Pages

Sunday, January 2, 2011

Siapa musuh Islam? atau Siapa Lebih Islam?



Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita penahanan pengikut Islam syiah di Gombak. Bukanlah niat saya untuk melindungi penganut syiah, namun pada pendapat saya, berita utama di dada akhbar utama mengenai syiah adalah terlalu 'exaggerate' yang bertujuan hanya untuk melariskan akhbar. Sekejap mengatakan syiah adalah terlalu bahaya, beberapa hari kemudian Menteri pula memberi ulasan yang bertentangan.

Kalau la benar syiah menghalalkan pembunuhan darah Sunni, mengapa pula kita harus takut, bilangan kita adalah berkali ganda lebih byk daripada pengikut Syiah. Di Iran, bilangan pengikut syiah adalah majoriti, namun mazhab sunni masih bebas diamalkan. Saya sendiri pernah berada di Iran untuk bercuti dan solat bermazhabkan Sunni di kalangan orang syiah di Iran. Alhamdulilah saya masih berada di sini dan tidak dibunuh oleh orang Iran. Semasa di Mekah, saya juga pernah melihat orang Iran menunaikan umrah, jika la benar mereka bukan Islam, mengapa Arab Saudi masih membenarkan syiah dtg ke Mekah, bukankah Mekah adalah Tanah Suci yang haram dimasuki orang kafir. Mungkin kita kekurangan wartawan agama yang boleh menulis fakta berita tentang agama.


Al-Imran [103]
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


Termaktub dalam Deklarasi Amman 2004, yang dihadiri oleh 200 ulama terkenal dari 50 negara menggariskan 3 keputusan:


1. They specifically recognized the validity of all 8 Mathhabs(legal schools) of Sunni, Shi'aand Ibadhi Islam; of traditional Islamic Theology (Ash'arism);of Islamic Mysticism (Sufism), and of true Salafi thought, and came to a precise definition of who is a Muslim.

2. Based upon this definition they forbade takfir (declarations of apostasy) between Muslims.

3. Based upon the Mathahib they set forth the subjective and objective preconditions for the issuing of fatwas,thereby exposing ignorant and illegitimate edicts in the name of Islam.


Deklarasi Amman ini turut ditandatangani oleh wakildaripada Malaysia;

    MALAYSIA

  1. H.E. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
    Prime Minister
  2. Dr. Anwar Ibrahim
    Former Deputy Prime Minister
  3. Dato’ Dr. Abdul Hamid Othman
    Minister in the Office of the Prime Minister
  4. Prof. Dr. Kamal Hasan
    President of the Islamic International University, Kuala Lumpur
  5. Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali
    Dean of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation
  6. Mr. Shahidan Kasem
    First Minister of Perlis State, Malaysia
  7. Mr. Khayri Jamal Al-Din
    Deputy Chairman for the Youth Sector, the United Malays
    National Organisation
  8. Dr. Salih Qadir Karim Al-Zanki
    International Islamic University
Perdana Menteri kita telah pun mengiktiraf bahawa Syiah adalah sebahagian daripada Islam.

Di Universiti Al-Azhar pada tahun 1959 , ulama Shaikh Mahmood Shaltoot pernah mengatakan

The Ja'fari school of thought, which is also known as "al-Shia al- Imamiyyah al-Ithna Ashariyyah" (i.e., The Twelver Imami Shi'ites) is a school of thought that is religiously correct to follow in worship as are other Sunni schools of thought. Muslims must know this, and ought to refrain from unjust prejudice to any particular school of thought, since the religion of Allah and His Divine Law (Shari'ah) was never restricted to a particular school of thought. Their jurists (Mujtahidoon) are accepted by Almighty Allah, and it is permissible to the "non-Mujtahid" to follow them and to accord with their teaching whether in worship (Ibadaat) or transactions (Mu'amilaat).

Tujuan saya menulis entri ini bukanlah untuk mengagungkan syiah mahupun untuk membandingkan antara syiah dan Sunni. Tapi hanya lah dengan harapan melihat umat Islam berhenti bertelagah.
Sering kedengaran peringatan agar umat Islam bersatu demi menumpaskan musuh Islam, tapi pada masa yang sama, kecelaruan mengenai 'Siapa lebih Islam?' yang lebih menjadi perhatian lebih daripada 'Siapa musuh Islam?

Sedangkan saudara seislam kita di Afghanistan, Iraq dan Palestin merayu akan bantuan kita, kita di sini masih bertelagah siapa yang paling benar. Semasa Israel cuba menduduki Tanah Lubnan pada tahun 2006, Hizbullah (mereka adalah syiah) yang membantu menahan kemaraan Israel. Sehingga sekarang Iran adalah satu2 nya negara di Timur tengah yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan US


Gambar adalah Raja Saudi.


Kita hanya mendengar mengenai keburukan sesuatu sehingga timbul hijab yang menghalang kita melihat kebaikan di sebalik sesuatu.

Kini syiah di Malaysia dianggarkan seramai 30ribu orang. Ada pendapat mengatakan sudah ada yang menjadi syiah sejak lahir lagi. Sudah beratus ulama di seluruh dunia mengatakan Syiah adalah sebahagian daripada Islam. Sudah tiba masanya sekarang kita lupakan segala sengketa, kita satukan segala yang terpisah.
Bukan umat Islam lain yang harus kita musuhi tapi musuh Islam yang wajib kita tentangi.

Kiamat itu pasti tiba dan moga sama-sama kita beroleh kemenangan;


Al-Hadid [12]
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”

2 comments:

  1. hear-hear!

    kenapa perlu dikekang kebebasan yg telah dipersetujui

    ini adalah double standard!

    ReplyDelete
  2. setuju..
    sudah bersuluh syiah diiktiraf seluruh dunia..
    Kebebasan mereka sudak diiktiraf..

    ReplyDelete