Pages

Thursday, December 16, 2010

10 Muharram




Hari ini 16 December 2010 adalah 10 Muharram mengikut kalendar Islam. Pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, telah berlaku Pertempuran Karbala (Battle of Karbala) di tanah Karbala, Iraq. Cucunda Rasulullah s.a.w, Husein ibn Ali telah terbunuh di tangan askar Yazid ibn Muawiyah. Sukar untuk menceritakan peristiwa ini secara lebih mendalam kerana pelbagai kitab dan buku mempunyai fakta yang kadangkala bercanggah.




As-Syafi’e di dalam bab indzar An-nabi saw dan selanjutnya di dalam kitabnya A’laamu an-Nubuwwah daripada ‘Urwah daripada ‘Aisyah berkata: Ketika itu Al-Husein menemui nendanya Rasul saw dan datang Jibrail menyampaikan khabar kepada rasul saw:

“Sesungguhnya umatmu akan tercerai berai setelahmu dan mereka akan membunuh puteramu yang ini (Al-Husein) peristiwa tersebut akan terjadi setelah engkau meninggal dunia, kemudian Jibrail as menghulurkan tangannya dan memberikan tanah putih, dan malaikat bersabda: Di tanah ini lah akan terbunuh puteramu (Al-Husein). Dan nama tanah itu adalah tanah “الطف “(Karbala yakni di tepi sungai).

Setelah itu ‘Aisyah ra melanjutkan : setelah Jibrail as pergi lalu keluarlah Rasul saw menuju sahabat-sahabatnya dengan membawa tanah di tangannya, pada saat itu yang hadir Abu Bakar, Umar, Ali, Hudzaifah, Usman, Abu Dzar, dan Rasulullan saw dalam keadaan menangis, dan bertanyalah para sahabat : Apa yang kau tangisi wahai Rasulullah saw? Dan bersabda Rasul:

“Jibrail telah mengkhabarkan kepadaku bahawa puteraku Al-Husein akan terbunuh setelah kewafatanku dengan tanah yang bernama” الطف “(Karbala-yakni di tepi sungai), dan Jibrail datang memberiku tanah ini dan mengkhabarkanku bahawa kejadian itu di dekat muara sungai.

Bahkan di halaman selepasnya diceritakan bahawa Rasul mengisyaratkan kepada ‘Aisyah ketika terbunuhnya Al-Husein di Karbala maka tanah itu akan memerah.

At-Tirmidzi juga menuliskan hadis tersebut dalam sunannya bahawa pada saat itu Ummu Salamah ra melihat Nabi saw menangis dalam keadaan tidur di mana pada kepala dan janggutnya terdapat tanah dan berkata : “Al-Husein akan terbunuh yang tak ada kejadian sebelumnya.”



Juga bole rujuk - Al-Bukhari dalam Tarikh Al-Kabir jilid III hlm. 324, hadis 1098


Tapi yang pasti, kedatangan Husein ke Karbala bukanlah atas tujuan perang, ini kerana Husein dan sahabatnya turut membawa keluarga bersama mereka. Tujuan utama perjalanan mereka adalah ke Kufah kerana menerima jemputan penduduk Kufah. 'Tentera' Husein pada masa itu hanya lah seramai 100 orang termasuk wanita dan anak kecil berhadapan dengan ribuan tentera Yazid.

Pertempuran yang hanya mengambil masa sehari ini bermula seminggu sebelum peristiwa apabila 1000 tentera Yazid menghalang perjalanan Husain. Keluarga Husain berhenti di Karbala pada tarikh 2 Muharram 61 Hijrah.

Ibn Ziyad mengarahkan Umar ibn Saad menghalang Husein dan keluarga daripada mendapatkan sumber air dari sungai Euphrates. Kemudian, Umar ibn Saad menuju ke Karbala bersama-sama 30,000 tentera (ada pendapat mengatakan 70,000) . Ya, 30 ribu tentera menentang 100 keluarga dan sahabat Husein.

Pastinya mustahil untuk Husein menang dalam pertempuran ini. Mengikut beberapa sumber sejarah, selepas perang tamat, kepala Husein dipancung dan diserahkan kepada Yazid. Sebelum itu, kepala Husein dibawa berarak di sekeliling bandar. Wanita turut dirantai.

Tidak dapat saya bayangkan, seorang cucunda kepada Rasulullah dan anak kepada Fatimah dibunuh dengan kejam. Di manakah perasaan sayang mereka pada Rasulullah semasa itu. Peristiwa di Karbala tidak layak digelar sebagai peperangan kerana terlalu jelas satu pihak menindas yang lemah. Semasa zaman Nabi, Rasulullah menghalang wanita dan kanak-kanak dibunuh dalam peperangan.


Pertempuran ini bukanlah rekaan, semua sejarawan sepakat peristiwa ini adalah fakta. Namun hanya mazhab syiah yang mengambil serius akan peristiwa ini. Rasulullah turut menangis apabila dikhabarkan kepada beliau oleh malaikat Jibrail bahawa cucunda baginda akan dibunuh dengan kejam. Kita adalah umat Rasulullah, tidak mahukah kita turut berdukacita akan peristiwa ini.

Seorang ulama terkenal dari Indonesia, Hamka pernah berkata
"
Saya tidak bermazhab Syiah, tetapi saya mencintai Husain!"


"Dalam Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."









Edward G. Brown, the professor of Arabic and oriental studies at the University of Cambridge, praises Husain in these words:

"… a reminder of the blood-stained field of Kerbela, where the grandson of the Apostle of God fell at length, tortured by thirst and surrounded by the bodies of his murdered kinsmen, has been at anytime since then sufficient to evoke, even in the most lukewarm and heedless, the deepest emotions, the most frantic grief, and an exaltation of spirit before which pain, danger and death shrink to unconsidered trifles."


Mahatma Gandhi (Indian political and spiritual leader) writes: “I learned from Hussein how to achieve victory while being oppressed.”

Charles Dickens (English novelist) writes: “If Husain had fought to quench his worldly desires…then I do not understand why his sister, wife, and children accompanied him. It stands to reason therefore, that he sacrificed purely for Islam.”

No comments:

Post a Comment