Ar-Rum [20]
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.Al-Ankabut [20]
26 Dec lps selesai la pengembaraan aku ke Glasgow.
Program Jums anjuran Isma Eropah di Lapwing Lodge, Glasgow.
Jums adalah singkatan bagi Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk.
Program ini mengumpulkan pelajar dari seluruh Eropah spt Germany, Ireland, Czech Republic dan lain2.
Walaupun pada awalnya merancang untuk pergi ke program Puisi di Ireland, tp last minute akhirnya tukar ke Glasgow.
Terus terang katakan, berjalan jauh semasa winter mmg menyeksakan. Dari Hull ke Glasgow mengambil masa 7 jam perjalanan. Suhu di Glasgow mencecah sehingga -11 degree celcius.
Byk input yang aku dapat daripada program ini. Walaupun kdg2 ada yang membosankan tp secara overall, program ini sgt berguna.
"Melayu Sepakat Islam Berdaulat"
Inilah seruan yang dilaungkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah.
Byk buku dan idea drpd ISMA adalah inspirasi drpd Hasan Al-Bana. Seorang pejuang Islam di Mesir suatu masa dahulu.
Jika umat Islam dpt bersatu, tidak mustahil satu hari nanti maruah agama Islam dpt dikembalikan.
Isma percaya bahawa jika Melayu dapat bersatu di Malaysia, pasti Islam dapat dimartabatkan di Malaysia. Dan seterusnya Malaysia mampu menjadi negara Islam yang disegani dan Islam menjadi asas kepada sistem kerajaan di Malaysia.
Persoalannya adalah,mampukah Islam bangkit di Malaysia hanya dengan penyatuan bangsa Melayu?..
Melayu di Malaysia hanyalah terdiri daripada 55% rakyat Malaysia. Dan peratus penduduk yang beragama Islam di Malaysia adalah 60%.
Saya tidak kata mustahil, tp terlalu sukar untuk menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan kerajaan kerana bilangan majoriti adalah terlalu kecil. Ditambah pula dgn bangsa Melayu sendiri byk berbeza pendapat.
Semasa sesi soal jawab dgn Ustaz Abdullah, ramai peserta mengajukan persoalan mengenai penyatuan antara UMNO dan PAS.
Kedua-dua parti ini terdiri drpd orang Melayu. UMNO lebih memperjuangkan Ketuanan Melayu manakala PAS memperjuangkan Islam sebagai teras negara.
Sebenarnya penyatuan PAS dan UMNO tidaklah mustahil, PAS pernah bersatu dgn UMNO di bawah payung BN pada tahun 1973-1978.
Namun sekarang PAS lebih selesa bersama dgn DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Al-Hujurat [13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
PAS seperti terlalu yakin dengan kekuatan PR manakala UMNO terlalu sombong dengan kekuatan BN.
Teringat peristiwa Hijrah Rasulullah ke kota Madinah. Kaum Arab terkenal dgn semangat Assabiyah. Orang Arab menganggap Bani mereka lebih baik drpd Bani lain walaupun mereka sebenarnya adalah dari bangsa yang sama. Semasa peristiwa Hijrah, kaum Ansar dan Muhajirin bersatu atas nama agama Islam.
Bukan bangsa yang harus diutamakan tapi Islam lah yang harus menjadi keutamaan.
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
No comments:
Post a Comment