Pages

Wednesday, May 25, 2011

Pengalaman Sebagai Muslim di UK

Baru- baru ini ada kawan aku tanya, aku tak bersosial ke dengan mat saleh2 dekat sini?.. Jawapan aku, Ya tetapi hanya cukup sekadar lepak di rumah.. Sosial dari definisi mat saleh ialah pergi kelab pada selasa malam dengan memakai baju paling nipis yang ada dan balik dalam keadaan mabuk sambil menyanyi di tengah jalan.. Alhamdulilah aku seorang Muslim dan Islam melarang segala perbuatan yang sia-sia..

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu”.Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,) dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
An-Namlu (69-70)



1. Di Malaysia, laungan azan adalah perkara biasa.. Tetapi berbeza di sini, masjid hanya boleh melaungkan azan di dalam kawasan masjid.. Tiada lagi bunyi azan berkumandang di saat matahari tenggelam mahupun untuk mengejutkan umat Islam semasa Subuh. Di Malaysia, kadangkala azan dianggap sebagai penganggu waktu tidur, tetapi di sini laungan azan sangat-sangat aku rindui.. Benar lah orang kata, bila sesuatu itu sudah tiada, baru lah kita mula rindu-rindui..


2. Berbeza dengan Malaysia yang mengamalkan sistem 'masjid terbuka'.. Tetapi di sini kebanyakan masjid akan dikunci dan memerlukan password untuk masuk.. Mengikut cerita dari orang lama di sini, selalu berlaku kejadian racist di masjid contoh seperti perbuatan membaling botol arak ke dalam masjid.. Beruntung lah kita di Malaysia, kita bebas mengamalkan agama Islam tanpa perlu berasa gusar..


3. Perbezaan waktu solat di sini sentiasa berubah.. Semasa musim sejuk, matahari boleh terbit selewat pukul 8 pagi.. Manakala waktu maghrib pula boleh seawal pukul 3 petang.. Tetapi sekarang pada musim panas, waktu Subuh adalah pukul 2.30 pagi dan Maghrib adalah pada pukul 9 malam.. Berpuasa pada waktu ini sangat-sangat memeritkan..


4. Di sini, sebelum masuk ke kedai makan, perkara wajib ialah mencari logo halal.. Walaupun kadang-kadang owner kedai dengan yakin kata kedai itu halal, tapi no logo, no thanks.. Berbeza dengan semasa aku di Malaysia, asalkan kedai itu ada pekerja Melayu, maka dengan pantas assume kedai itu halal..Tanpa pernah ada inisitatif untuk mencari logo halal.. Bukan sahaja restoran, malah semua makanan yang dibeli di pasaraya, akan dibaca label dahulu sebelum beli.. Untuk mengelakkan bahan seperti gelatin babi.. Dan apabila komfirm makanan itu haram, info ini akan dikongsi oleh semua student muslim di sini..

5. Pernah ada seorang ulama berkata, "Saya nampak Islam di negara bukan Islam, tetapi saya tidak nampak Islam di negara Islam".. Contoh paling mudah adalah kebersihan.. Di sini, buang sampah merata-rata adalah satu taboo dan HARAM.. Walaupun mereka bebas memegang botol arak di jalanan tetapi botol itu akan dibuang di dalam tong sampah.. Pekerjaan penyapu sampah di sini hanya perlu mengutip daun-daun yang gugur..


p/s- di sini Kristian adalah agama rasmi, tetapi perang Salib bukanlah satu isu[link 1:45].. Tidak salah semua bangsa hidup aman dalam satu masyarakat..

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). - Al-Hujurat (13)

7 comments:

  1. bur sound like u miss home so bad...
    sabar k
    :)

    ReplyDelete
  2. ha sebulan je lagi dpt nasi ayam haaa
    ehh dh cari thing's dat i mintak tolong u cari kn?

    ReplyDelete
  3. Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan.
    (all the best for ur exm )
    Allah Maa'aka .( Allah is always be with you )

    ReplyDelete