Pages

Saturday, April 23, 2011

the Haunted School



Serius harini mengalami petang yang sangat membosankan.. Mula ingat nak siapkan assignment, tapi tersangkut.. Terpakse lah jumpe kawan besok mintak tolong..

Ok stop!!

Tujuan entri ini ditulis bukanlah untuk cerita assignment aku tapi sementara melayan internet sebentar tadi, aku terjumpe website ini, Spookycorner..

Bekas sekolah aku, Victoria Institution dilabel sebagai antara '15 Haunted places in Malaysia'..
Aku pun tak pasti samada gelaran ini bawa imej positif atau negatif pada sekolah aku.. Tapi tak kisah lah..At least ramai orang boleh kenal VI..

'VI the haunted school'
cool kan?

Aku sebagai 5 tahun pelajar setia di VI (bangga sikit) pernah dengar berpuluh-puluh cerita hantu di VI.. So harini aku rasa aku nak kongsi sikit cerita dari VI

Kepada pembaca yang ada lemah jantung atau mempunyai simptom susah nak tidur lepas dengar cerita hantu, jangan risau sebab cerita aku ni tak takut sangat pun..(harap-harap la)


Cerita pertama yang aku dengar tentang VI ialah dari cikgu 'M' semasa aku darjah 6.. Cerita nya begini, bilik muzik VI terletak di bilik bawah tanah.. Untuk masuk ke bilik muzik ini, pelajar VI terpaksa melalui 'terowong' yang panjang..Mengikut cerita, ada seorang pelajar VI pernah hilang dalam bilik muzik dan tak pernah dijumpai sehingga lah sekarang..Kadang-kadang pada waktu malam, pelajar VI ternampak lembaga orang berjalan di 'terowong' bilik muzik..

Selepas setahun aku dengar cerita itu, entah macam mane, aku pun 'tersesat' masuk ke dalam VI..

VI ditubuhkan sejak tahun 1893 (setahun selepas penubuhan Liverpool FC) adalah antara sekolah tertua di bandar KL.. Jadi tak heran lah kalau banyak cerita hantu dari sekolah.. makin tua makin berhantu..

1. Cerita ini aku dengar sendiri dari bodyguard VI.. Harap-harap dia tak tipu lah.. Biar lah aku bahasa kan nama bodyguard ni sebagai pakcik J.. Cerita nya begini, Pak cik J adalah bodyguard di VI untuk shift malam.. Dia dah bekerja di VI sejak lima tahun lepas. Pada satu malam, seperti biasa dia buat rondaan keliling VI.. Semasa melalui pavilion (stor sukan VI), dia terdengar bunyi orang sedang berkawad di padang(berhampiran surau).. Dia ternampak satu pasukan tentera Jepun sedang berkawad.. Lepas kejadian, seminggu pak cik J ni ambik MC sebab demam panas..

2. Cerita ke-2 ini pulak aku dengar dari senior. Semasa zaman Jepun, VI digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas tentera.. Manakala tandas VI pula digunakan sebagai tempat pancung tawanan-tawanan Jepun.. Pernah seorang budak VI ternampak mayat tergantung di pintu tandas, ada juga cerita yang kata pernah ternampak darah keluar mengalir dari dalam tandas..(dan macam2 lagi).. Tandas itu digelar sebagai Tandas 206 dan masih digunakan.. Oleh sebab tandas ini adalah tandas utama di VI (lagi satu jauh di block form 6), kadang-kadang bila aku stay sekolah sampai lewat petang, aku lagi sanggup tahan kencing dari pergi tandas ni..

3. Semasa zaman Jepun, padang sekolah VI digunakan sebagai kubur untuk tawanan-tawanan jepun yang mati diseksa..Jadi pada sesiapa yang berminat nak berlari sambil beriadah atas kubur jepun, jemput lah datang ke VI.. (sebenarnya cerita ini hanya mitos semata)..Tapi cerita ni antara yang paling famous diceritakan oleh senior2..

