan. Suhu di Glasgow mencecah sehingga -11 degree celcius.


Byk input yang aku dapat daripada program ini. Walaupun kdg2 ada yang membosankan tp secara overall, program ini sgt berguna.

"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
Inilah seruan yang dilaungkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah.

Byk buku dan idea drpd ISMA adalah inspirasi drpd Hasan Al-Bana. Seorang pejuang Islam di Mesir suatu masa dahulu.
Jika umat Islam dpt bersatu, tidak mustahil satu hari nanti maruah agama Islam dpt dikembalikan.
Isma percaya bahawa jika Melayu dapat bersatu di Malaysia, pasti Islam dapat dimartabatkan di Malaysia. Dan seterusnya Malaysia mampu menjadi negara Islam yang disegani dan Islam menjadi asas kepada sistem kerajaan di Malaysia.

Persoalannya adalah,mampukah Islam bangkit di Malaysia hanya dengan penyatuan bangsa Melayu?..

Melayu di Malaysia hanyalah terdiri daripada 55% rakyat Malaysia. Dan peratus penduduk yang beragama Islam di Malaysia adalah 60%.
Saya tidak kata mustahil, tp terlalu sukar untuk menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan kerajaan kerana bilangan majoriti adalah terlalu kecil. Ditambah pula dgn bangsa Melayu sendiri byk berbeza pendapat.

Semasa sesi soal jawab dgn Ustaz Abdullah, ramai peserta mengajukan persoalan mengenai penyatuan antara UMNO dan PAS.
Kedua-dua parti ini terdiri drpd orang Melayu. UMNO lebih memperjuangkan Ketuanan Melayu manakala PAS memperjuangkan Islam sebagai teras negara.
Sebenarnya penyatuan PAS dan UMNO tidaklah mustahil, PAS pernah bersatu dgn UMNO di bawah payung BN pada tahun 1973-1978.
Namun sekarang PAS lebih selesa bersama dgn DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Al-Hujurat [13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Pada pendapat saya, PAS dan Umno tidak mungkin akan bersatu dlm tempoh terdekat ini.
PAS seperti terlalu yakin dengan kekuatan PR manakala UMNO terlalu sombong dengan kekuatan BN.

Teringat peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. Kaum Arab terkenal dgn semangat Assabiyah. Orang Arab menganggap Bani mereka lebih baik drpd Bani lain walaupun mereka sebenarnya adalah dari bangsa yang sama. Semasa peristiwa Hijrah, kaum Ansar dan Muhajirin bersatu atas nama agama Islam.

Bukan bangsa yang harus diutamakan tapi Islam lah yang harus menjadi keutamaan.

AL-Hadid [20]
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Saturday, December 18, 2010

3 months in Hull



Kalau mengikut visa pelajar dlm passport, aku sampai di London pada 26 Sept 2010..
Minggu depan genap la 3 bulan aku di bumi Hull..
3 bulan jauh dari keluarga dan kawan-kawan di Malaysia..
Sangat rindu lepak kat mamak..
sakini, mack, nash, dzarif, apiz, mahiri, izul, boyot, lebai, sai..mane korg dow?..
insya allah aku balik bulan july tahun depan :)

Dari dulu aku nak letak gambar2 yang aku ambik dkat Hull ni, tapi asyik bertangguh je..
Sekarang aku da tekad, bertambah dgn perasaan bosan yang meluap-luap..



Ni la kediaman merangkap 'hotel' Walkington House sementara aku di sini..



Pintu utama ke Walkington House..


Pintu masuk berhampiran Business School


Dan ini lah Hull Business School
Sebahagian daripada bangunan Business School

Jumaat lepas tamat lah 1 semester aku belajar di sini..Bermacam pengalaman pahit dan manis..
3 test dan 2 essay assignment dah aku tempuhi sepanjang 1 semester di sini..
Insya Allah my final exam bermula Januari ini..18 dan 20 Januari..
Dan sekarang study mode sudah pun bermula..



Thursday, December 16, 2010

10 Muharram




Hari ini 16 December 2010 adalah 10 Muharram mengikut kalendar Islam. Pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, telah berlaku Pertempuran Karbala (Battle of Karbala) di tanah Karbala, Iraq. Cucunda Rasulullah s.a.w, Husein ibn Ali telah terbunuh di tangan askar Yazid ibn Muawiyah. Sukar untuk menceritakan peristiwa ini secara lebih mendalam kerana pelbagai kitab dan buku mempunyai fakta yang kadangkala bercanggah.




