Pages

Wednesday, May 11, 2011

Jerebu di KL..

Apa khabar Malaysia?

Aku dengar kualiti udara di kampung aku, Tanjung Malim berada di paras tidak sihat..
Harap nenek aku sihat-sihat saja kat sana..

Baru Oktober tahun lepas, sekolah ditutup sebab jerebu..Tidak sampai setahun, masalah ni berulang kembali..

Kalau kalian masih ingat, pada tahun 1997, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di KL mencecah sehingga 650..

Pada tahun 2005, Indeks jerebu di Malaysia adalah pada tahap 500.. Untuk pengetahuan, tahap 300 sudah dianggap berada di paras (sangat) berbahaya.. Dan sekarang indeks jerebu di Tanjung Malim adalah 103..

Faktor utama: Masalah jerebu di Malaysia sebenarnya adalah berasal dari pembakaran hutan secara tidak terkawal di Sumatera, INDONESIA!!!

Pada tahun 2005, Indonesia menyalahkan syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di Riau sebagai faktor utama jerebu..
Brawijaya[link]

"Indonesia mengenal pasti lapan daripada 10 syarikat peladangan di Riau yang melakukan pembakaran terbuka untuk membersihkan kawasan ladang kelapa sawit adalah dari Malaysia.

Lapan syarikat Malaysia itu ialah PT Tunggal Mitra Plantation, PT Langgam Inti Hibrida, PT Udaya Loh Jinawe, PT Agri Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri, PT Bumi Reksa Nusa Sejati dan PT Mustika Agro Lestari dengan keluasan ladang kira-kira 200,00 hektar.

Menteri Perhutanan, M.S Kaban berkata, senarai nama lapan syarikat Malaysia itu akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia, esok untuk tindakan lanjut sesuai dengan kesepakatan antara kedua-dua buah negara."


Tapi kemudian dari Utusan[link]

"Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid mengesahkan tiada syarikat Malaysia terlibat dengan aktiviti pembakaran hutan dan tanah pertanian di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Jakarta gagal menyenaraikan syarikat negara ini yang didakwa menjadi punca berlaku kebakaran dan jerebu sejak bulan lalu."



Since aku tak belajar Biologi, aku tak faham kenapa perlu pembakaran hutan..Ada kawan aku pernah kata, selepas habis satu musim menuai, pokok-pokok semua akan dibakar kerana pokok yang dibakar akan menjadi baja semulajadi kepada tanah.. Selain itu, ia juga menjimatkan masa sebab proses pembakaran lebih mudah dan murah..


Ye ke murah?..

Bila masalah jerebu timbul, lebih ramai orang akan sakit.. Bila ramai orang sakit, kerajaan perlu tambah kos perubatan, Bila kos perubatan bertambah, duit kerajaan berkurang, bila duit kerajaan berkurang, subsidi berkurang, bila subsidi berkurang, harga barang makin naik, bila barang naik, rakyat marah.. Bila rakyat marah, kerajaan bertukar??..so watch out kerajaan..



p/s- di sini pun cuaca mendung sepanjang hari..


4 comments:

  1. murah dan untung sepatotnya


    klinik-klinik n hospital


    lg satu bur,kau tahu ke knp makin terok jerebu?


    sbb x hujan kerana ribut di philipines

    ReplyDelete
  2. kata kg suma kat kl.......
    tiputiputiputipu.... T_T.....

    ReplyDelete
  3. kata kg suma kat kl.....
    tiputiputiputipu..... T_T

    ReplyDelete
  4. eszol: xpe la..ak dgr da hujan kl skrg..hrp2 ok la jerebu..

    tiQz: pernah ke?..xingt la..xpe, skrg da tahu kan :)

    ReplyDelete