Walaupun banyak pendapat sebenarnya mengharamkan menyambut 1 Januari kerana melambangkan sambutan perayaan Kristian namun ia seperti sudah sebati dalam diri masyarakat Malaysia khususnya. Sambutan tahun baru sebenarnya perlu dilakukan dengan azam untuk mengubah menjadi lebih baik.
Jika difikir secara logik, 1 Januari sebenarnya tidak melambangkan apa2 selain hari pertama dalam kalendar masihi. Namun 1 Januari digunakan oleh golongan muda di Malaysia sebagai hari untuk bersuka ria.Pelbagai konsert dan pesta diadakan pada mlm tahun baru.
Berbeza dengan Kristian, Islam juga mempunyai kalendar sendiri yang dikenali sebagai Kalendar Hijrah. Pengiraan takwin Islam adalah berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan. 1 Muharram adalah hari pertama dalam kalendar Islam.
"Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda-tanda kebesaran-Nya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikan-Nya." (Surah Yunus, ayat 5)Sistem kalendar Islam bermula sejak tahun Hijrah, iaitu peristiwa Hijrah Rasulullah dan sahabat ke kota Madinah.
Apabila tiba tahun baru, kedengaran pelbagai azam baru yang ingin dicapai. Harapnya, azam tahun sebelumnya sudah tercapai.
Gambar adalah bunga api semasa sambutan tahun baru di Sydney, Australia.
No comments:
Post a Comment