As-Syafi’e di dalam bab indzar An-nabi saw dan selanjutnya di dalam kitabnya A’laamu an-Nubuwwah daripada ‘Urwah daripada ‘Aisyah berkata: Ketika itu Al-Husein menemui nendanya Rasul saw dan datang Jibrail menyampaikan khabar kepada rasul saw:

“Sesungguhnya umatmu akan tercerai berai setelahmu dan mereka akan membunuh puteramu yang ini (Al-Husein) peristiwa tersebut akan terjadi setelah engkau meninggal dunia, kemudian Jibrail as menghulurkan tangannya dan memberikan tanah putih, dan malaikat bersabda: Di tanah ini lah akan terbunuh puteramu (Al-Husein). Dan nama tanah itu adalah tanah “الطف “(Karbala yakni di tepi sungai).

Setelah itu ‘Aisyah ra melanjutkan : setelah Jibrail as pergi lalu keluarlah Rasul saw menuju sahabat-sahabatnya dengan membawa tanah di tangannya, pada saat itu yang hadir Abu Bakar, Umar, Ali, Hudzaifah, Usman, Abu Dzar, dan Rasulullan saw dalam keadaan menangis, dan bertanyalah para sahabat : Apa yang kau tangisi wahai Rasulullah saw? Dan bersabda Rasul:

“Jibrail telah mengkhabarkan kepadaku bahawa puteraku Al-Husein akan terbunuh setelah kewafatanku dengan tanah yang bernama” الطف “(Karbala-yakni di tepi sungai), dan Jibrail datang memberiku tanah ini dan mengkhabarkanku bahawa kejadian itu di dekat muara sungai.

Bahkan di halaman selepasnya diceritakan bahawa Rasul mengisyaratkan kepada ‘Aisyah ketika terbunuhnya Al-Husein di Karbala maka tanah itu akan memerah.

At-Tirmidzi juga menuliskan hadis tersebut dalam sunannya bahawa pada saat itu Ummu Salamah ra melihat Nabi saw menangis dalam keadaan tidur di mana pada kepala dan janggutnya terdapat tanah dan berkata : “Al-Husein akan terbunuh yang tak ada kejadian sebelumnya.”



Juga bole rujuk - Al-Bukhari dalam Tarikh Al-Kabir jilid III hlm. 324, hadis 1098


Tapi yang pasti, kedatangan Husein ke Karbala bukanlah atas tujuan perang, ini kerana Husein dan sahabatnya turut membawa keluarga bersama mereka. Tujuan utama perjalanan mereka adalah ke Kufah kerana menerima jemputan penduduk Kufah. 'Tentera' Husein pada masa itu hanya lah seramai 100 orang termasuk wanita dan anak kecil berhadapan dengan ribuan tentera Yazid.

Pertempuran yang hanya mengambil masa sehari ini bermula seminggu sebelum peristiwa apabila 1000 tentera Yazid menghalang perjalanan Husain. Keluarga Husain berhenti di Karbala pada tarikh 2 Muharram 61 Hijrah.

Ibn Ziyad mengarahkan Umar ibn Saad menghalang Husein dan keluarga daripada mendapatkan sumber air dari sungai Euphrates. Kemudian, Umar ibn Saad menuju ke Karbala bersama-sama 30,000 tentera (ada pendapat mengatakan 70,000) . Ya, 30 ribu tentera menentang 100 keluarga dan sahabat Husein.

Pastinya mustahil untuk Husein menang dalam pertempuran ini. Mengikut beberapa sumber sejarah, selepas perang tamat, kepala Husein dipancung dan diserahkan kepada Yazid. Sebelum itu, kepala Husein dibawa berarak di sekeliling bandar. Wanita turut dirantai.

Tidak dapat saya bayangkan, seorang cucunda kepada Rasulullah dan anak kepada Fatimah dibunuh dengan kejam. Di manakah perasaan sayang mereka pada Rasulullah semasa itu. Peristiwa di Karbala tidak layak digelar sebagai peperangan kerana terlalu jelas satu pihak menindas yang lemah. Semasa zaman Nabi, Rasulullah menghalang wanita dan kanak-kanak dibunuh dalam peperangan.


Pertempuran ini bukanlah rekaan, semua sejarawan sepakat peristiwa ini adalah fakta. Namun hanya mazhab syiah yang mengambil serius akan peristiwa ini. Rasulullah turut menangis apabila dikhabarkan kepada beliau oleh malaikat Jibrail bahawa cucunda baginda akan dibunuh dengan kejam. Kita adalah umat Rasulullah, tidak mahukah kita turut berdukacita akan peristiwa ini.

