Pages

Monday, May 9, 2011

Kemana Pergi Subsidi Kami?

KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI ?
( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin )

kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu , wang mesti dicatu , kita menuju maju ..
kalian kata : semua menderita , habis harta negara ..
kalian berbahasa ; bukan barang naik harga ,
cuma subsidi turun sahaja ..

kami orang desa , mungkin tidak pandai kira berjuta-juta ..
kami orang kecil kota , mungkin tiada sedemikian harta ..
jika kalian tipu sebegitu , biasanya kami diam selalu ..
tapi dapatkah kami dibohongi , tentang suapan saban hari ?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah .. ?
papa semakin parah.. ? wang semakin lelah ..?
jika semalam berlauk , hari ini cuma berkuah ..
kerana kerajaan kita sedang susah .. ?
maka subsidi kita terpaksa diserah ..

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang semakin angkuh , wang papa makin rapuh ..
apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah .. ?
makananmu sayang , sebahagiannya sudah hilang ..

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari ?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi ..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini ..
atau kami jadi insan curang ..
kami beritahu : cuma subsidi sahaja yang kurang ?
tiada apa yang hilang , nanti akan datang wang melayang ..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi !
pernahkah kalian mengintip kehidupan kami ..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati ..
kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut ..
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa , menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa ?
rumah bocor yang lanjut usia ?
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak asak
siang kami sebak , malam kami sesak ..

sedangkan kalian manusia angkasa ..
istana permata dibina , kereta berjuta dirasa ..
elaun di serata , dari isteri sehingga seluruh keluarga ..
hidangan istimewa , konon meraya kemakmuran negara ..

tapi kami masih di sini .. di teratak ini ..
dengan lauk semalam
dengan hidangan yang tidak bertalam ..
dengan rumah yang suram ..
dengan wang yang hampir padam ..

tiada istana lawa .. tiada kereta berharga ..
tiada layanan di raja .. tiada baju bergaya ..
tiada kediaman menteri .. tiada hidangan v.i.p
tiada persen di sana sini .. tiada bahagian anak dan bini ..

tiba tiba kalian kata : kamilah beban negara ..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna ..
kalian yang belasah , kami yang bersalah ..
kalian yang untung , hutang kami tanggung ..
kalian mewah melimpah , kami susah parah ..
kalian hilangkan wang , poket kami yang terbang ..
kalian bina istana , rumah kami jadi manga ..
kalian makan isi , kami dijadikan abdi ..

lantas , kalian rampas lagi subsidi ..
ke mana wang itu pergi nanti ?
jika kalian berhati suci , wajib menganti buat kami ..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga ?
jika tidak untuk minyak kereta ?
mengapa tambang tidak dipotong sahaja ..
tapi entah berapa kali janji ..
konon : nanti kami ganti , kami ganti , kami ganti ..
hari demi hari , ceritanya pun tidak berbunyi lagi ..
kami terus termanggu di sini ..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya mengigit jari ..

kembalikanlah kepada kami harta negara ..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa ..

dr maza
July 2010

Minggu lepas 'pelarasan' harga minyak, hari ini 'pelarasan' harga gula pula..

Aku ingat lagi dulu masa sekolah, aku ada seorang kawan yang teramat back-up kerajaan..

Bila harga gula (atau barangan lain) naik, dia akan kata, "Ekonomi kita dikawal oleh bangsa Cina, kerajaan tidak boleh disalahkan, syarikat-syarikat swasta milik Cina yang mendesak kerajaan naikkan harga, jika kita bagi subsidi, syarikat2 cina yang akan bertambah kaya"

Contoh terbaik pada masa itu ialah gula, untuk pengetahuan, pada masa itu syarikat gula di Malaysia dimonopoli oleh Robert Kuok.. Tapi kini MSM atau lebih dikenali sebagai Malayan Sugar Manufacturing telah dijual kepada sebuah syarikat GLC yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu FELDA GLOBAL (sejak tahun 2009)..
Ok, entri ini bukan berunsurkan anti-Felda.. tapi hanya untuk menjawab balik persoalan kawan aku itu.. Harap-harap lepas ni dia tahu siapa untuk dituding jari jika harga gula naik..


p/s-Nasihat menteri untuk semua..klik sini

6 comments:

  1. Aik..kenapa tulisan kat sini anti gula naik dan tulisan komen kat blog aku sokong gula naik?
    Hehe..

    Apapun tulisan Dr.Maza kat atas betul2 membuka minda bagi mereka yang 'celik akal'..

    ReplyDelete
  2. heh....


    pasal felda n kuok tu aku baru tahu

    ReplyDelete
  3. Alan Rizque: haha..hanya cuba untuk 'back-up' kerajaan..tp mcm gagal je..


    eszol: yup..sebelum ni bekalan gula di Malaysia dimonopoli oleh Robert Kuok, beliau antara 5 manusia terkaya di Malaysia..tp syarikat tu sudah dijual pada Felda..

    ReplyDelete
  4. Felda tu syarikat yang uruskan kelapa sawit ker? ke Felda lain?

    ReplyDelete
  5. dah lali da ngn benda2 camni...dah tatau pe nak buat dah...bila minyak naik..benda2 lain pun nak naik...padahal minyak kete yg naik bukan minyak masak...haihh

    ReplyDelete
  6. Alan: erm..pnjg ceritenya..Felda yang uruskan kelapa sawit ialah Felda Plantation, iaitu sebahagian dari anak syarikat Felda Holdings.. Felda Global pula baru ditubuhkan tahun 2008(or 2009) untuk pasaran produk Felda di luar negara.. Syarikat gula MSM dibeli oleh Felda Global.. nak kata Felda yang sama pun bole, nak kata Felda yang lain pun boleh.. bergantung pada cara definisi..tp bila masuk BSKL, kedua2 dianggap sebagai syarikat yang berbeza..

    kalau ada sumber lain beritahu ye, ini adalah berdasarkan pemahamam ak sendiri je..


    Yaya: nak buat macam mane..diorg transport minyak masak pun kene pakai lori..lori bergerak pakai petrol..tp kalau slalu sangat naik pun bole tensen jugak kan..

    ReplyDelete