Pages

Sunday, January 23, 2011

Yahudi atau Zionis?..





Sebelum aku mula; biar aku definisikan dulu beberapa perkataan supaya entri aku ni akan lebih difahami:

Yahudi: Salah satu agama di dunia yang mempunyai penganut seramai 14 juta.. yes, 14 juta je, penduduk Melayu di Malaysia lebih ramai dari bilangan penganut agama Yahudi seluruh dunia..

Zionism : Satu gerakan nasionalis Yahudi yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara majoriti Yahudi. Gerakan ini ditubuhkan pada tahun 1897 oleh Theodor Herzl.. Pada masa itu, gerakan itu mengalakkan imigrasi orang yahudi ke dalam kerajaan Ottoman..

Israel : Sebuah negara yang mengambil alih tanah negara Palestin pada tahun 1948.. Tertubuhnya negara Israel adalah hasil dari perjuangan Zionism..


Tujuan utama ingin menulis post selepas melihat video ini;





dan ini







Dalam video pertama, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad bertemu dengan wakil-wakil dari Neturei Karta.. Neturei Karta, atau 'Guardians of City' adalah sebuah NGO yang menentang penubuhan negara Israel.


-"Neturei Karta opposed the establishment of and retain all opposition to the existence of the so-called "State of Israel"!"

-"Neturei Karta oppose the so-called "State of Israel" not because it operates secularly, but because the entire concept of a sovereign Jewish state is contrary to Jewish Law."

-"Jews are not allowed to dominate, kill, harm or demean another people and are not allowed to have anything to do with the Zionist enterprise, their political meddling and their wars."

-"The true Jews remain faithful to Jewish belief and are not contaminated with Zionism."

-"The true Jews are against dispossessing the Arabs of their land and homes. According to the Torah, the land should be returned to them."

-"The world must know that the Zionists have illegitimately seized the name Israel and have no right to speak in the name of the Jewish people!"


=Dipetik dari website rasmi 'Neturei Kata'



gambar bertarikh 9 Januari 2011

Seperti yang kita sedia maklum, Iran adalah antara negara Timur Tengah yang berani mengutuk polisi Israel dan US secara terang-terangan. (kerajaan Arab yang lain masih tunduk pada US Israel).

Bukan orang Islam sahaja yang menentang pendudukan Israel di Palestin tp perjuangan ini turut disokong orang yahudi yang cintakan keamanan.


Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. Di antara mereka ada yang soleh dan di antaranya juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik-baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat) - Al-A'Raf (168)

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).- Al-Hasyr (14)

Pernah ada seorang sahabat bukan Islam bertanya, kenapa kita orang Islam perlu berkorban bersusah payah untuk merampas kembali tanah Israel?..



Islam bukanlah agama yang menyuruh umat nya ke arah keganasan tp kami dituntut untuk mengambil semula hak kami jika dirampas.. Maruah agama adalah maruah seluruh umat..

Biar saya berikan satu analogi:
Bayangkan kita ada sebuah rumah, kemudian secara tiba-tiba ada sekumpulan 'pendatang' masuk ke rumah kita dan merampas bilik tidur, bilik air dan dapur.. Kita cuma dibenarkan duduk di bilik tetamu manakala ibu dan ayah kita cuma dibenarkan duduk di ruang tamu.. Dan kita langsung xdiberi peluang untuk jumpa ibu dan ayah.. Bukan itu je, kemudian dia merampas geran tanah dan menukar nama pemilik pada nama dia.. Barang keperluan spt mknn juga dirampas dan bila ada jiran kita ingin menghulur makanan, semua bantuan disekat.. Tapi kita tak putus asa, kita cuba untuk menanam makanan sendiri di halaman blkg.. Tapi 'pendatang' itu dtg dan membakar seluruh tanaman kita dan mendirikan lagi sebuah rumah kat halaman belakang..

Dan kami org Islam adalah saudara pada 'tuan rumah' yang dirampas.. Tanah yang dirampas adalah tanah Palestin. Rakyat Palestin sudah hidup di tanah yang sama selama beratus2 tahun dan Yahudi merampasnya melalui Perang Arab-Israel 1948.. Di Palestin terletak nya masjid ketiga paling suci bagi umat Islam, iaitu Masjidil Aqsa.. Hilangnya tanah Palestin bermakna hilang jugak maruah umat Islam..

Kenapa Islam digelar pengganas hanya kerana ingin menuntut kembali hak yang dirampas tapi Israel yang bermaharajalela membunuh orang awam Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara?..
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. - Al- Imran (3)


p/s- saya bukan anti yahudi tapi saya anti Zionis Israel..

7 comments:

  1. aku pon mcm ko gak bur

    anti-zionis

    al-hasyr tu 1st time aku taw

    thx bro!

    ReplyDelete
  2. tak faham bila ade kerajaan arab yang

    butakan mata dengan keadaan kat Palestin.

    ReplyDelete
  3. Ape pendapat en. Burhan mengenai negara Mesir?

    ReplyDelete
  4. aqilahamid : sbb minyak dan duit..antara sebab palestin dilupakan..

    muhdasyrf : knpe dengan Mesir?..

    ReplyDelete
  5. boleh caya ke yahudi sendiri menentang Israel... itu hanya lah propaganda..

    ReplyDelete
  6. tiQz : aku xtolak kemungkinan tu propaganda.. tp setiap agama ada mazhab2 berbeza..seperti Islam, kita ada ASWJ, Syiah, Wahabi dan sebagainya.. Kristian pula ada Katolik, Protestan dan sebagainya.. Jadi Yahudi pn begitu, Zionis ni adalah sebahagian daripada Yahudi tetapi ada juga orang yahudi yang tak mengiktiraf zionis..

    Peace :D

    ReplyDelete