4. Di VI, kami mempunyai sebuah clock tower yang aku agak-agak mempunyai ketinggian lebih kurang 30 meter.. Senior aku kata, jika bernasib baik, kita boleh lihat seekor 'benda' duduk di atas clock tower pada waktu malam.. Ramai pelajar VI yang memang pernah nampak 'benda' tu.. Oleh sebab perasaan ingin tahu yang meluap2, selalu jugak la aku usha2 clock tower bila stay VI sampai malam, tapi masih belum pernah 'bernasib baik'..

5. Di VI, kami mempunyai sebuah loceng yang diambil dari Kapal HMS Malaya yang pernah digunakan semasa perang Dunia ke-2.. Mengikut tradisi dahulu, loceng ini akan dibunyikan oleh Ketua Pelajar pada setiap pagi menandakan bermula nya waktu sekolah.. Dikatakan loceng ini pernah berbunyi dengan sendiri.. Sebaik loceng habis berbunyi, bandar Kuala Lumpur dilanda banjir besar.. (Aku rasa ini hanyalah mitos).. Pada tahun 2007, loceng ini dipulangkan kepada Malaysian Navy untuk disimpan di dalam muzium..

6. Cerita ni aku dapat dari cikgu aku sendiri (aku tahu cikgu aku tak tipu).. Pada satu hari, cikgu Pi mengambil cuti selama sehari untuk (aku tak ingat kenapa).. Kawan semeja cikgu Pi di bilik guru, cikgu Kb tahu yang cikgu Pi ambil cuti selama sehari.. Keesokan harinya, Cikgu Kb ternampak cikgu Pi di sekolah sperti biasa.. cikgu Kb pun pelik lah, tapi bila dia cuba tanya, Cikgu Pi cuma diam je.. Pada keesokan hari lagi sekali, cikgu Kb pun bertanya lagi pada cikgu Pi, kenapa dia datang ke sekolah semalam?..Lalu cikgu Pi jawab, mana ada dia datang semalam, dia sibuk dengan urusan lain.. Jeng Jeng Jeng..Cerita ni buat kadang2 aku takut nak masuk bilik guru bila lewat petang.. Kesimpulan: Cerita-cerita hantu bukan dapat dari pelajar je, cikgu-cikgu VI pun ada pengalaman sendiri..

7. Seterusnya ialah cerita dari budak2 band VI.. Cerita kalau nak dengar best2 dari budak band VI lah sebab diorang selalu praktis sampai malam di sekolah.. Satu cerita ni berlaku tahun 2005, seorang pelajar band hilang dan dijumpai semula tengah tidur keseorangan atas tangki air.. Selepas ditanya, pelajar ini kata yang dia ternampak ada seorang perempuan berjalan sorang2 dalam kawasan sekolah, jadi sebagai pelajar 'prihatin', dia cuba nak tanya.. Kemudian, dia terus kena rasuk dan tak ingat apa2..

Cukup lah untuk setakat ini, aku rasa dah terlalu banyak aku tulis.. Nanti bila ada masa aku akan cuba tambah2 lagi cerita yang aku ingat..



p/s- terasa nak cadangkan kat admin sekolah buat ghost tour di VI.. Boleh jadi tempat pelancong..

35 comments:

  1. ceni ah... cerita hantu tengah2 malam org nak tido... ceni ah...

    ReplyDelete
  2. maaf..amaran telah diberi..baca atas risiko sendiri..

    ReplyDelete
  3. kahkahkah! aku x ingat satu pun weh ghost story tu


    but imma checkout the website kau bg

    cambest je

    ReplyDelete
  4. hurm.. xder la seram sgt...

    p/s: tukang citer ni pun bley tahan gak takut dia... wakakaka... weyh, tgk kat tingkap weyh...!!!! hahahhahah!!!

    ReplyDelete
  5. Baru2 ni staf yang kerja kat bio lab form 4/5 tertangkap gmbar hantu. Dia just simply tngkap then lpas dia tgk balik gmbar dia nmpak hantu tu. Hantu perempuan rmbut pnjang. Cerita ni mmg betul sbb shukri dah tgk gmbar tu. Mmg nmpak jelas ah hantu tu. Agak menakutkan ah.

