Pages

Friday, January 7, 2011

Les Miserables

Les miserables atau 'the miserables one' adalah salah sebuah teater musikal di kota London. Berbeza di KL, di London terdapat berpuluh panggung teater. Dan sesebuah cerita kdgkala akan diulang balik selama bertahun-tahun..

Kembali pada cerita Les miserables balik, sbrnye nk cerita pengalaman pergi tgk teater dkat London ni.. Les miserables ni antara teater paling popular dkat London, tp saiz teater beratus kali ganda lebih kecik drpd Istana Budaya,KL..

Oleh sebab wallet yang makin menipis, kitorg decide untuk beli tiket harga 40 pound..Harga ni kira average la, sbb yang paling mahal dapat tingkat 1, betul2 duduk depan pentas.. Tp tiket 40 pound kitorg dapat tingkat 3, cuba bygkan tgk teater drpd tingkat 3, pelakon kat bawah kitorg cuma nampak baju je..muka jgn harap la nak nmpk.. Tiket paling murah pulak, tengok teater sambil berdiri di tempat duduk paling belakang..

Tempat duduk pula, oleh sbb kitorg duduk di tengah, orang lain terpaksa berdiri untuk kasi laluan..Tempat ruang kaki lebih kecik daripada tgk wayang dekat TGV KLCC.. Aku yang pendek pun terasa sempit,tak dapat bygkan macam mana posisi duduk mat saleh..

Oleh sebab view kitorg yang terlalu tinggi, kadang2 ada view pentas yang xkelihatan..

OK stop dengan review negatif!!..

'Les miserables' dianggap sebagai teater paling best di London dan pernah menang berpuluh award antarabangsa..Tahun ni genap 25 tahun cerita ini dipersembahkan di teater.. Les miserables sebenarnya diadaptasi daripada sebuah novel Perancis ditulis oleh Victor Hugo pada tahun 1862..

Plot cerita adalah amat rumit, mengisahkan seorang bekas banduan bernama Jean Valjean yang berubah menjadi orang kaya dan Datuk Bandar.. Walaupun berubah menjadi orang berpengaruh, tp Valjean masih menjadi buruan polis kerana pernah mencuri di gereja sebaik dibebaskan.. Untuk mengelak ditangkap, Valjean menukar nama kepada Monsieur Madeleine..

Javert adalah pegawai polis yang bertanggungjwab untuk mencari Valjean.. 6 tahun kemudian, Javert menganggap tugas beliau sudah selesai selepas menangkap seorang lelaki tidak bersalah yang disangkanya Valjean.. Identiti Valjean akhirnya terbongkar selepas beliau mengaku di mahkamah bahawa beliau lah Valjean dan lelaki yang dituduh adalah tidak bersalah.. Tapi Valjean sempat melarikan diri sebelum ditangkap..

Setahun sebelum itu, Valjean telah memecat seorang perempuan,Fantine yang mempunyai anak luar nikah. Perempuan itu kemudian terpaksa menjadi pelacur untuk mencari duit.. Valjean kemudiannya berasa bersalah dan berjanji untuk menjaga anak perempuan Fantine,Cosette ..Gambar kanak-kanak perempuan yang menjadi poster di atas itu lah Cosette..
Valjean membawa Cosette pindah ke Paris untuk elak dari ditangkap..

Kemudian, cerita berkembang selepas Cosette menjadi dewasa dan Valjean masih bebas..

Sebenarnya cerita ni ada sambungannya tapi plot menjadi bertambah rumit, jadi susah untuk diceritakan kembali dkat sini.. Tapi kalau nak tahu jugak, wiki sini

Cuma akhirnya, Javert membunuh diri kerana gagal menangkap Valjean dan Valjean akhirnya mengaku pada Cosette beberapa hari sebelum hari perkahwinan Cosette bahawa beliau sebenarnya adalah buruan polis..

Novel ini sebenarnya terdiri daripada 5 volume..satu buku untuk satu volume.. Bayangkanlah sendiri berapa panjang jalan cerita Les Miserables ini..

Kesimpulannya- duduk kat London ni memang menelan duit..mungkin ahad ni baru balik ke Hull.. Semuanya mahal, jangan harap la nk kenyang kalau dalam poket ada 5 pound je untuk beli makanan..


7 comments:

  1. cerita ni menarik..
    kiranya volume 5 la ending cerita ni?
    panjang nye!
    1 volume bape pulak ketebalan buku.. gilak!

    ReplyDelete
  2. yup..mmg tebal..sbb ni novel lama..printing pun bukan mcm skrg..
    kalau campur semua volume, ada 1900 page..

    ReplyDelete
  3. hai cik abg masa i terlibat ng teater tun mahatir u xdtg tgk pon kn tikit murah je xde lah sampai 40 pound...
    apa alasan?

    ReplyDelete
  4. u ajak2 ayam je..tmpt teater pun xtau..
    insya allah nxt time2..

    ReplyDelete
  5. i ajak ayam2?
    i xnk ah buat nasi ayam tok u camni...
    istana budaya pon xthu ke?

    ReplyDelete
  6. mase teater tu, i da fly sni la..xsmpt

    ReplyDelete
  7. xnk buatkn nasi ayam tok u!! :(

    ReplyDelete