Pages

Wednesday, March 30, 2011

Pontianak in Hull..






In 27 March 2011, there was a cultural event in University of Hull organised by ISA.. Hull Malaysian Society with the help of Syukri and Syamimi from Brunei presented a drama entitled 'Pontianak'.. The other societies performing during that night are Asian society, HK society, Lithuanian society, Nigerian Society and Cyprus Society.. Malaysian Society was announced as the champion :)


After the performance



The guys' dancers

Trophy presented by Hull mayor

With the trophy...


Pizza kemenangan..

Credit to all the dancers and actor/actress:-
-Shukri the 'famous Narrator'
-Syamimi the 'comel Bruneian Narrator'
-Syazmin the 'Pontianak'
-Yuki the 'gorgeous 9 months'
-Wan Teng the 'choreographer'
-Esther the 'hardworking prop gal'
-Vivienne the 'motivator to the dancers' (sorry for our laziness :p)
-Mei Jun the '2nd pontianak'
-Jojo the 'beautiful indian dancer'
-Me the 'guy with songkok'
-Yi Ying the 'girl in baju melayu'
-Jalil the 'sexy guy'
-Khairul the 'handsome Mike'
-Jeffrey the 'commited photographer'
-Roger the 'scriptwriter'


p/s- Malaysia Boleh, Brunei Bagus, Singapore pftttt...

Saturday, March 26, 2011

Daylight Saving Time..


'Daylight saving time'(DST) adalah digunakan untuk menyimpan cahaya siang pada waktu musim panas.. atau dengan bahasa mudah, mengubah waktu/jam agar waktu siang boleh digunakan sepenuhnya sebagai waktu bekerja/sekolah..



Mengikut sejarah, DST moden mula dicadangkan oleh seorang rakyat New Zealand, G.V Hudson pada tahun 1895. Tapi DST hanya mula diperkenalkan di Germany pada tahun 1916 sebagai cara untuk menjimatkan penggunaan batu arang semasa Perang Dunia I. Kemudian mula digunakan di beberapa negara Eropah lain dan digunakan di US pada tahun 1918.

Tapi kenapa perlu DST?..
DST dikaitkan sebagai boleh mengurangkan kemalangan di jalan raya kerana orang ramai hanya keluar dari rumah apabila matahari sudah terbit.. Selain itu, boleh meningkatkan industri pelancongan kerana boleh meningkatkan aktiviti luar.. DST juga dianggap sebagai boleh mengurangkan penggunaan elektrik..


Malaysia juga pernah mengamalkan DST sehingga tahun 1981 sebelum digantikan dengan 'Malaysia Standard Time'. Pada 1 Januari 1982, waktu/jam di Semenanjung Malaysia dilambatkan selama setengah jam untuk disamakan dengan waktu di Sabah dan Sarawak.

Period in use

Time offset from GMT

Name of Time (unofficial)

1 January 1901 - 31 May 1905

UTC+06:46:48

British Malayan Mean Time

1 June 1905 - 31 December 1932

UTC+07:00:00

Standard Zone Time

1 January 1933 - 31 August 1941

UTC+07:20:00

Daylight Standard Time

1 September 1941 - 15 February 1942

UTC+07:30:00

Daylight Standard Time

16 February 1942 - 12 September 1945

UTC+09:00:00

Tokyo Standard Time

13 September 1945 - 31 December 1981

UTC+07:30:00

Daylight Standard Time/Malaysia Standard Time

13 September 1945 - 31 December 1981

UTC+07:30:00

Daylight Standard Time/East Malaysia Standard Time

13 September 1945 - 30 May 1982

UTC+07:30:00

Daylight Standard Time/Peninsular Malaysia Standard Time

1 January 1982 – Present

UTC+08:00:00

Malaysia Standard Time

sejarah waktu di Malaysia, dicuri dari wiki..


'Daylight saving time' biasanya diamalkan di negara yang kedudukan jauh di sudut hemisfera utara dan selatan.. Secara rasmi, pada hari Ahad ini, waktu di UK akan dicepatkan selama sejam.. atau dengan kata lain, waktu tidur pada pagi Ahad akan dikurangkan selama sejam.. Perbezaan waktu antara Malaysia dan UK akan berubah menjadi 7 jam.. Antara kelebihan ketara selepas perubahan waktu ini ialah waktu subuh akan dilewatkan selama sejam (berubah dari pukul 3.45 pagi kepada 4.45 pagi).. harapnya, probability untuk aku bangun subuh akan jadi lebih tinggi selepas ini..

Kepada pengguna iPhone, sila berjaga-jaga sebab aku dengar ifon menggila masa DST musim sejuk tahun lepas.. Pastikan anda bersedia dengan jam lain untuk mengelakkan bangun lambat ke kelas.. tu la, nak sangat guna iPhone..



p/s- di Malaysia, SIRIM dilantik sebagai penjaga rasmi waktu di Malaysia. Nak tahu waktu sebenar?.. klik
sini

Monday, March 21, 2011

We will not go down


Sebuah roadshow Palestin anjuran ISMA Eropah sedang berlangsung di UK sekarang.. Antara tujuan utama roadshow ini adalah untuk mengingatkan kita kembali pada sahabat2 kita yang sedang berjuang di bumi Palestin..

Kempen ini memberi kita 5 cara untuk membantu sahabat-sahabat kita di bumi Palestin
1. Raise the Awareness (mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sana sekarang)
2. Give Hands ( Memberi bantuan dari segi wang atau apa cara sekalipun)
3. Boycott Zionist Sponsor ( Mulakan dari diri sendiri)
4. Spread the Word (Sebarkan sebarang info yang anda tahu mengenai Palestin)
5. Make Du'a ( Doakan kesejahteraan sahabat kita di sana)
klik website isma eropah untuk tahu lebih lanjut

A quick facts about ISRAEL:
• Israel was established upon the ruins of another nation that it destroyed; Palestine
• Israel hold the world record in the number of towns & villages it ethnically cleansed...500+
• Israel holds the world record in the number of refugees it deported...4 million +
• Israel is the country with the highest record of UN condemnation...500+ times
• Israel has killed more innocent civilians per capita than any other country...50 thousand+
• Israel has imprisoned more civilians per capita than any other country...250 thousand+
• Israel has rendered more innocent civilians handicapped per capita than any other country...50 thousand+
• Israel has injured more innocent civilians per capita than any other country...200 thousand+
• Israel has only two countries to defend its policies in the United Nations. These countries are America & Micronesia. The population for Micronesia as of June 2008 is only 108,000
• Israel is the only country on Earth whose checkpoints deny women access to hospitals, they give birth alone and babies usually die
• Israel is the only country on Earth who check points schoolchildren, denies them access to school, and puts an end to their classes
• Israel is one of two countries that, against International Law, use cluster bombs and depleted uranium bombs. America is the other...what a surprise huh?
• Israel is the only country on Earth that has a political party that publicly advocates ethnic cleansing of native citizens
-diambil dari pedulipalestina








p/s- teruskan berjuang wahai palestin..doa kami dari sini mengiringi perjuangan kalian..

Saturday, March 19, 2011

PAS sudah kalah..


walaupun aku tak setuju dengan beberapa pengunaan perkataan yg digunakan Faisal Tehrani.. tapi aku bersetuju dengan apa yang diberitahu beliau.. -PAS sudah kalah..

dikongsi oleh amir al-helmy..

sebagai manusia biasa,aku faham..bukan semua orang snggup luangkan 7 minit untuk dengar video ni..
jadi aku akan quote kan beberapa ayat dari temuramah Faisal Tehrani ni.. (tapi mesej beliau lagi mudah difahami kalau dengar sendiri video)

- "Kalau berdasarkan bahasa politik, Pas sudah kalah..PAS betul2 sudah kalah.."

- "Kalah dari segi identiti, kalah dari segi jati diri, kalah dari segi kerusi"....

- "Kita banyak tolak ansur"

- "xpe lah,dia dah taubat, ada sorang lagi tak taubat tu"

- "PAS telah menggadaikan beberapa perkara, doktrin utama,pandangan asal mereka"

- "Ada dalang di sebalik itu, zaman ini penuh dengan kepalsuan"

- "Ramai orang tahu siapa dalang di sebalik itu,tp saya aneh ramai orang buat tak reti"

- "Kalau baca harakah, dah tak tahu samada ini akhbar PAS atau PKR"

- "Kalau di sini dia boleh ckp psl Shakespeare, kat sana bole ckp Hamka, kene hati-hati la"

- "sekarang zaman internet..Dia bercakap di Oslo, atau Mesir,Moscow, atau Washington,kita boleh baca"

- "Di sini ckp tak serupa bikin"...."Kenapa kita boleh pengaruh dengan politik longkang spt ini"

- "Kesan yang beliau lakukan boleh menyusahkan kita di masa hadapan"

- "saya tidak mahu jadi ejen kepada tokoh2 tertentu, saya perhatikan"



Dah dengar? bagus..buat la komen sendiri ye..aku pun bukan pandai nk tulis2 pasal politik ni..
PAS ke UMNO ke, aku tak kisah..aku bulan july tahun depan baru bole daftar mengundi.. Pada yang dah boleh tu, cepat2 lah daftar ye..


buat ape kita nak gaduh2 pasal politik..pakcik berdua ni relek je minum teh tarik sama2


p/s- rupanya PAS pun 'tiru' slogan dari Israel.. 'PAS for all' sama dengan 'Israel for all'.. sumber dari utusan

walaupun aku rasa slogan tu hanyalah kebetulan..kan PAS?..

Monday, March 14, 2011

Apa kata rosmah?

sekali lagi aku nak kata, aku bukan anti rosmah tapi ini kelakar






Rosmah oh rosmah.. aku respek sama lu sebab dapat kahwin sama itu PM.. Statement dia buat aku harap, tak ada orang Jepun yang faham BM.. Itu lah akibatnya kalau hari2 duduk dalam 'istana' Putrajaya..

She said "Tsunami happened because Japan is not aware of the climate change."

To Rosmah,

1. Jepun adalah antara negara pengeluar utama kereta hybrid (Honda dan Toyota). Hybrid adalah salah satu teknologi menggunakan elektrik sebagai pengganti kepada petroleum..

2. Di Tokyo, jika anda mempunyai 'solar panel', anda akan disubsidi sebanyak $8100 oleh kerajaan.. Pada tahun 2008, 49000 adalah pengguna pertama 'solar panel'..

3. Di Jepun, hampir semua bangunan mereka dilengkapi dengan teknologi yang mampu bertahan sehingga 5-6 scala ritcher.. Dan untuk pengetahuan Datin Paduka, gempa bumi yang melanda Jepun baru2 ini adalah berukuran 8.9 scala ricther.. (tahap maksimum adalah 10)..
gua harap engineer KLCC pasang teknologi ini..



Habis cerita pasal Jepun..Mari kita lihat teknologi "hijau' di Malaysia pulak..





Di Pahang, sebuah pusat pemprosesan tanah jarang paling besar di dunia(ni bukan exaggerate, tapi betul2 dari sumber, malaysiakini) akan dibina.. Pusat penapisan ini pernah dirancang untuk dibina di Tanah Merah, Perak tapi ditolak sekeras-kerasnya oleh penduduk.. Tapi kenapa pusat pemprosesan ini bahaya? Pusat pemprosesan ini akan memproses bahan-bahan radioaktif yang diimport dari Australia.. Rasanya tak perlu la ku cerita panjang2 pasal radioaktif, aku yakin semua orang dah tahu kesan jangka panjang radioaktif pada manusia..




p/s- walaupun statement rosmah buat gua gelak terbahak-bahak tapi artikel kosmo menceriakan hari gua.. kosmo oh kosmo..kenapa mesti maria ozawa? tak ada orang lain ke..



Ratu porno selamat dalam gempa bumi

MIYABI

JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.

"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Thursday, March 10, 2011

Mamat-Mamat Kaya


Semalam Forbes.com umumkan ranking baru 'manusia2 terkaya di dunia'.. Sama macam tahun lepas, Carlos Slim dari Mexico kekal sebagai orang terkaya di dunia(nama je slim, tapi sebenarnya buncit)..

Quick facts:

1. Tahun ini 1210 manusia di bumi layak menggelar diri mereka sebagai billionaire..

2. towkay Zara, jenama baju menjadi gilaan di Malaysia, adalah manusia ke-7 terkaya di dunia.. towkay LV, Bernard Arnault pulak adalah orang ke-4 di dunia..

3. Hanya tiga negara yang mempunyai lebih dari seratus orang billionaire iaitu US,Russia dan China..

4. Orang terkaya di Asia dan ke-6 terkaya di dunia adalah Lakshmi Mittal, dari India..

5. Cerita pasal facebook(website yang xpernah ak miss tiap hari) - 7 orang pekerja facebook layak digelar billionaire.. Mark Zuckerberg, pengasas facebook adalah orang ke-52 terkaya di dunia..Dan beliau baru berumur 26 tahun.. Billionaire termuda juga berasal dari facebook, iaitu Dustin Moskovitz..

6. 413 Billionaire berasal dari US, 332 berasal dari Asia dan 300 berasal dari Eropah..

7. Moscow menggantikan New York sebagai ibu negara billionaire..79 warga Moscow layak digelar billionaire..

8. 'Kebodohan' IKEA kerana mengeluarkan perabot tahan lama, meyebabkan towkay IKEA kehilangan tiga suku daripada harta beliau.