Seorang ulama terkenal dari Indonesia, Hamka pernah berkata
"
Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!"


"Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."









Edward G. Brown, the professor of Arabic and oriental studies at the University of Cambridge, praises Husain in these words:

"… a reminder of the blood-stained field of Kerbela, where the grandson of the Apostle of God fell at length, tortured by thirst and surrounded by the bodies of his murdered kinsmen, has been at anytime since then sufficient to evoke, even in the most lukewarm and heedless, the deepest emotions, the most frantic grief, and an exaltation of spirit before which pain, danger and death shrink to unconsidered trifles."


Mahatma Gandhi (Indian political and spiritual leader) writes: “I learned from Hussein how to achieve victory while being oppressed.”

Charles Dickens (English novelist) writes: “If Husain had fought to quench his worldly desires…then I do not understand why his sister, wife, and children accompanied him. It stands to reason therefore, that he sacrificed purely for Islam.”

Wednesday, December 15, 2010

Bila si Kaya Bertambah Kaya







Rumah bernilai $1 billion di Mumbai ini adalah milik Mukesh Amani. Beliau adalah orang terkaya di Asia dan orang ke-4 terkaya di dunia.

Rumah ini mempunyai 27 tingkat dan 6 daripadanya digunakan untuk menyimpan kereta peribadi Ambani.

India adalah antara negara yang mencatat peningkatan ekonomi tertinggi selain China.
Tenaga kerja yang murah meningkatkan lagi pelaburan asing di India.
Tahun 2009, 69 orang di India layak digelar billionaire.

Bila si kaya bertambah kaya, Si miskin bertambah miskin


Gambar adalah bandar Mumbai, lokasi rumah Mukesh Ambani. Di bahagian kiri adalah rumah setinggan milik 1.2 juta penduduk Mumbai berpendapatan kurang Rs 20 sehari manakala di bahagian kanan adalah bandar terkaya di India dan antara bandar berpendapatan tinggi di Asia. Pada tahun 2009, GDP di Mumbai adalah US$ 208.75 billion

Di Malaysia,

Rumah bernilai jutaan ringgit milik bekas Menteri Besar Selangor (tak berani nk sebut harga sebenar) .


Sbgai warga KL, malas nk cerita panjang2..Cuma berharap satu hari nanti Kg Baru akan menjadi lebih terurus dan maju setanding dengan lokasinya di tengah bandar Kuala Lumpur.


Sunday, December 12, 2010

Integriti







Integriti bermaksud teguh dan berpegang kuat kepada prinsip moral dan peribadi. Mempunyai sifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas. Sukar dipengaruhi dan juga kekal dengan pendirian sendiri.

Baru beberapa hari lepas, parlimen British menaikkan yuran pengajian ke universiti daripada 3000 pound ke 9000 pound (RM45,000) setahun untuk semua pelajar england. Yg pasti,tiada pelajar yg setuju.


Berkenaan integriti, salah satu parti dalam kerajaan iaitu Liberal Demokratik telah berikrar beberapa bulan lepas, mereka tidak akan menaikan yuran universiti. Isu tersebut menjadi salah satu manifesto mereka pada pilihan raya lepas. Mungkin kerana tekanan politik, tekanan rakyat dilupakan.






Tapi di Malaysia lain pula ceritanya,



Terima kasih kerajaan kerana mengingatkan kami betapa integriti nya menteri2 kita.
Surat khabar ini dipetik pada awal bulan November 2010

Tidak sampai sebulan, menteri kita sekali lagi mengumumkan 'penyelaran subsidi' pada minggu lepas. Rupanya November 2010 dan Disember 2010 berada pada tahun yang berbeza.


New price

* Petrol RON 95 - RM1.85 to RM1.90 per litre

* Diesel - RM1.75 to RM1.80 per litre

* Sugar - RM1.90 to RM2.10 litre

* Gas LPG - RM1.85 to RM1.90 litre

Memang benar harga minyak di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia (selain negara2 arab). Di UK,harga petroleum adalah 1.5 pound (RM7.5). Bukan harga yang menjadi isu,tapi integriti menteri yang dipersoalkan. Mungkin 5 sen dianggap kecil, tapi kami sebagai rakyat biasa masih bergantung penuh pada petrol. Pengangkutan awam masih lemah,kereta semakin bertambah di atas jalan.

Kembalikan keyakinan kami pada kerajaan. Jika isu seperti ini bole diremehkan, bagaimana dengan isu kontrak2 kerajaan melibatkan berbilion ringgit yang masih belum terjawab. Ingat kembali slogan anda, "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakn.