Data correct as of 9:39 on 17 Jan 2011
Module Number | Module Title | Location | Date | Start Time | Duration (Hours) |
26302 | Managing People | Sports & Fitness Centre - Sports Hall | 18 Jan 2011 | 9:30 | 2:00 |
26205 | Business Economics | Sports & Fitness Centre - Sports Hall | 20 Jan 2011 | 13:30 | 2:00 |
Selepas berminggu-minggu study siang dan malam (sebenarnya seminggu je), besok mula la exam final sem pertama aku di bumi Hull 'tercinta' ni..
Mula2 tengok jadual ni, hari pertama exam start pukul 9.30 pagi..risau2, dulu sepanjang sem pertama, selalu tidur lepas subuh, kecuali hari rabu dan khamis sebab lecture/tutorial start pukul 9..
Aku lebih risau subjek Managing People,
Pertama, sebab subjek ni mmg xbest, sampai sekarang aku xfaham kenapa kene belajar Maslow theory of needs (dan lain2).. Bole pulak lecturer ckp, last year 20% student resit subjek ini.. Terima kasih la lecturer, ayat kau sampai sekarang terngiang2 kat telinga aku.. Tapi aku da ade 20 markah untuk subjek ni, so skrg perlukan 20 markah je lagi untuk pass (terasa loser gila kan, target untuk pass je).. haha, target utama aku mesti la nak dpt 70(markah 1st class)..tp kalau da 2 jam exam untuk buat esei je, rsau gak..
Business Economy aku xrisau sgt sebab subjek ni sama mcm Economy A-lvl dulu.. cuma yang bezanya, apa yang aku belajar untuk 18 bulan dulu, diorg compress kan jadi belajar untuk 3bulan je.. Insya Allah kalau tuhan izinkan, aku bole jwb paper ni..
Tapi korang perasan x, tempat exam aku dekat Sport Centre.. bila aku tgk balik rasa mcm pelik la pulak, selalu aku pegi sane nak main futsal tapi bsok aku pegi sana nak jwb exam..haha..mmg byk betul la jasa Sports Centre tu pada aku.. Sebenarnya byk lagi Exam Hall untuk exam, tp mungkin Business School 'dianaktirikan', tu yang dpt 'exam hall' jauh2.. Sebenarnya xada masalah pun, besar jugak Sports Centre tu, kalau x mane muat nak letak 200 student untuk course aku ni..
Tapi bila fikir2 balik, beruntung jugak, sebab cuma ada 2 paper je.. Tak ada lah byk sgt, tapi yang jelez dgr bila ada university kat UK ni yang xada pun exam sekarang, diorg postpone kan sampai bulan june ni (terutamanya kat London).. Tapi 2 paper ni pun xada lah sng mana, 2 buku aku kene khatam, sbb sem dpn aku guna buku lain pulak..
Selepas 1 semester bertungkus lumus menuntut ilmu,kdg2 d library, kdg2 di bilik kecik ni je..
Moga2 Allah s.w.t permudahkan aku menjawab besok..Pada rakan2 yang baca ni, aku mohon maaf kalau ada salah dan silap, kalau ada rasa xpuas hati, sila2 la inbox aku..Doakan moga2 mudah untuk aku mnjwb soalan besok..
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.~An-Nur (35)
p/s- Sebenarnye dlm hati xsbr nak jwb exam besok..yela, ni kan semester pertama aku kat sini..wish me luck :)
all the best!
ReplyDeletethx atiq :)
ReplyDeletedoakan terbaik untuk paper managing people kamu..
ReplyDeletethx qila :)
ReplyDeleteall the best weh!
ReplyDeletehaha
haha..thx syuk..
ReplyDeletewalaupun trlmbt skit..