Pada 5 May 2011, rakyat di UK akan keluar mengundi untuk memilih wakil pemimpin di peringkat tempatan dan mengundi untuk referendum baru
British, Irish, Commonwealth and European Citizens citizens living in the UK who will be aged 18 or over on election day will be entitled to vote in the local council and devolved assembly elections
-dicuri dari wiki
Maka dengan cukupnye 3 syarat, aku adalah antara warga Hull yang layak keluar mengundi..
Calon-calon di kawasan University ward, Kingston upon Hull:
Name of candidate | Home address | Description (if any) | Name of proposer |
Knowles, Nikki | 302 Newland Avenue, Hull, HU5 2NB | The Conservative Party Candidate | Frazer, Michael |
Korczak Fields, Joyce Irene | 11 Catherine McAuley Close, Hull, HU6 7FD | The Labour Party Candidate | Rust, David |
Penna, Julian | 63 Etherington Drive, Hull, HU6 7JT | The UK Independence Party | Cafferty, Patrick J |
Pickering, Simon Bruce | 42 Eastgate, Hessle, HU13 9LL | Independent | Gutherless, John T |
Randall, Christine Elizabeth* | 227 5th Avenue, Hull, HU6 8EB | Liberal Democrats | Randall, Chris |
Russell, James Edward | 205 Ella Street, Hull, HU5 3AT | Green Party | Macnamara, Delia |
*Standing for re-election.
Di Malaysia, pemilih boleh mengundi wakil untuk Kerusi Dewan Negeri dan Kerusi Parlimen.. Tapi berbeza dengan UK, pemilih boleh mengundi untuk Kerusi Majlis Bandaran dan Kerusi Parlimen.. Maka pada 5 May ini, pemilih akan mengundi untuk wakil di Majlis Bandaran sahaja.. Di bandar Kingston upon Hull, terdapat 23 kerusi Majlis Bandaran yang akan menjadi rebutan.. Dan aku akan mengundi di kawasan 'University Ward'..
Selain mengundi untuk memilih wakil Majlis Bandaran, kami juga akan mengundi untuk 'Referendum on the voting system for UK Parliamentary election'
Apa sebenarnya Referendum ini?..
Kerajaan sekarang iaitu gabungan antara Parti Conservative dan Lib Dem mencadangkan perubahan dalam sistem pemilihan wakil kerajaan di peringkat Parlimen..
Sekarang, sistem pemilihan wakil Parlimen di British adalah sama seperti di Malaysia..
Tapi dengan sistem baru, rakyat akan meletakkan susunan nombor pada calon pilihan mereka..
Contoh: Jika terdapat 5 calon yang bertanding iaitu Ahmad, Ali, Baker, John dan Mamat. Maka semasa mengundi, pemilih perlu letak nombor dari 1-5 untuk calon favourite masing-masing, contoh seperti di bawah:
Ahmad :4
Ali :1
Baker :3
John :2
Mamat :5
Pada pusingan pertama, hanya calon yang mendapat nombor satu akan dikira.. Daripada cth kertas undi di atas, hanya Ali mendapat satu undi.. Calon yang mendapat lebih daripada 50% undi diumum sebagai pemenang..
Tetapi jika tiada pemenang pada pusingan pertama, kertas undi akan dikira semula.. Kali ini, calon yang diundi no.2 sahaja akan dikira.. Daripada kertas undi di atas, John akan mendapat satu undi.. Kertas undi akan diulang kira sehingga lah seorang calon mendapat 50% undi keseluruhan..
Untuk baca lebih lanjut, meh klik bbc AV referendum.. Sekarang hanya 3 negara yang mengamalkan sistem ini iaitu Aussie, Papua New Guinea dan Fiji..
Pada pendapat aku, sistem ini kurang wajar dipraktikkan.. Seorang calon yang menang pada pusingan pertama berkemungkinan untuk kalah pada pusingan ke-2.. Tapi calon yang mendapat nombor 2 atau 3 yang berkemungkinan besar untuk dilantik sebagai MP..
Selain itu sistem lama juga lebih mudah difahami berbanding sistem AV yang agak rumit..
Personally, I will say NO to the new Alternative Vote(AV) system..
Kesimpulannya, pada 5 May ini, semua pemilih akan keluar mengundi atas dua sebab:
i) untuk memilih wakil di kerusi Majlis Bandaran
ii) untuk mengundi sama ada bersetuju atau tidak pada cadangan perubahan sistem pilihan raya di UK
p/s- lambat nya rasa nak mengundi di Malaysia..
serious aku x phm.
ReplyDeletebtw,aku tahu undi itu rahsia
tp kau vote apa? based on what?
tak fhm ke?..
ReplyDeletekjp ak edit balik..
kau student dari luar,boleh mengundi jugak?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletejom lah join GA ni untung2 leh dapat lampu letak kat meja study u hihi
ReplyDeletewah!! sgt informative :D
ReplyDelete