9. Towkay gula di Nigeria adalah manusia yang paling manis senyuman tahun ini, beliau adalah manusia yang meningkatkan kekayaan paling tinggi, iaitu 557%..

10. Robert Kuok, manusia ke-61 terkaya di dunia, adalah orang terkaya di Malaysia..

11. 9 orang pemegang passport Malaysia layak digelar manusia billionaire tahun ini.. Mereka adalah Robert Kuok, Ananda Krishnan, Lee Shin Cheng, Quek Leng Chan, Teh Hong Piow, Yeoh Tiong Lay (dan keluarga), Syed Mokhtar, Tiong Hiew King dan Vincent Tan.. Jumlah kekayaan mereka adalah $44.1 billion..

12. Christy Walton, adalah manusia ke-10 terkaya di dunia dan wanita terkaya di dunia.. Beliau adalah antara towkay Wal-Mart..

13. Roman Abromovich, manusia yang fan Chelsea agung2kan, adalah manusia ke 53 terkaya di dunia.. Ramai fan Chelsea sokong pun lepas mamat ni takeover..Kalau x, jangan harap la Drogba nk dtg Stamford Bridge..

14. Mark Pincus, towkay game Farmville, CityVille dan Mafia Wars, juga layak digelar billionaire..

15. Towkay syarikat makanan terkaya di dunia adalah Michele Ferrero(dan keluarga). Beliau adalah towkay chocolate Ferrero Rocher (yang mahal dan menjadi buruan di KLIA). Nuttela yang selalu kite sapu kat roti tu jugak adalah sebahagian dari milik Ferrero..

16. Towkay Man U, Glazer family adalah manusia ke-440 terkaya di dunia.. (Ananda Krishnan 4 kali lagi kaya dari mamat ni)

17. Pemilik asal Ipad 2, Steve Job, adalah manusia ke-110 terkaya di dunia..


Gamba atas ialah Syed Mokhtar, sebab utama aku letak gamba beliau di sini sebab beliau adalah satu2nya manusia billionaire di dunia ini yang pernah aku jumpa iaitu semasa perasmian Masjid VI..


p/s- Some people say,"Money cannot buy happiness".. But I say, "Money can buy Ferrari, Harley Davidson, LV, Rolex, Tod's, Porsche, Maserati and etc..

Monday, March 7, 2011

Unimagined..


Aku terasa sangat lemah, seperti masalah yang aku hadapi tidak pernah selesai..



Nampak bangunan di atas?..
Itulah perasaan aku sekarang..
Terasa seperti hendak jatuh menyembah bumi..

Ya Allah, adakah kau betul2 wujud di atas sana..
Kenapa tidak pernah rintihan aku kau jawab..
Aku perlukan jawapan..
Bukan bertambah lagi persoalan..
Kadangkala aku duduk termenung, berfikir
Yahudi percaya pada Nabi Musa,
Kristian percaya pada Nabi Isa,
dan Islam percaya pada seorang lagi insan suci, bernama Muhammad..
Tidak mungkin semua agama ini betul,
salah satu akan membawa aku ke syurga..
Adakah pilihan aku sekarang benar2 betul..
Atau aku salah?..
Jika betul, maka beruntunglah aku..
Jika salah?..Adakah aku akan menghabiskan sisa ku nanti di Neraka?..
Kristian percaya pada hari kiamat..
Sama seperti umat Islam..
Mereka juga kata akan berlaku perang di akhir zaman..
Antara Believer dan Non-Believer..
Aku percaya bahawa Quran itu adalah ayat suci dari langit..
Allah menurunkan Al-Quran kepada umat Nabi Muhammad,
dan telah Allah janjikan dalam Al-Quran, umat Islam akan masuk ke syurga..
tapi..
Mereka kata Syaitan lah yang membisikan ayat2 Quran ke telinga Muhammad,
bukan Malaikat Jibrail..
Bagaimana jika Kristian yang benar?..

Ya Allah..
Maafkan aku kerana timbul perasaan was-was..
Aku yakin Tuhan faham..
Bukan salah aku,
Aku hanya cuba mencari kebenaran..
Dalam Al-Quran,
menceritakan sejarah, membuktikan sains..
mengajar cara hidup sebenar..


Orang Islam sebenar tidak pernah berputus asa,


Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
-Asy Syuara-26




p/s- baru habis membaca buku 'Unimagined' tulisan Imran Ahmad..seorang insan Muslim yang kekal utuh membela agama Islam walaupun membesar di kelompok masyarakat Kristian..