Pages

Saturday, May 14, 2011

Pengalaman Pertama Mengundi..



Pada 5 May yang lepas, aku telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai warga Hull..(refer:entri lalu)

Mungkin kerana ini adalah peluang pertama aku untuk mengundi memilih wakil rakyat, jadi aku mengambil keputusan untuk mengundi calon terbaik yang boleh mewakili kawasan aku..

Apabila ada flyer manifesto yang dihantar ke rumah, aku akan simpan untuk dibandingkan.. Daripada empat parti yang bertanding, aku shortlisted parti 'Labour' dan 'Liberal Democratic'(LibDem) sebagai parti yang berkemungkinan tinggi untuk menang..

Untuk pengetahuan,LibDem adalah parti pemerintah di Hull sebelum ini, memegang 32 kerusi daripada keseluruhan 59 kerusi di Hull.. Kawasan aku, University Ward juga dibawah LibDem..
Walaupun mereka baru beberapa tahun menjadi kerajaan di kawasan Hull tetapi telah banyak pembangunan dan peluang pekerjaan yang mereka tawarkan (sumber dari leaflet parti)..

Mereka kata, sebelum Lib Dem memerintah, kawasan Hull diperintah selama hampir 10 tahun di bawah parti Labour dan Hull menjadi antara bandar paling teruk di UK..
Di bawah LibDem, bandar Hull diiktiraf sebagai 'The most Improved City Council in England'
(sumber:BBC)..

Walaupun Lib Dem mempunyai sejarah cemerlang di bandar Hull, tetapi di peringkat nasional, populariti parti Lib Dem semakin merosot.. Lib Dem adalah salah satu parti komponen dalam Kerajaan England sekarang.. Populariti Lib Dem merosot apabila Lib Dem dan parti Conservative menaikkan harga yuran untuk pelajar di UK dari 3000 pound kepada 9000 pound.. Walaupun sebelum pilihanraya, Lib Dem telah berjanji untuk menurunkan yuran pelajar jika dilantik sebagai pemerintah.. (tapi sayang janji tinggal janji)..

Ye aku tahu, undi adalah rahsia tapi aku nak beritahu juga.. Pada 5 May lepas, aku telah mengundi calon dari parti Lib Dem, Christine Elizabeth..

Berbeza dengan Malaysia, di sini tempat mengundi hanya ditutup pada pukul 10 malam dan keputusan diumumkan secara rasmi pada pukul 2 pagi..

Ini adalah keputusan di kawasan aku, University ward,


Lab Gain from Lib Dem

Name of candidate

Description (if any)

Votes

Percentage

Status

KNOWLES

Nikki

The Convservative Party Candidate

143

6.9%

KORCZAK FIELDS

Joyce Irene

The Labour Party Candidate

1026

49.3%

Elected

PENNA

Julian

The UK Independence Party

132

6.3%

PICKERING

Simon Bruce

Independent

17

0.8%

RANDALL

Christine Elizabeth

Liberal Democrats

679

32.6%

RUSSELL

James Edward

Green Party

84

4.0%



Jadi, mengikut kiraan matematik, Parti Labour berjaya memenangi kawasan University Ward dengan majoriti 347 undi..

Kalau korang perasan, bilangan pengundi yang keluar mengundi hanya 2089 orang.. Sebenarnya di kawasan aku, 7255 orang layak mengundi tetapi hanya 28.8% rakyat yang menunaikan tanggungjawab..
Masalah ini bukan di Hull sahaja tetapi di seluruh UK.. Kesedaran mengundi di England amatlah terlalu rendah.. Mungkin berasa terlalu selesa dengan kehidupan sekarang atau mereka sememangnya malas..

Bukan sahaja University Ward berjaya dirampas parti Labour, tetapi Labour berjaya merampas bandar Hull dari parti Lib Dem.. Kini, Lib Dem hanya bergelar pembangkang di Hull..

3 comments:

  1. ceh...mati mati aku ingat Hull the best city in UK


    rupanya most improved


    from the worst to best is great


    but from worst to most improved is just ordinary syg

    ReplyDelete
  2. eszol: ye bang saya tahu..tp itu lah kempen parti LibDem, diorg nak kata yang sepanjang Hull di bawah Lib Dem, Hull diiktiraf sebagai 'the most improved city'..

    tiQz: haha..sni xpe..xde ISA kalo ak undi pembangkang..tp kalau undi kat malaysia ak rahsia..

    ReplyDelete