Pages

Sunday, December 12, 2010

Integriti







Integriti bermaksud teguh dan berpegang kuat kepada prinsip moral dan peribadi. Mempunyai sifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas. Sukar dipengaruhi dan juga kekal dengan pendirian sendiri.

Baru beberapa hari lepas, parlimen British menaikkan yuran pengajian ke universiti daripada 3000 pound ke 9000 pound (RM45,000) setahun untuk semua pelajar england. Yg pasti,tiada pelajar yg setuju.


Berkenaan integriti, salah satu parti dalam kerajaan iaitu Liberal Demokratik telah berikrar beberapa bulan lepas, mereka tidak akan menaikan yuran universiti. Isu tersebut menjadi salah satu manifesto mereka pada pilihan raya lepas. Mungkin kerana tekanan politik, tekanan rakyat dilupakan.






Tapi di Malaysia lain pula ceritanya,



Terima kasih kerajaan kerana mengingatkan kami betapa integriti nya menteri2 kita.
Surat khabar ini dipetik pada awal bulan November 2010

Tidak sampai sebulan, menteri kita sekali lagi mengumumkan 'penyelaran subsidi' pada minggu lepas. Rupanya November 2010 dan Disember 2010 berada pada tahun yang berbeza.


New price

* Petrol RON 95 - RM1.85 to RM1.90 per litre

* Diesel - RM1.75 to RM1.80 per litre

* Sugar - RM1.90 to RM2.10 litre

* Gas LPG - RM1.85 to RM1.90 litre

Memang benar harga minyak di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia (selain negara2 arab). Di UK,harga petroleum adalah 1.5 pound (RM7.5). Bukan harga yang menjadi isu,tapi integriti menteri yang dipersoalkan. Mungkin 5 sen dianggap kecil, tapi kami sebagai rakyat biasa masih bergantung penuh pada petrol. Pengangkutan awam masih lemah,kereta semakin bertambah di atas jalan.

Kembalikan keyakinan kami pada kerajaan. Jika isu seperti ini bole diremehkan, bagaimana dengan isu kontrak2 kerajaan melibatkan berbilion ringgit yang masih belum terjawab. Ingat kembali slogan anda, "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakn.



2 comments:

  1. walaupun hanya 5 sen..terasa doe bila isi minyak bp liter jer...huhu...skg aku lebih jalan kaki dr naik kete...aha burhan aku btambah kurus lagi~~~~~-,-

    ReplyDelete
  2. haritu nov da naik sen, dec naik 5 sen..sbnrnye naik 10 sen..
    smbil berjalan bole exercise,..tp jgn la kurus sgt,suraya :p

    ReplyDelete