Pages

Wednesday, January 19, 2011

Lagi tentang Perpaduan



Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat Jumaat (14-01-2010).

Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama, pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum hari ini.

Hujjatul Islam Wahidi berkata para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi yang ingin menghancurkan Islam.

Syaikh Abdul Ghani Shamsudin selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".

Abdul Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi, "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah satu kewajipan dalam agama".

"Iran merupakan sebuah negara yang sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini. Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan agama ini dan penganutnya".

Pertemuan ini juga turut membincangkan kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti.

sumber dari FT dari ABNA


Sekali lagi aku katakan, aku bukan pengikut syiah, tp aku cintakan perpaduan antara Islam..
Pergaduhan sesama orang Islam, ttg Islam mana yang masuk syurga perlu sangat dielakkan..
Tanya lah diri sendiri, kita sendiri adalah Islam sejak lahir, sejauh mana kita yakin dan tahu Islam yang kita pegang selama ini adalah terbaik (terdapat berpuluh mazhab di dunia, kalau tak percaya, cuba pergi UIA, dkat sana pun dah boleh ada pelbagai mazhab)..

Dan maksud aku perpaduan dalam Islam antara syiah dan Ahlu Sunnah Wal Jammah tak sama seperti Islam dan ajaran Ayah Pin..Ayah Pin tu mmg da ketara sangat2 sesat.. Syiah yang aku maksudkan adalah Syiah Imamiyah.. Satu dunia dah mengaku syiah sebagai Islam (kecuali Jabatan Islam Malaysia) sumber boleh dapat dari entri blog aku yang lepas

Dan cuma ingin berkongsi, kalau korang perasan, dalam artikel yang aku quote kan di atas..
Perkataan yang aku bold kan dengan warna hijau.. Sebenarnya di Iran, kuasa ulama berdiri di atas kuasa pemerintah politik.. Pernah dengar Presiden Ahmadinejad?.. Dia bukan lah individu yang paling berkuasa di Iran.. Individu yang berkuasa sekali dipanggil sebagai 'The Supreme Leader of Iran", dan sekarang dipegang oleh Ali Khamenei, iaitu seorang ulama.. Dan itu lah sebab kenapa Iran digelar di UN sebagai The Islamic Republic of Iran..

2 comments:

  1. bercakap ttg persepakatan

    arab tak pernag sepakat

    cikgu sejarah aku dulu pnah ckp

    org arab hanya bersepakat utk tidak bersepakat

    lulz

    ReplyDelete
  2. arab ak xkisah la..diorg jauh sgt..
    kite melayu yg skit ni pun asyik bergaduh je..
    entah bile la nk aman m'sia..

    ReplyDelete