Pages

Thursday, May 19, 2011

Demontrasi Bahrain di London..



Pada weekend yang lepas, akibat ketensenan exam yang melanda, aku ambil keputusan untuk berjalan di London..

Semasa sampai di Green Park, kedengaran seperti ratusan orang sedang berdemontrasi sambil memegang bendera Bahrain..


Kumpulan demontrasi ini berjalan dan berkumpul di bangunan Kedutaan Arab Saudi.. Sambil berkumpul, diorang melaungkan " 'ali Saud, Shame on You!!" (Keluarga Saud)

Terima kasih pada seorang gadis Arab yang menerangkan pada aku apa sebenarnya yang berlaku di Bahrain..

Apa yang berlaku di Bahrain?
Demontrasi rakyat di Bahrain sudah bermula sejak 14 February 2011.. Berbeza dengan demontrasi di Mesir, Libya,dan Tunisia, mereka tidak menuntut perletakan jawatan oleh Raja mereka.. Pada awalnya, mereka hanya berdemontrasi secara aman di Manama menuntut hak yang sama rata antara semua rakyat..

Tetapi pendirian mereka hanya berubah apabila Raja Hamad (Raja Bahrain) menggunakan tentera untuk meleraikan demontrasi..Mengikut rekod, sudah 36 orang terkorban dan 66 orang hilang.. Tak cukup dengan itu, beberapa hari kemudian, kerajaan Saudi dan UAE turut menghantar askar ke Bahrain.. yes, ASKAR VS CIVILIANS..

Rakyat Bahrain mula 'mengamuk' apabila polis Bahrain mula mengeledah rumah2 pada waktu malam, hak mendapat perubatan di hospital dihalang dan beberapa masjid shia diroboh oleh kerajaan..


Mengikut statistik, majoriti penduduk di Bahrain adalah beragama Islam dan 70 peratus daripada orang Islam bermazhab Shia'.. Tetapi walaupun Shia adalah majoriti di Bahrain tetapi Raja Bahrain adalah bermazhab sunni..

Sepanjang 12 tahun menjadi Raja -yang dilantik British-, majoriti (baca: shia) rakyat Bahrain ditindas..

Ramai orang menganggap bahawa demontrasi di Bahrain adalah perebutan kuasa oleh orang Shia ke atas kerajaan Sunni.. Tetapi bagi warga Bahrain, mereka menggangap demontrasi ini adalah untuk meminta agar hak mereka sebagai majoriti mendapat suara di dalam kerajaan.. Mereka kata, mereka tidak pernah berniat atau terdetik di hati mereka untuk menubuhkan kerajaan shia' di Bahrain, mereka hanya anti pada kerajaan dan bukan lah anti pada mazhab Sunni.. Kini, demontrasi di Bahrain turut disertai oleh semua rakyat berbilang mazhab..

Kalau dah nama pun Raja di Negara Arab, kalau tak kumpul harta bertimbun bukanlah mereka..


Mari aku berikan satu analogi, cuba bayangkan anda adalah seorang berbangsa Melayu yang pastinya majoriti di Malaysia.. Tetapi ketua negara anda bukanlah berbangsa Melayu, malah Perdana Menteri, Ahli Syura , Menteri, Timbalan Menteri semua dilantik daripada bangsa lain.. Begitu lah apa yang dialami di Bahrain, mereka adalah majoriti(baca: shia) tetapi suara mereka tiada dalam kerajaan..





Tetapi bagi pendapat aku, jika betul lah Tentera Saudi menghantar askar ke Bahrain kerana tidak mahu orang Shia' menuntut hak mereka..
Aku juga ingin jerit, SAUDI ROYALS, SHAME ON YOU!!!!

Askar dikerah untuk membunuh orang Islam sendiri.. Sedangkan orang Islam di Palestin dibiar menderita dengan kekejaman Yahudi.. Bila berlaku kejadian ini, barulah aku tahu, "Lar, ada rupanya kereta kebal kat Saudi".. Tapi sayang, hanya diguna untuk bunuh orang Islam..



Ini adalah video semasa demontrasi di London pada hari minggu yang lepas..tapi gambar aku tak ada :p





Apa yang menarik tentang demontrasi ini ialah adab lelaki dan perempuan turut dijaga.. Semasa berjalan, kumpulan lelaki akan berjalan dahulu di hadapan, dan kemudian akan turut serta dengan kumpulan perempuan di belakang.. Tujuan utama adalah untuk mengelakkan sebarang sentuhan yang mungkin tidak sengaja.. Respek la~



10 comments:

  1. owh yeke., aku baru tau.,nice info., kalau x mmg xtau la.,bwh tmpurung sket aku ni.,
    ish, mintak2 kt malaysia xjd la smpai tahap kena Demontrasi2 ni kan.,

    ReplyDelete
  2. dun bite the hans that feed you


    tu lah dunia


    btw,nice info man. just aku musykil, even tkde sesapa yg wakilkan shia dkt sana, mmg dorg tetap ditindas btol2 ke. sebagai contoh?

    ReplyDelete
  3. saudi memang dari dulu dah perangai ceni.


    shame. british hounds. -_-

    ReplyDelete
  4. rasyid: insya allah kat Malaysia xjadi mcm ni..aman2 je..


    eszol: aku pun xpasti la bro..baru tahu pun psl isu Bahrain ni.. baru nk cuba mengkaji, apa sebenarnya bentuk 'tindasan' yang dimaksudkan rakyat Bahrain..


    Dai: nak buat macam mane, British la sumber pendapatan Saudi..sumber duit dan sumber hiburan..

    ReplyDelete
  5. Biasanye kt negara aku dlu sal de strike je cuti sklh.. Kt pakistan huhu

    ReplyDelete
  6. demontrasi kat sana ganas kot..
    sini diorg berdemo aman je..1 van polis je dtg control..

    ReplyDelete
  7. "Kalau dah nama pun Raja di Negara Arab, kalau tak kumpul harta bertimbun bukanlah mereka.."

    Gelak sorang-sorang baca ayat ni..
    Dengan rakyat sendiri bukan main tunjuk hero lagi..tapi dengan askar Zionis diam membisu..

    ReplyDelete
  8. hahaha..tau takpe..kita tunggu je lah minyak kat negara diorang tu habis.. kalau semua negara arab bersatu, insya allah masalah israel sudah lama selesai..

    ReplyDelete
  9. rakyat yang tertindas pasti bangkit.
    tak kira la mazhab apa pun,

    ReplyDelete
  10. betu tu RIAN..kadangkala pemimpin negara ni lupa, yang kuasa pemerintahan itu adalah amanah dan bukanlah satu kebanggaan..

    ReplyDelete