Berikutan penindasan terhadap Syiah di negeri Selangor Darul Ehsan,  Malaysia, Konsul Kebudayaan Republik Islam Iran Hujjatul Islam Muhammad  Hasan Wahidi telah mengadakan pertemuan bersama pengerusi Sekretariat  Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Abdul Ghani Shamsudin setelah Solat  Jumaat (14-01-2010).
Hujjatul Islam Wahidi menerangkan harapan  pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia daripada para ulama,  pensyarah universiti dan cendiakawan ialah membendung tidakan yang  membawa risiko perpecahan di kalangan umat Islam. Perpaduan antara  Mazhab dalam Islam merupakan topik yang penting untuk diketengahkan  kepada masyarakat umum hari ini. 
Hujjatul Islam Wahidi berkata  para ulama dan ahli Fiqh Syiah sudah memberikan penjelasan terhadap  pendirian sebenar mazhab mereka dan tersebarnya fitnah-fitnah baru-baru  ini disebabkan kurang informasi yang tepat serta kemunculan konspirasi  yang ingin menghancurkan Islam.
Syaikh Abdul Ghani Shamsudin  selaku pemimpin SHURA menerangkan memang sudah wujud perancangan musuh  yang ingin memusnahkan Islam dari dalam adalah bertentangan dengan  pandangan umat Islam di Malaysia. Beliau menambah, "Empat Mazhab iaitu  Imamiyah, Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zahiriyah sudah diakui secara rasmi  oleh umat Islam dan tidak ada sesiapa pun berhak mengkafirkan mereka".
Abdul  Ghani berkata satu pendekatan dialog harus dilaksanakan supaya dapat  membetulkan tanggapan umat Islam di waktu mendatang. Kata beliau lagi,  "Memperbaharui pandangan dan meluruskan pendapat yang tidak sahih adalah  satu kewajipan dalam agama".
"Iran merupakan sebuah negara yang  sudah berjaya dalam perkara ini, dan ulama Iran tidak seperti di  Malaysia, mereka ada pengaruh dan kekuatan yang sepatutnya di tengah  masyarakat. Matlamat penjajah tidak mampu menghancurkan negara ini.  Walau bagaimanapun ulama Islam di Malaysia membela Iran demi kekuatan  agama ini dan penganutnya".
Pertemuan ini juga turut membincangkan  kerjasama antara rakyat Iran dan Malaysia untuk mengasaskan sebuah  institusi yang membincangkan masalah Tauhid dan Pendekatan Antara  Mazhab. Mereka berdua turut bertukar-tukar fikiran tenang Seminar  Perpaduan Umat Islam yang akan dianjurkan di Tehran nanti.
sumber dari FT dari ABNA
Sekali lagi aku katakan, 
aku bukan pengikut syiah, tp aku cintakan perpaduan antara Islam..
Pergaduhan sesama orang Islam, ttg Islam mana yang masuk syurga perlu sangat dielakkan..
Tanya lah diri sendiri, kita sendiri adalah Islam sejak lahir, sejauh mana kita yakin dan tahu Islam yang kita pegang selama ini adalah terbaik (terdapat berpuluh mazhab di dunia, kalau tak percaya, cuba pergi UIA, dkat sana pun dah boleh ada pelbagai mazhab)..
Dan maksud aku perpaduan dalam Islam antara syiah dan Ahlu Sunnah Wal Jammah tak sama seperti Islam dan ajaran Ayah Pin..Ayah Pin tu mmg da ketara sangat2 sesat.. Syiah yang aku maksudkan adalah Syiah Imamiyah.. Satu dunia dah mengaku syiah sebagai Islam (kecuali Jabatan Islam Malaysia) sumber boleh dapat dari entri blog aku yang 
lepasDan cuma ingin berkongsi, kalau korang perasan, dalam artikel yang aku quote kan di atas..
Perkataan yang aku bold kan dengan warna 
hijau.. Sebenarnya di Iran, kuasa ulama berdiri di atas kuasa pemerintah politik.. Pernah dengar Presiden Ahmadinejad?.. Dia bukan lah individu yang paling berkuasa di Iran.. Individu yang berkuasa sekali dipanggil sebagai 'The Supreme Leader of Iran", dan sekarang dipegang oleh  Ali Khamenei, iaitu seorang ulama.. Dan itu lah sebab kenapa Iran digelar di UN sebagai The Islamic Republic of Iran..