    ReplyDelete
  6. hahaha.. ni baru sekolah, belum hostel..(wuahaha)
    style lah ur, trgat aku balek tyme zaman dulu2...
    t cuti jom lepak skolah ramai2 jom,

    ReplyDelete
  7. kau bukan penakut ke Bur? hahaha

    ReplyDelete
  8. salam bur ko dh delete fb ke?aku ada bnda nk tanya ko ni penting glr

    ReplyDelete
  9. salam bur ko dh delete fb ke?aku ada bnda nk tanya ko ni penting glr

    ReplyDelete
  10. tiQz: haha..ni cerite pendek je..hanya sekadar hiburan..nk baca cerita seram pegi kat spookycorner.com..


    Shook: pergh..ye ke?..tp gamba boleh diedit..yg die simply ambik gamba je buat ape..xde keje..


    Mr K : betul gak..camne aku bole lupa pasal asrama..tp ak pernah dgr cerite dari sana..skit2 je..ape kata kau pulak tulis pasal hantu asrama..bersediekah?..


    asyrf: ala bro..sape lg penakut?..nk aku sebut ke yg kau pernah merayu kat ak temankan pegi toilet mase awal pg..nasib baik la member..ak pun folo je..


    nash: online skype bro..

    ReplyDelete
  11. lebih kurg ngn cbn la...haha ade satu kelas masa form3 aku duduk blakang dewan..lg la dorg ckp tu bilik mayat sementara....dan kejadian rasuk sentiasa berlaku lagi2 time selawat...

    ReplyDelete
  12. sama lah..cbn pun sekolah lama kn..mest byk jugak cerita2 hantu kat sane..

    ReplyDelete
  13. yang jumpa mayat tergantung lah paling biasa..ada stor kat blakang makmal sains tuh..kan ada lubang tengah2 tuh(tp dah tutup lah)..kat situ orag ckp tmpat gantung org..ada budak pernah tgok kaki..tembus dari siling

    ReplyDelete
  14. cerita tu xpernah dgr..berhantu jugak makmal sains rupenye..

    ReplyDelete
  15. toilet vi ade cermin tak?

    ReplyDelete
  16. woo tengah usha pasal sejarah tetiba nampak pasal ni . gempak kot ceritaaa

    ReplyDelete
  17. abang batch brape?Saye btch 11-15..toilet 206 ade cermin..

    ReplyDelete
  18. Saya batch 15-11,best gak citer abang ni :P

    ReplyDelete
  19. wow aku murid yang baru ke VI@2013......jadinya aku tak berani untuk kencing di tandas VI lagi....==

    ReplyDelete
  20. Hi bang. VI 07-11 ,story of hostel banyak jugak kan

    ReplyDelete
  21. Aaaahh.. Menyesal pula terbaca pasal ni...

    ReplyDelete
  22. bang cuba ceritakan lebih lagi ttg sekolah VI ..sbb saya nk msk sekolah tu ..saya pun xtahu knp sya nk sgt msuk sekolah VI

    ReplyDelete
  23. Vi sekolah yg paling hambar kalau llki btl masuk rmc bruh

    ReplyDelete
  24. Best duh agaga baca tengah malam

    ReplyDelete
  25. Best duh agaga baca tengah malam

    ReplyDelete
  26. Aku form 3 masa budak tu tido atas tangki..cuma bukan kt tangki geng..kat toilet sblh canteen kat pokok rendang tu tu..aku ada time tu..tolong azan

    ReplyDelete
  27. http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html
    http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html


    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
    - Skype : Vip_Domino
    - WHATSAPP : +62813-2938-6562
    - LINE : VIPDOMINO99
    - No Hp : +855-8173-4523

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum... Boleh pm contact no tak? Sy berminat nak explore sekolah ni

    ReplyDelete