Pages

Thursday, January 13, 2011

Wicked





Teater 'Wicked' ni kami tgk dua hari sebelum Les Miserables. Asalnya nk tgk 'Les Miserables' pada mlm New Year tapi sbb 'kebodohan' kami yang beli tiket lambat, terlepas la peluang nk tgk Les Miserables pada mlm New Year. Tapi sbb nak sgt tgk teater, kami beli jugak tiket 'Wicked' untuk 30 December..

Harga tiket sebenarnya sama dgn harga 'Les Miserables' tp sbb desperate nk tiket, kitorg byr 70 pound pada agen untuk harga yg 40 pound kalau beli kat theatre..
Oleh sbb harga yang sama, jadi tempat duduk pun sama mcm Les Miserables dulu, cuma beze nya, 'Wicked' di Apollo Victoria Theatre, jauh skit drpd teater yang lain2..

Cerita Wicked ni lebih ringan dan plot pun xserumit Les Miserables.. Cerita Wicked ni berasal drpd novel yang ditulis oleh Gregory Maguire. Dan novel ini pulak ditulis drpd cerita 'The Wonderful Wizard of Oz'. 'Wicked' ni mengisahkan dari point of view wizard 'hijau' dlm cerita The Wonderful Wizard of Oz..

Wicked menceritakan mengenai seorang gadis bernama Elphaba yang dilahirkan kurang normal kerana warna kulit yang hijau. Elphaba adalah anak luar nikah kerana ibu Elpaha bermain kayu tiga. Adik Elphaba, Nessarose pulak dilahirkan lumpuh kaki.

Di sekolah, Elphaba menjadi murid 'special' kerana Elphaba mempunyai bakat magic. Dan rakan baik Elphaba adalah Glinda, seorang gadis cantik dan ramai peminat lelaki.



Konflik bermula apabila seorang 'professor jahat' dan Madamme Morrible mempunyai niat jahat untuk mengurung semua haiwan. Pada masa itu, semua haiwan di Oz boleh bercakap dan salah seorang professor yang mengajar Elphaba juga adalah haiwan kambing, Dr Dillamond. Elphaba sgt baik dgn Dr Dillamond dan menganggap bahawa haiwan tidak sepatutnya dikurung.



Madamme Morrible,juga adalah salah seorang professor Elphaba..Dengan niat jahat, Madamme Morrible menggunakan Elphaba untuk membaca mantera dlm sebuah buku magic. Mantera itu boleh menjadikan monyet bersayap. Monyet bersayap digunakan oleh Madamme Morrible untuk mengintip haiwan lain.

Apabila Elpaba sedar yang beliau digunakan, Elphaba lari dan berjanji dia akan membebaskan semula semua haiwan2 yang dikurung.

Pada masa itu lah, Madamme Morrible mengumumkan pada semua rakyat Oz bahawa kononnya Elphaba adalah seorang ahli sihir yang jahat.


Elphaba kemudian balik ke rumah dan mendapati bahawa adik beliau, Nessarose sudah menjadi seorang pegawai tinggi dlm kerajaan. Elphaba kemudian bertengkar dgn Nessarose kerana Nessarose menganggap Elpaha bukan lah seorang kakak yang baik dan terlalu pentingkan diri sendiri. Elphaba sedih dan kemudian membaca sebuah mentera untuk memulihkan kaki Nessarose yang lumpuh. Akhirnya Nessarose boleh berjalan.

Elphaba kemudian pergi ke tempat Madamme Morrible untuk membebaskan semua haiwan yang dikurung. Elphaba gagal dan melarikan diri bersama Fiyero. Mereka berdua kemudian saling bercinta.

Madamme Morrible kemudian menggunakan Nessarose sebagai perangkap untuk mendapatkan Elphaba.

Akhirnya Elphaba berjaya menumpaskan Madamme Morrible dengan bantuan Fiyero dan Glinda. Pada pengakhiran cerita, Elphaba dan Fiyero meninggalkan bandar Oz dan hidup bersama.








'Defying Gravity'
Elphaba menyanyikan lagu ini semasa mendapat tahu yang dia ditipu Madamme Morrible.

4 comments:

  1. ckup2..skrg xtgk teater da..
    poket pn makin kempis :p

    ReplyDelete
  2. eh sjak biler ada blog ni burhan...tak tau pon...nt aku ltak kat bloglist aku

    ReplyDelete